Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 21, 2025 @ 9:17pm

Demi Menemukan Suara Paling Tulus, Afgan Pulang Ke Akar Muzik Dalam Album Retrospektif

Selepas tujuh tahun tanpa album penuh dalam bahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan kembali dengan projek terbaharu berjudul Retrospektif.

Album ketujuh ini menjadi titik signifikan dalam karier dan kehidupan peribadinya. Naskhah ini memuatkan renungan mendalam tentang fasa naik turun hidup, selain menggambarkan bagaimana Afgan kembali bertemu suara yang paling jujur dalam dirinya.

Karya ini turut menandai langkah Afgan kembali ke asal muzik pop Indonesia yang selama ini membentuk identitinya sebagai penggerak seni.

Menurut Afgan, Retrospektif tercetus sebagai ruang untuknya menyelami kembali perjalanan lalu. Setiap lagu ditulis dan dirakam dengan pendekatan lebih dekat, telus dan bersifat peribadi.

“Album ini bukan tentang mengenang masa lepas semata-mata, tetapi cara saya memahami apa yang membentuk diri, sama ada dari segi kehidupan atau pengalaman berkarya.

“Selepas mencuba pelbagai gaya muzik, saya rasa sudah masanya kembali kepada akar yang pernah membesarkan saya. Bezanya, kali ini saya melangkah dengan hati lebih dewasa, jujur dan bersedia berkongsi cerita,” katanya.

Album yang menampilkan sepuluh lagu ini masih membawa elemen pop dan R&B yang sinonim dengan Afgan, namun disampaikan melalui produksi yang lebih organik dan hangat.

Pembikinannya turut menggabungkan tenaga komposer terkenal seperti Petra Sihombing, Muhammad Kamga, Iqbal Siregar, Bilal Indrajaya dan Rendy Pandugo. Sebahagian besar produksi disusun Petra Sihombing, manakala dua lagu lain diterajui Gerald Situmorang dan Rendy Pandugo.

Sebagai penerbit, Petra menyaksikan sendiri perjalanan kreatif Afgan sepanjang penghasilan album ini.

Katanya, Afgan memulakan projek tanpa visi besar, namun perlahan-lahan menemui hala tuju serta bahasa muzik yang ingin dibawa.

“Saya dapat lihat seseorang yang sedang mencari dan pada masa sama berani mencuba. Tenaga itu membuat album ini terasa sangat dekat kerana kami tidak menunggu ilham muncul, sebaliknya mencarinya bersama,” ujar Petra.

Menariknya, semua penerbit yang terlibat merupakan pemain gitar. Pemilihan itu diraikan sebagai percubaan membawa nuansa baharu yang lebih organik, bertekstur ‘earthy’, maskulin dan sarat elemen akustik, berbeza daripada balada yang sering dikaitkan dengan Afgan.

Hasilnya, Retrospektif tampil segar namun masih mengekalkan jiwa asalnya, seolah-olah sebuah perbualan intim antara artis dan pendengar.

Single pertama Kacamata yang diluncurkan lebih awal membuka laluan untuk pendengar memahami roh album ini. Lagu itu mencatat lebih 4 juta penstriman dalam masa kurang sebulan.

Kacamata mengetengahkan mesej bahawa berundur bukan bermakna kalah, tetapi satu bentuk kasih sayang yang merelakan perpisahan.

Dalam keseluruhan album, Afgan membawa pendengar menelusuri perjalanan hidupnya dengan nada hangat dan tenang. Lagu Misteri Dunia menjadi pembuka yang memberi makna mendalam, menggambarkan bahawa luka tidak semestinya menutup jalan, sebaliknya membimbing ke arah cahaya baharu.

Sebentar pula menyentuh perasaan kehilangan dan proses melepaskan secara perlahan, mengingatkan bahawa takdir bergerak walaupun hati masih cuba bertahan.

Silakan menawarkan ketenangan yang hadir apabila seseorang memilih untuk berdamai, termasuk melepaskan hubungan yang tidak lagi memberi ruang bernafas. Sisi paling rapuh Afgan diterjemahkan melalui Peluk, lagu yang mengangkat rasa sunyi seorang figura yang diraikan ramai tetapi sesekali hanya mahukan dakapan.

Sampai Jumpa pula menggambarkan perpisahan melalui lensa optimisme, percaya bahawa ada waktunya semesta memisahkan dua insan agar satu hari nanti mereka menghargai pertemuan semula. Seterusnya, Tak Ada Rencana hadir dengan suasana ringan, berkisar kisah cinta yang muncul tanpa diduga, mengingatkan bahawa keindahan sering tiba tanpa isyarat.

Melalui Kepastian, Afgan menggambarkan keyakinan bahawa sesuatu yang benar-benar berharga berbaloi untuk ditunggu. The One That Got Away pula memberi sentuhan melankolik lembut, memaparkan kesedaran bahawa nilai seseorang kadang kala hanya benar-benar difahami selepas kehilangannya.

Secara keseluruhan, Retrospektif adalah naskhah kematangan Afgan sebagai seniman dan insan. Album ini bukan sekadar imbasan, tetapi perjalanan menerima, memahami dan menghargai setiap detik hidup.

“Saya mahu pendengar rasa seolah-olah ditemani ketika mendengar album ini. Buat saya, Retrospektif ialah perjalanan pulang ke titik permulaan, tempat saya mengenal makna muzik dan belajar jujur dengan diri sendiri,” kata Afgan.

Retrospektif kini boleh dinikmati di semua platform penstriman digital bermula 19 November 2025, membawa pendengar menyelami kisah perjalanan, kehilangan dan ketulusan yang menjadi inti karya Afgan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 May 2023

Didakwa Pakai Selendang Hanya Untuk Tujuan Berniaga, Ini Respons Padu Daiyan Trisha

Alahaiii, orang nak berniaga pun dipertikaikan ke? Hm 🤨

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

[VIDEO] Mahu Husnul Khatimah, Siti Nurhaliza Pasang Impian Menetap Di Makkah – “Saya Boleh Tumpukan Pada Kerja Amal”

Siti Nurhaliza pasang niat kerana Allah swt, mahu menetap di Makkah fokus kerja amal

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Bakal Dapat Anak Ketiga, HaHa Running Man Nak Berubah?

Lepas Ha Dream dan Ha Soul, agaknya apa nama anak ketiga HaHa ni ya?

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

迪丽热巴荣登「2017亚洲最时尚脸」冠军宝座

英国杂志《I-Magazine》日前邀请到来自40多个国家的380位专业摄影师、设计师、化妆师、造型师、时尚编辑、以及杂志团队,从3万5千多张的照片和影片中投票选出「2017最时尚脸孔」台湾女艺人方面,许玮宁、杨丞琳、林依晨等人都有上榜,第一名则是由近年爆红的迪丽热巴拿下。

Featured Thu, 5 Dec 2024

Kanser Merebak Ke Hati & Paru-Paru, Jangka Hayat Lan Zailan Tinggal 3 Bulan Sahaja – “Jika Ada Silap, Mohon Maafkan”

“Kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan”- Isteri

Featured Tue, 24 May 2022
Trending Wed, 23 Dec 2020
error: Content is protected !!