Gaya Hidup By: tex_admin August 2, 2018 @ 4:33pm

6 Kesilapan Yang Anda Tidak Tahu Ketika Guna Tisu Pembersih Wajah

Adakah anda seorang yang gemar menggunakan tisu pembersih wajah ataupun makeup removal wipes? Yela, hanya beberapa kali sapuan tisu sahaja semua solekan pada wajah sudah nampak bersih seperti dicuci. Betul tak?

Tapi, tahukah anda bahawa penggunaan tisu pembersih wajah ini boleh mendatangkan kerosakan serius pada kulit wajah anda jika ia tidak digunakan dengan teknik yang betul. Nak tahu antara kesilapan yang biasa anda lakukan ketika menggunakan tisu pembersih wajah ini? Jom kita semak!

1. Sapuan terlalu kuat

Foto: Glamour

Pasti anda fikir, semakin kuat sapuan, semakin senang untuk menanggalkan sisa solekan kan? Tapi, ia adalah perkara yang salah ya!

Menurut ahli dermatologi, menggosok secara agresif ketika anda membersihkan kulit akan menyebabkan kulit menjadi merah dan boleh menimbulkan iritasi. Lagi-lagi bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang sensitif.

Anda seharusnya membuat sapuan secara perlahan dan lapkan dalam sapuan memanjang. Kalau anda nak tahu, sapuan daripada bawah ke atas permukaan wajah adalah teknik yang betul untuk menghilangkan solekan dengan bersih tanpa merosakkan kulit anda.

2. Gunakan tisu yang sama untuk membersihkan solekan pada bahagian mata

Foto: Quora.com

Janganlah disebabkan anda nak jimat, anda guna 1 tisu saja untuk bersihkan solekan pada keseluruhan wajah! Itu perkara yang salah ya! Misalnya, anda membersihkan bahagian pipi, jangan gunakan tisu yang sama untuk bahagian mata. 

Ini bertujuan untuk mengelakkan bakteria melekat pada mata anda, sebaiknya guna tisu yang baharu untuk membersihkan solekan pada bahagian mata.

3. Tidak menutup bekas tisu pembersih wajah dengan betul

Foto: In To The Gloss

Kadang kalau anda nak cepat, pasti terlupa nak tutup bekas tisu pembersih wajah dengan betul kan? Kalau dah tutup tak rapat, habislah kering tisunya.

Pastikan anda menutup bekas tisu anda dengan betul agar kelembapan tisu anda terjamin. Anda juga boleh menyimpan tisu pembersih wajah di dalam peti sejuk.

4. Guna tisu pembersih wajah sebagai ‘pencuci muka’ harian

Foto: Beauty Maniac

Mungkin ada dalam kalangan anda yang hanya menggunakan tisu pembersih wajah untuk menghilangkan kesan solekan pada wajah tanpa mencuci muka. Ini adalah rutin yang tidak sepatutnya anda lakukan. 

Wajah anda harus dicuci menggunakan pencuci muka selepas membersihkan wajah menggunakan tisu. Ini bertujuan untuk memeliharan wajah untuk sentiasa bersih pada tahap yang optimum. 

5. Tidak membersihkan kawasan bawah dagu dan leher

Foto: Savytravelers

Ingat ya! Jangan asyik fokus pada bahagian wajah saja sehingga anda terlupa untuk membersihkan kawasan bawah dagu dan leher juga. Barulah semua kotoran dapat dibuang dengan sempurna.

6. Guna tisu pembersih wajah yang tidak sesuai dengan kulit wajah

Foto; Bustle

Kalau anda selalu perhatikan ingredients sebelum membeli produk kecantikan, sama juga anda perlu lihat ramuan pada tisu pembersih wajah anda. Pastikan anda tidak membeli tisu yang mengandungi alkohol yang boleh mengeringkan kulit wajah. Lagi-lagi pada anda yang mempunyai kulit wajah yang kering. 

Jadi, lepas ini pastikan anda menggunakan tisu pembersih wajah ini dengan cara yang betul. Jangan tahu guna saja tanpa memikirkan kesan kepada kulit wajah anda! Semoga bermanfaat!

Sumber: Dailyvanity

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 6 Nov 2018

Memang Cool Habis Koleksi Perabot Rekaan Lenny Kravitz, Se’cool’ Orangnya!

Kravitz mengekspresi bakat beliau dalam dunia hiasan dalaman, produk yang terhasil menjadi glamor dan penuh gaya.

Featured Fri, 13 Mar 2020
Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Awas! 8 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Guna Microwave

Tahukah anda tidak semua jenis makanan boleh dipanaskan menggunakan microwave kerana ia akan membuatkan makanan itu kehilangan khasiatnya.

Gaya Hidup Wed, 18 Apr 2018

Kalau Sudah Pekena Sate Zainab Ismail, Pasti Tak Pandang Sate Lain Lagi

Menjadikan Sate Zainah Ismail cukup istimewa, kerana rempah ratus yang diperap membuatkan sate ini lazat dimakan sekalipun tanpa kuah kacangnya.

Gaya Hidup Mon, 23 Apr 2018

Anda Kerap Sakit Belakang? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Kalau anda nak tahu, 5 perkara ini penyebab anda kerap sakit belakang.

Gaya Hidup Wed, 17 Oct 2018

6 Jenis Makanan Yang Anda Mesti Patuhi Tarikh Luputnya

Bukan semua jenis makanan boleh tahan lebih lama daripada tarikh luputnya.

Gaya Hidup Thu, 8 Nov 2018
Gaya Hidup Sun, 18 Nov 2018

Jom Buat Mainan Kraftangan Ikan Unik Ini Untuk Anak Anda, Tak Susah Pun!

Gunakan peluang ini untuk eratkan hubungan dengan anak.