Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 28, 2018 @ 11:40am

The Shorea, Villa Mewah Dengan Seni Bina Yang Memukau Di Lereng Bukit

Bagaikan dejavu, saat menghala perjalanan dari Lebuhraya LEKAS (Senawang-Jelebu) Negeri Sembilan. Pemandangannya mengingatkan pada cebisan suasana menyusuri Lebuhraya KL-Karak iaitu dari Gombak ke Genting Highlands.
   
Setibanya di exit Jelebu, kenderaan dipacu menghala ke Kampung Pantai mengikut aplikasi, Waze. Sempat meninjau kiri kanan jalan yang meriah dengan penempatan orang asli yang serba ada, cabaran pun bermula.
   
Meredah laluan sempit untuk ke puncak bukit sekitar Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, di mana di situ terletaknya sebuah tempat dinamakan The Shorea, antara cabaran mendebarkan apatah lagi memandu sendirian.
 

www.instagram.com/theshorea/

Total perjalanan kurang lebih 20 minit dari exit Jelebu, penulis tiba dengan selamat kira-kira dua jam perjalanan seawal jam 8 pagi dari Mutiara Damansara dan dibawa masuk ke kawasan tanah persendirian yang berpagar itu oleh pekerja The Shorea sendiri.

‘Speechless’. Itulah reaksi saat melangkah ke aras pertama pusat percutian keluarga itu. Tertanya-tanya kenapa seorang yang boleh dikatakan ‘kaki berjalan’ namun, tidak pernah mengetahui kewujudan tempat ini yang selama ini tersimpan rapi sebagai ‘misteri’ keindahan di sebalik Jelebu.
 
Disambut baik oleh pengurus The Shorea yang dipanggil Kak Su, sarapan pagi turut disediakan. Tidak lama kemudian kelibat Elaine Tan dan suaminya, Lai Chi Sin, mula kelihatan. Selembut suaranya di talian telefon begitulah perwatakan Elaine di luar. 
 

www.instagram.com/theshorea/

 
Jika si suami adalah graduan  dalam jurusan Seni Bina, Elaine pula graduan Kejuruteraan Aerongkasa berstatus kewarganegaraan Singapura.
 
Dengan keluasan tanah lebih dua ekar, sememangnya Lai dan Elaine mampu membina kediaman sebagaimana diimpikan.
 
Rekaan villa melalui beberapa fasa perubahan sehingga ‘final design’ seperti dapat dilihat. Adapun bahagian villa ini mengambil lakaran yang pernah dilukis Lai semasa di bangku sekolah.
 

www.instagram.com/theshorea/

 
Inspirasi keseluruhan konsep The Shorea, mengambil ilham kawasan penempatan di banjaran Himalaya. Lai ke sana untuk tugasan kerja semasa masih bertuga sebagai arkitek di salah sebuah syarikat swasta.
 
Pengalaman di sana, menemukannya dengan berbagai jenis rumah agam atau rumah rehat diperbuat daripada kayu yang dijadikan rumah persinggahan kedua. Reka bentuk dan susun atur ruang yang dibina berbalik pada satu tujuan iaitu perpaduan keluarga.
 
Seperti dapat dilihat lantai villa ini menggunakan kayu balau manakala struktur keselurahan villa, diperbuat dari chengal. Nama Shorea sendiri, adalah induk kepada jenis kira-kira 196 spesies pokok hutan hujan termasuk Balau, Chengal, Meranti dan Keruing.
 

www.instagram.com/theshorea/

 
Menariknya mengenai pusat percutian keluarga itu memperkenalkan fasa keduanya pada Mac 2017, menggunakan khidmat penduduk kawasan sekitar terutamanya orang asli sebagai petugas The Shorea.
 
Elaine dan Lai tidak mengambil pekerja asing kerana berhasrat memberikan kehidupan lebih sempurna khususnya bantuan dari segi akademik buat anak-anak kepada petugas-petugas di The Shorea.  
 
Terdapat empat jenis bilik iaitu Villa Shorea (duplex) yang berkeluasan 2,000 kaki. Di mana kadar sewaan untuk satu malam adalah RM1600 pada Isnin hingga Khamis, RM2000 (Jumaat-Ahad/cuti sekolah) dan RM2400 (cuti umum/musim perayaan/cuti sekolah). 
  

www.instagram.com/theshorea/

 
Manakala Villa Bougainvillea (700 kaki) kadar harga bermula RM800,900 dan RM1,1000. sementara Villa Kemboja seluas 400 kaki (RM600-RM750) dan Villa Halia dengan keluasan 3 50 kaki (RM400-RM600). Sewaan secara pakej Villa Shorea + Halia pula adalah RM1800/RM2200/RM3000.
 
Setiap villa dilengkapi bilik mandi yang sarat elemen nature selain dilengkapi kemudahan antaranya pemanas air, air pancut, tuala, syampu dan sabun. 
 
Paling mengujakan tentunya kemudahan Wifi selain dua bahagian kolam iaitu Infinity Pool  sedalam 1.3 meter dan Plunge Pool 0.9 meter berkonsepkan jacuzzi.
 
  Jika si suami adalah graduan  dalam jurusan Seni Bina, Elaine s pula graduan Kejuruteraan Aerongkasa berstatus kewarganegaraan Singapura. Dengan keluasan tanah lebih dua ekar, sememangnya Lai dan Elaine mampu membina kediaman sebagaimana diimpikan.

The Shorea

 
The Shorea
Kampung Pantai, Jalan Jelebu,
71770 Seremban
+60173385698/0173390899
 
Info penuh
 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
Featured Wed, 24 Apr 2019

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, koleksi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Gaya Hidup Sun, 8 Apr 2018

6 Khasiat Barli Yang Perlu Anda Tahu. Memang Bagus Untuk Kesihatan!

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie merupakan bijirin yang mempunyai sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Featured Mon, 5 Nov 2018

Jangan Buat Perkara Ini Ketika Berada Dalam Kapal Terbang Kalau Tak Nak Terhempas!

Kerana perbuatan anda, kapal terbang boleh terhempas!

Featured Thu, 1 Sep 2022
Eat Travel Wed, 12 Feb 2025

Terus Kembangkan Sayap Cawangan Keempat, Jom Nikmati Sajian Stik & Udang Kara Premium di Elmina

Kay’s Steak & Lobster kini meluaskan operasi dengan pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.

Featured Mon, 24 Feb 2020
Featured Wed, 7 Nov 2018

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Eh, Thai massage pun boleh membahayakan sampai begitu sekali?

Featured Wed, 4 Jan 2023

Petik Kata Pujangga, Ucapan Tahun Baru Hana Ismail Bakar Semangat Netizen Mulakan Hidup Baru

Tahun 2022 sudah melabuhkan tirainya, pengacara Hana Ismail menzahirkan ucapan tahun baru buat warganet agar sentiasa menjadi lebih baik dan positif. @hanaalmauzah_Episod 4 | BISMILLAH 2023 ⚡️♬ original sound – Hana ismail Menerusi hantaran di […]

error: Content is protected !!