Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 11, 2023 @ 12:43pm

Romantiknya! Pamer Sisi ‘Lembut’, Mas Idayu Buat Kejutan Sempena Ulang Tahun Suami

Penyanyi dan juri tetap program nyanyian Famili Duo Musim Ketiga (FD3), Mas Idayu mencuri perhatian apabila membuat kejutan sempena ulang tahun suami tercinta yang juga merupakan seorang penerbit eksekutif  TV3, Muhammad Sufian Che Isa.

Menerusi perkongsian di TikTok, Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy membuat kejutan tersebut apabila hadir di studio rakaman Muzik-Muzik yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

 

Lebih menarik, kejutan tersebut juga turut dijayakan dengan bantuan hos Famili Duo, Izzue Islam dan team produksi rancangan itu.

“Hari ini 9 November husband punya birthday.

“Mummy pergi studio Muzik-Muzik umpan dia dengan kek kecil dulu, last baru keluar kek besar.

“Terima kasih Izzue Islam, pandai jalankan kewajipan. Terima kasih juga tema produksi. Happy birthday husband,” katanya.

@masidayu1001Hari ni 9/11 husband punya beteday!!! Mmy pegi studio muzik2 huhuhu Huhuhu umpan dia dgn kek kecik dulu!!! Lasssst baru kluar kek besar! Tq izue islam pandai jalankan kewajipan Tq riya , adeed n izadat Happy birthday husban sufian isa♬ original sound – Mas Idayu Mesnun

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet memuji sisi romantis Mas Idayu terhadap suaminya.

Malah, ramai yang tidak menyangka Mas Idat=yu juga seorang yang sangat ‘sweet’ berbeza dengan dirinya di kaca televisyen.

“Aku pula yang tersipu malu tengok Mummy dengan sumai romantik macma ni.

“Selamat hari lahir buat suami Mas Idayu. Sweetnya!

“Eeee… sukanya dengar bila suami cakap ‘Terima Kasih Darling’ . Semoga bahagia hingga ke jannha.

“Sukanay tengok orang tua sweet-sweet macam ni.

“Tak sangaka mummy sweet macam ni. Kita pula yang melting. Moga bahagia,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

‘Majlis Kahwin Kali Ini Bakal Lebih Sederhana’- Fasha Sandha

Pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu perasaan kurang beriya bukan hanya dirasai sendiri tetapi yakin wanita yang berkahwin kali kedua turut melalui hal yang sama.

Trending Thu, 1 Jul 2021

Sebanyak 1,738 Kes Bunuh Diri Dicatatkan Di Malaysia

Ingatlah orang yang tersayang♡✌

Featured Wed, 15 May 2024
Hiburan Sat, 23 Dec 2017

CHECK OUT PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S OFFICIAL ENGAGEMENT PHOTOS

The couple will be getting married in May, 2018!

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Mia Ahmad beranikan diri umum hamil!

Mia turut memaklumkan pada mulanya agak takut membuat pengumuman gara-gara pernah keguguran sebelum ini.

Featured Fri, 29 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Terakhir Urus Jenazah Ayah Hingga Ke Liang Lahad – “Bimbing Saya Dari Atas Sana”

Sharnaaz kelihatan menguruskan jenazah bapanya dari awal proses sehinggalah ke liang lahad.

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Featured Sat, 15 Jun 2024
error: Content is protected !!