Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 23, 2022 @ 3:58pm

Ibu Fatimah Omar The Family UK Kesal Suami Difitnah Kahwin Dua – “Saya Bukan Anti-Poligami, Cuma…”

Umum mengetahui, The Family UK yang menetap di Birmingham, United Kingdom cukup dikenali di serata tanah air dek gelagat anak-anaknya, Omar, Fatimah dan Ali sering mencuri tumpuan ramai.

Terbaharu, ibu mereka, Nor Ashila Mahamad Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mrs Mom meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pihak mendakwa suaminya mempunyai dua isteri.

Menurut Ashila, suaminya, Omar Mukhlis Azizan seorang lelaki yang sangat setia dan amat bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak.

“Saya bukanlah anti-poligami… tapi saya rasa teramatlah tidak adil bagi suami saya yang setia di sisi menjaga saya yang dah bertahun-tahun sakit. Kesian suami saya yang penat lelah menguruskan isteri dan anak-anak.

“Nak cari masa keluar jumpa kawan pun tak sempat, jauh sekali nak tambah cawangan baru. Please, minta tolong sangat-sabgat jangan memandai-mandai share info yang kita tidak pasti,.

“Saya sudah lama izinkan suami saya berpoligami. Kalaupun benar saya bermadu, ini urusan keluarga saya,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Sebelum ini, Ashila berkongsi sebuah foto suaminya yang dikaburkan beserta kapsyen yang telah mencetuskan tuduhan tersebut dimana dia berkata suaminya mempunyai dua isteri.

Namun begitu, jika difahamkan susunan ayat yang cuba disampaikan oleh Ashila, ibu kepada tiga anak ini cuba menyampaikan bahawa suaminya hanya ada seorang isteri, namun memiliki dua karakter dalam satu badan.

“Suami saya mempunyai dua orang isteri.. Isteri pertamanya adalah orang yang boleh keluar bersama, membeli-belah, makan di luar dan melakukan kerja-kerja di sampingnya.

“Manakala isteri keduanya tidak boleh membuat perkara biasa seperti memakai kasut sendiri atau menyikat rambut tetapi kedua-duanya diberkati kerana dia memberi tumpuan dan layanan sama rata, tidak lebih atau kurang – seimbang.

“Tak kira isteri yang mana satu saya akan jadi, dia tetap seorang suami yang baik. Jika saya bangun menjadi isteri pertama, dia akan memegang tangan saya dan membawa keluar dengan rasa teruja.

“Jika saya bangun dan menjadi isteri kedua, dia akan memegang tangan saya dan setia disisi dengan penuh rasa sabar serta tak lekang senyuman. Dia sesungguhnya ‘suami kiriman tuhan’,” tulisnya.

Dek kerana itu, ada individu yang meminta Ashila untuk tidak berpuitis kerana mengakibatkan ramai orang salah faham dengan kapsyennya itu selama beberapa bulan menganggap dia mempunyai madu.

“Apa saja jenis tulisan saya, bermadah atau tidak, tak menjadi kesalahan sebab niat saya sebagai seorang isteri untuk memberi penghargaan kepada suami. Bukan menimbulkan kekeliuran,” balas Ashila.

Sekadar info, anak bongsunya, Fatimah pernah tular di media sosial kerana membesar di negara Eropah namun tetap fasih bercakap dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.

Mereka juga merupakan keluarga kepada chef selebriti Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang meninggal dunia pada 19 Mei 2019 disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Jul 2022

[VIDEO] “Hijrah & Pengorbanan Kecil Saya…” – Penjelasan Ustazah Asma’ Buka Mata Rico Rinaldi, Kurangkan Reka Baju Seksi 

Alhamdulillah, penjelasan yang sangat ringkas dan padat daripada Ustazah Asma’ sehingga mampu menjentik hati Rico Rinaldi. Semoga dipermudahkan

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

Ibarat Keluarga…Repvblik Kongsi Tips Kekal Bertahan

12 tahun kekal bersama, apa rahsianya?

Trending Wed, 19 Sep 2018

Study Shows that Air Pollution Adds to Risk of Dementia

The fact that Malaysia has a ‘haze season’ should make us be more worried.

Featured Wed, 7 Dec 2022

Kongsi Video Di Hospital, Ramai Cemburu Cara Izzue Islam Layan Isteri Penuh Kasih Sayang – “Setia & Bahagia..”

Bagus Izzue ni. Seorang suami yang sangat penyayang dan setia! Moga dipermudah segala urusan ❤️

Featured Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Thu, 24 Jul 2025

80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Gelaran Terbaik Asia Di All Star Influencer Award 2025

Semua peserta akan menjelajah ke lapan negeri di seluruh Malaysia bermula Julai hingga Oktober untuk mencipta content

Trending Sat, 10 Feb 2018

Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik Trak

Disebalik Keindahan ‘Wedding Of The year’ Yuna, Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik Trak

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

2020农历新年倒数派对!多位知名艺人山上陪你过大年

2020鼠年春晚众星云集云星剧场,带来乐趣和动感十足的跨年演出!

error: Content is protected !!