Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom August 6, 2018 @ 1:00pm

Kudung Kedua-Dua Belah Tangan, Gabriel Heredia Barber OKU Paling Stail!

Mampukah anda bayangkan, seorang tukang gunting rambut yang kudung kedua-dua belah tangan?

Bunyinya seperti mustahil, bukan? Tetapi percayalah kuasa Tuhan itu melebihi segala-galanya. Warga Argentina, Gabriel Heredia, ini antara insan terpilih dan bertuah.

Baru berusia 20 tahun, Gabriel seorang tukang gunting rambut kurang upaya, tetapi dia masih mampu meneruskan kehidupan di atas usahanya sendiri sebagaimana individu normal yang lain.

Pemuda ini juga bertuah kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan tanpa dia diskriminasi. Malah, ibunya yang menjadi inspirasi untuk Gabriel menjadi pendandan rambut.

Foto: Colombia me gusta

Dia mula berkhidmat sebagai pengunting rambut sejak berumur 14 tahun dan telah mempelajari pelbagai teknik potongan rambut dan jambang.

Pada mulanya, Gabriel melihat aktiviti ini sebagai sebuah hobi, tapi lama-kelamaan dia mendapati yang ia boleh dikira sebagai satu kerjaya.

“Saya belajar memegang gelas sendiri. Saya belajar menunggang basikal dan motosikal malah memandu kereta,” kata Gabriel.

Keluarga Gabriel kemudian membantunya membuka kedai gunting rambutnya yang pertama, yang dia usahakan selama satu setengah tahun.

Foto: Reuters Argentina

Dia bertemu dengan Zlatan Gomez, presiden Argentina Corta, sebuah organisasi yang menghubungkan tukang gunting rambut dengan kerja-kerja kebajikan di kawasan tempat tinggal orang-orang yang kurang bernasib baik.

Misi Gabriel bukan sahaja untuk menjadi tukang gunting rambut yang berjaya, tetapi juga menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat.

“Perkara yang paling saya suka mengenai kerja saya adalah pelanggan saya merasa selesa dan bergaya dengan stail potongan rambut yang saya berikan. Itu menggembirakan saya,” katanya.

Kisah Gabriel ini menunjukkan kepada kita jangan sesekali berputus asa sekiranya berdepan dengan kesulitan dan halangan yang hampir tidak dapat diatasi, kerana itu bukanlah pengakhiran hidup.

Kekalkan minda yang positif, sentiasa berinovasi dan tidak pernah berputus asa, membentuk mentaliti yang jitu  . sepertimana  dikatakan oleh pelukis legenda, Vincent Van Gogh: “Jika anda mendengar suara hati anda berkata ‘anda tidak boleh melukis,’ maka segala apapun karya yang dinamakan lukisan, suara itulah yang menghalang kamu”.

Sumber Video: Youtube

Sumber: OddityCentral

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 May 2023

Anna Jobling Sebak, Sempat Penuhi Impian Bertemu Peminat Cilik Menderita Penyakit Otot

Baik betul Anna ni, kita doakan moga adik Sofia kembali sembuh💖

Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua UTC Di Seluruh Negeri Dibuka 15 Jun Ini

Buat korang yang nak renew IC ataupun buat passport tu, take note!

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
Trending Mon, 15 Jul 2019

Helping the Needs with “Suspended Meals”

We all believe in the saying “Giving Will Always Lead to Receiving” and it’s not all about money.

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

Datuk AC Mizal mengambil keputusan untuk mengikut saluran yang betul mengenai isu yang diketengahkan.

Trending Tue, 16 Jan 2018

SAUDI ARABIA FINALLY LIFTS BAN ON MOVIE THEATRES!

The very first movie they screened was The Emoji Movie. LOL.

Trending Wed, 27 Apr 2022
Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama 2 Ahli Keluarga Tampil Beri Keterangan Di IPD

Semoga cepat selesai misteri pembunuhan adik Zayn Rayyan

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
error: Content is protected !!