Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 4, 2024 @ 6:15pm

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama 2 Ahli Keluarga Tampil Beri Keterangan Di IPD

Sebelum ini, media melaporkan bahawa ibu bapa kepada Zayn Rayyan direman bagi membantu siasatan polis berkaitan misteri kematian kanak-kanak autisme itu di Damansara Damai pada Disember lalu.

Terbaharu, memetik laporan Sinar Harian, tiga individu termasuk pengasuh Zayn Rayyan pula dipanggil oleh pihak polis untuk direkod keterangan mereka pada Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketiga-tiga individu itu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membantu siasatan kes pembunuhan tersebut.

“Selain pengasuh, dua lagi yang direkod keterangan adalah ahli keluarga kepada pengasuh itu.

“Ini merupakan sebahagian daripada proses siasatan, beberapa saksi lain juga mungkin akan dipanggil sekiranya ada keperluan untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, pihak polis merampas telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan bagi membantu siasatan.

Untuk info, ibu bapa Zayn Rayan ditahan di sekitar kawasan Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat lalu sebelum direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan Kian Terungkai: “Hasil Dapatan & Risikan Selama 6 Bulan Menyimpulkan Pembabitan…”

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Arwah Zayn Rayyan Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 May 2026

Amir Ahnaf Belum ‘Ready’ Beraksi Dalam PGL, Mohon Maaf Kepada Tiara Jacquelina – “Kapasiti Saya Belum Matang”

Amir Ahnaf mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya menolak tawaran untuk terlibat dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL).

Kes Mahkamah Wed, 12 Mar 2025

‘Zulfarhan: 19 Lawan 1’ Kisah Tragis Kes Buli UPNM Dipaparkan Dalam Edisi Khas Fail Mahkamah Malam Ini!

Episod pertama akan ditayangkan pada 12 Mac 2025, disusuli episod kedua pada 26 Mac 2025, tepat jam 9 malam

Featured Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Zoey Rahman Cipta Lirik Sendiri, Berduet Dengan Elliza Razak Dalam ‘Kita Dah Raya’

Bukan saja menyanyi, kali ini Zoey Rahman turut tulis lirik untuk Kita Dah Raya, duet bersama Elliza Razak.

Featured Wed, 21 May 2025

Dilabel Narsistik, Individu Hina Puteri Balqis Tampil Pertahan Diri -“Sumpah! I Tak Ada Niat”

Individu berkenaan menolak dakwaan kononnya dia sengaja mahu menghina.

Trending Tue, 8 Jan 2019

Malaysia destinasi ketiga di Asia paling popular pada 2018

Kenyataan ini adalah berdasarkan bancian tahunan World Travel Monitor.

error: Content is protected !!