Euforia Bola 2026
familuv By: Halimey Zamal December 24, 2022 @ 3:18pm

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca.

@icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, cuma kena rehat lama sikit lepasni ❤️♬ Ada Apa Denganmu – Noah

Menerusi perkongsian di TikTok yang dibuat oleh Shamieza yang mesra disapa Icaa, dia memberitahu keadaan suaminya semakin stabil dan memerlukan rehat yang cukup.

“Terima kasih semua yang mendoakan.

“Alhamdulillah, suami dah semakin stabil cuma kena rehat lama sikit lepas ni,” tulis Icaa.

Sementara itu, Tajul juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada Icaa di akaun TikTok miliknya kerana sentiasa berada disisinya biar apapun yang terjadi.

“Terima kasih yang doakan Tajul, dan tak lupa juga untuk wife I yang sentiasa ada di sisi walau apapun yang jadi,” tulis Tajul.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mendoakan kesembuhan Tajul dan ada juga yang berkongsi pengalaman sebagai seorang isteri yang tidak sanggup melihat suaminya tercedera.

“Semoga cepat sembuh Tajul.

“Saya pun macam ni, suami sakit auto nangis sebab dia je kawan kita lepas kahwin.

“Get well soon Tajul, semoga dipermudahkan semua urusan. Keep strong Icaa,” tulis netizen.

 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 290,000 tontonan dan lebih 16,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2024
Trending Tue, 27 Oct 2020

Harga Terbaharu Pelitup Muka Berkuatkuasa Ahad Ini

Tidak ada lagi alasan selepas ini…

Trending Mon, 21 May 2018

爸爸到模特女儿拍摄地点「神还原女儿写真」

美国一名女高中生Kendel Divarco 因赢得了全国模特儿比赛,而得到了前往拉斯维加斯拍写真集的机会;没想到后来Kendel的父母因为工作关系,也去到了Kendel在拉斯维加斯拍摄写真集的同一间酒店,接下来发生的事让她哭笑不得……

Hiburan Sun, 15 Dec 2024
Hiburan Mon, 13 Jan 2025

“Tuduhan Tak Cipta Lagu Sendiri Fitnah.. Sampai Hati Cakap Macam Tu” – Aina Abdul

Aina Abdul nafi tuduhan tidak mencipta lagunya sendiri.

TECH Tue, 21 Aug 2018

You Might Want to Get Familiar with Your Samsung’s Emergency Mode

It’s a good function to use in case of any emergencies.

Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

Featured Sun, 20 Oct 2019

Siti Khadijah lebar sayap buka butik gaya hidup

Sedia produk dari hujung rambut ke hujung kaki

error: Content is protected !!