Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops August 9, 2018 @ 4:15pm

Susu Badan Boleh Tahan Berapa Lama Selepas Ia Diperah? Semua Ibu Perlu Tahu

Para ibu mesti excited apabila mereka mula mengeluarkan susu badan. Ia kan penuh dengan nutrisi? Jadi mestilah si ibu ingin anaknya mendapat segala kebaikan yang ada.

Tapi kadang-kadang si ibu ini excited sangat sampai terpam dengan banyak sekali. Lepas itu baru terfikir, memandangkan dah ada banyak sangat, boleh ke simpan? Kalau simpan, sampai bila? Ruginya kalau terpaksa buang!

Tak apa, tak apa, ia memang selamat untuk disimpan dalam peti ais. Tapi para ibu perlu tahu sedikit sebanyak tentang berapa lama susu itu boleh bertahan sebelum ia sudah tak elok untuk diminum.

Di sini ada beberapa info tentangnya yang boleh memanfaatkan anda:

Suhu bilik

Jika anda tak tahu, berapa lama susu badan boleh tahan bergantung kepada bagaimana ia diperah dan di mana ia disimpan.

Lazimnya, susu itu akan tetap segar di dalam suhu bilik (16–29°C) selama 3 ke 4 jam dalam sehari.

Tetapi susu yang disejukkan (bukan dibekukan, ya) boleh bertahan selama 6 ke 8 jam dalam sehari. Ia boleh diguna semula dalam 3 ke 5 hari.

 

Foto: Youtube Howcast

Beku

Susu yang dibekukan dalam freezer peti ais berpintu dua (maksudnya bahagian sejuk beku ada pintunya sendiri) boleh tahan selama 3 ke 6 bulan.

Untuk peti ais satu pintu pula, susu beku ini boleh disimpan selama 2 minggu.

Jika anda menyimpan susu anda dalam freezer besar (mesin itu khas untuk sejuk beku saja), ia boleh tahan selama 6 ke 12 minggu.

Tapi elakkan daripada mencairkan susu ini di atas api. Sebaliknya biarkan ia cair secara semula jadi pada suhu bilik.

Rasa dulu…

Apa-apa pun, anda boleh saja rasa dulu susu itu sebelum anda berikannya kepada anak. Jika ia rasa masam-masam, besar kemungkinan ia sudah dicemari dengan kuman atau bakteria.

Jadi supaya ini tak berlaku, cuci dulu tangan anda sebelum mengepam susu badan. Selepas itu, terus simpan di dalam peti sejuk.

Jadi, anda sudah faham, kan? Supaya susu badan tahan lebih lama, simpankannya dengan cara yang betul. Tak perlu membazir!

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sat, 22 Sep 2018
familuv Mon, 4 Feb 2019
familuv Tue, 19 Jun 2018

Ikuti Langkah Ini Dan Anak Anda Tidak Perlu Lagi Guna Lampin Pakai Buang

Lebih jimat kalau anak sudah tidak pakai lampin pakai buang lagi. Anda wajib praktik teknik ini!

familuv Wed, 17 Jul 2019
familuv Thu, 8 Nov 2018
familuv Mon, 14 Oct 2019

Sebab kenapa cuti bersalin 90 hari adalah polisi yang baik

Bukan sahaja ibu dan bayi, majikan juga mendapat faedah

familuv Mon, 18 Mar 2019

5 cara menghukum anak yang dilarang dalam Islam

Mungkin ada antara anda yang pernah melakukannya tanpa sedar.

familuv Tue, 10 Jul 2018

Alami Selsema Teruk Yang Akhirnya Menyebabkan Alex Lewis Kudung

Penyakit GAS yang dialami Alex Lewis tidak berjangkit kepada orang lain tetapi apa yang menakutkan ia membuatkan daging manusia memakan diri sendiri.

familuv Mon, 30 Apr 2018

Kalau Nak Anak Cepat Jalan, Anda Perlu Tahu Cara Nak Beli Kasut Mereka!

Kalau tak nak anak mudah terjatuh, pilihlah kasut yang sesuai untuk mereka.

familuv Wed, 21 Aug 2019

Bolehkah betik menyebabkan keguguran? Ini jawapannya

Bukan semua boleh boleh dimakan ketika hamil.

error: Content is protected !!