Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops August 7, 2018 @ 1:30pm

11 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Anda Pergi Bercuti

Ooooh! Tak sabarnya! Dah lama mengidam nak pergi bercuti panjang, akhirnya tercapai juga impian.

Jika anda berada dalam situasi sebegini, mesti seronok, kan? Tapi sebelum anda berangkat, ada beberapa perkara penting yang anda perlu settle dulu.

1. Beritahu syarikat kad kredit anda

Supaya kad kredit anda boleh dipakai ketika anda melancong, syarikat kad kredit anda perlu tahu tentang perancangan anda. Call saja, lagi cepat untuk settle.

“Pastikan juga yang anda ada kredit yang mencukupi dalam kad anda,” kata Tammy Levent, CEO syarikat Elite Travel Management Group.

2. Hubungi syarikat telekomunikasi anda

Adakah anda akan melancong ke luar negara? Rujuk kepada syarikat telekomunikasi anda untuk mendapatkan pelan termurah yang membolehkan anda membuat panggilan, menghantar mesej dan melayari Internet.

3. Beritahu syarikat sistem sekuriti untuk rumah anda

Jika anda akan tiada di rumah selama 2 minggu atau lebih, anda boleh saja alert pihak polis atau pengawal di tempat anda. Jika boleh, mereka mungkin akan membuat lebih banyak rondaan di sekitar rumah anda.

4. Sahkan semua tempahan anda

Foto: blog.cleartrip.com

Check semua tempahan yang anda dah buat: penerbangan, hotel, kereta sewa, restoran, tempat pelancongan dan apa saja servis yang anda cadang untuk gunakan. Paling tak best kalau ada berita buruk di kaunter check-in.

Jika anda ada printer, tak salah kalau anda print semua surat pengesahan. Jika tak ada, tuliskan nombor pengesahan serta nombor telefon servis khidmat pelanggan ke atas satu kertas. Simpan kertas ini di dalam dompet atau beg tangan.

5. Buat bayaran awal untuk bil yang perlu dibayar ketika anda sedang bercuti

Supaya tak dikenakan denda lewat bayaran, pastikan kesemua bil bulanan seperti untuk kad kredit, sewa rumah dan bil elektrik telah dibayar on time.

6. Semak cuaca destinasi anda

Bunyi macam obvious, tapi ramai pelancong terlupa. Check dulu ramalan cuaca di destinasi percutian anda, dan pack pakaian dengan sewajarnya.

7. Makan, buang atau berikan bahan makanan kepada orang lain

Paling tak syok bila kita balik bercuti, peti ais kita busuk kerana ada bahan makanan lama. Jadi pastikan ia tak mengandungi makanan yang boleh reput sementara anda tiada di rumah. Selain itu, buang sampah supaya tak ada ulat atau lalat yang kerumun.

8. Kongsikan jadual perjalanan anda kepada rakan atau ahli keluarga

Foto: runwaymarina.com

Emergency contact anda perlu ada satu salinan, kata Tammy.

9. Bersihkan wallet anda

Buangkan benda-benda yang tak diperlukan untuk percutian ini, seperti resit-resit lama, membership card atau gift card. Buat berat saja!

10. Sekatkan penghantaran surat ke rumah anda

Ini penting jika rumah anda tidak berpenghuni untuk lebih daripada 2 hari, kata Tammy. Ataupun anda boleh minta jiran anda untuk ambilkan daripada posmen sampailah anda pulang.

11. Bawa masuk perabot outdoor

Jangan biarkan apa-apa barangan atau perabot luar rumah (seperti bangku atau kusyen) tak terjaga, terutamanya barang yang ringan yang pencuri mudah ambil.

Hati-hati, ya!

Sumber: Travel And Leisure

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Oct 2018

Anak Yang Bertubuh Montel Terdedah Risiko Penyakit Kencing Manis

Sering buang air kecil terutama di waktu malam, tanda-tanda anak menghidap kencing manis.

Events Mon, 23 Sep 2024

Alif Teega, Aisyah Hijanah Dijangka Dituduh Terlibat 10 Kes Salah Guna Dana Awam

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.51 pagi hari ini untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan dipercayai membabitkan salah guna dana awam. Memetik laporan Harian […]

Featured Wed, 11 Sep 2024
Featured Wed, 26 Sep 2018
Featured Mon, 21 Nov 2022

“Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain” – Puteri Sarah

Alahaii, sebaknya 🥺 Suami bila puji masakan kita memang auto ke bulan kan 🤩

Eat Travel Thu, 3 May 2018

Ini Rupanya Cara Nak Buat Donat Yang Lembut Dan Gebu. Memang Mudah Sangat!

Teringin nak makan donat yang lembut dan sedap? Cubalah resepi ini.

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Tue, 17 May 2022
error: Content is protected !!