Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom August 8, 2018 @ 3:00pm

Kalau Berada Di Temerloh, Jangan Lupa Singgah Di Restoran Favourite Siti Nurhaliza Ini

Kalau nak tahu restoran ikan patin  yang menjadi favourite Datuk Siti Nurhaliza, jangan lupa singgah ke restoran SZ Rahmah yang beralamat Batu 3, Jalan Maran, sekiranya anda sudah berada di Temerloh, Pahang.

Bukan setakat Siti Nurhaliza bahkan restoran ini juga pernah dikujungi Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang pernah mencemar duli menikmati hidangan di restorannya itu.

Resepi turun temurun sejak 40 tahun lalu adalah rahsia restoran SZ Rahmah sering kali menjadi tumpuan penggemar ikan air tawar di Temerloh.

Walaupun sudah tiga generasi membangunkan restoran ini, mereka tidak pernah mengubah resepi tetapi mementingkan mutu dan bahan yang digunakan.

Foto: Gempak Viral

Menurut pemilik restoran, Siti Zainon Zakaria, beliau mementingkan kesempurnaan untuk memastikan pelanggan tempatan atau luar benar-benar menikmati hidangan yang disajikan.

Siti Zainon yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Wan’, bersyukur atas permintaan yang tidak pernah putus walaupun sudah empat dekad.

“Perniagaan Wan masih lagi berkembang di kampung ni. Orang dari Kuala Lumpur, dari Kedah, Perak, Johor, Perak pun datang untuk rasa gulai tempoyak SZ Rahmah.

“Bahan dalam masakan yang wan pentingkan adalah tempoyak yang baik. Ikan patin yang kami gunakan adalah ikan patin buah sahaja,” katanya.

Foto: Astro Awani

Legasi perniagaan itu kini diteruskan oleh anaknya, Shaidatul Nalisa Mohd Nasir yang diberi amanah untuk meneruskan tradisi di restoran ini.

“Buat masa ini Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan buat masa ini. Dalam sehari, lebih kurang lima hingga enam ekor dengan berat dua kilogram lebih dapat dijual.

“Selain itu kami juga hidang lauk lain seperti udang galah, ikan kelah goreng dan ayam goreng. Selalunya hidangan kami dihidangkan sehingga 12 atau 1 tengah hari,” katanya.

Biarpun restoran di Temerloh itu sentiasa penuh dengan pelanggan, beliau tidak bercadang untuk membuka cawangan di negeri lain kerana ingin menumpukan kepada perniagaan di sini.

Foto: Blog Archive

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 17 Mar 2019
Eat Travel Sun, 3 Feb 2019
Eat Travel Thu, 17 May 2018

Chicken Wings Bersalut Emas Ini Berharga RM3926. Wow! Mahalnya

Wow! Kepak ayam bersalut emas ini harganya boleh habis duit gaji sebulan!

Eat Travel Wed, 4 Mar 2020
Eat Travel Tue, 29 May 2018

Pengat Labu Manis Ini Menu Wajib Yang Perlu Ada Untuk Berbuka Puasa

Pengat labu manis ini sangat enak untuk dimakan!

Eat Travel Sun, 25 Nov 2018

Resipi Cream Puff Paling Senang Nak Buat. Yang Penting Sedap!

Anda pasti makan berbiji-biji cream puff ini. Sedap gila!

Eat Travel Sun, 4 Nov 2018

India Telah Bangunkan Patung Statue Tertinggi Di Dunia, Iaitu Dengan Ketinggian 182 Meter!

Katanya ia dua kali lebih tinggi daripada Statue Of Liberty.

Eat Travel Wed, 12 Sep 2018

Keenakan Ais Krim Gula Apong Setanding Sundae McDonald’s

Tambah memikat ais krim gula apong dihiasi dengan kacang cincang, serpihan Nestum atau serbuk Oreo.

error: Content is protected !!