Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom August 10, 2018 @ 10:00am

Adakah Anda Memiliki 9 Ciri Ini? Jika Ya, Anda Adalah Seorang Supermum!

‘Supermum’ ialah seorang wanita yang bertanggungjawab dalam menjaga emosi dan kesihatan fizikal anak-anak tanpa mementingkan diri serta mampu melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga dengan baiknya.

Istilah supermum telah diperkenalkan pada tahun 1974 yang membawa maksud seorang ibu yang boleh dijadikan teladan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas penjagaan rumah tangga dan mendidik anak-anak serta pada masa yang sama bekerja sepenuh masa.

Supermum juga turut dikenali sebagai Super Multiple Mumatau – “Ibu hebat yang pelbagai” yang mana mereka melakukan pelbagai tugas dalam kehidupan seharian dan mampu seimbangkannya dengan kerjaya.

Supermum ialah seorang wira hebat yang mampu melakukan pelbagai tugas tanpa perasaan bangga mahupun rungutan. Supermum sering dirujuk sebagai amalan tradisional keibubapaan.

Secara asasnya, supermum mempunyai dua pekerjaan iaitu menjadi seorang ibu dan seorang pekerja. Sebagai seorang pekerja, dia mungkin mampu meninggalkan tugasannya di pejabat tetapi belum tentu mampu sepenuhnya meninggalkan keluarganya di rumah.

Supermum mengambil alih kesemua tugas-tugas wanita dalam satu masa melakukan pelbagai tugas (multitasking) dengan cekap dan pantas. Kerjaya sepenuh masa tidak menghalang mereka menjadi ibu yang berjaya.

Foto: PinsDaddy

Adakah anda mempunyai kualiti seorang super mum?

1. Supermum akan memastikan segala tugasan disiapkan

Salah satu kualiti supermum adalah kebolehan untuk melakukan tugasan sehingga siap. Sama ada kerja-kerja di rumah, projek di tempat kerja ataupun berdepan dengan isu kekeluargaan, supermum tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi.

2. Supermum berani untuk berkata “TIDAK”

Supermum ialah seorang yang pandai menolak ajakan kawan-kawan, saudara mara dan rakan sekerja yang mengambil kesempatan ke atas dirinya dari segi masa mahupun tenaga. Masa yang diperoleh daripada hasil tersebut dapat digunakan untuk menyelesaikan tugas-tugasan yang dikira lebih penting baginya dan juga ahli keluarganya.

3. Supermum tahu saat bila dia memerlukan bantuan

Supermum sentiasa peka setiap masa. Dia perlu tahu bila dia berasa tertekan atau letih dan segera mencari bantuan. Adalah penting bagi dirinya untuk mendapatkan bantuan dan sokongan luar supaya dia berasa lebih bertenaga dan kekal segar.

4. Supermum ialah seorang ibu yang penyayang dan menyenangkan

Supermum mempunyai kedua-dua jenis personaliti iaitu berjiwa lembut, penyayang dan ambil berat tetapi pada masa yang sama, dia juga meletakkan peraturan yang adil dan seimbang, dalam menentukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian dengan umur serta sikap anak mereka.

5. Supermum boleh seimbangkan antara keluarga dan kerjaya

Supermum tidak mudah berputus asa atas minat dan cita-citanya apabila mereka dibebani oleh tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri. Dalam masa yang sama supermum sentiasa belajar untuk seimbangkan kedua-duanya tanpa terlalu banyak kompromi.

6. Supermum percaya akan firasatnya

Supermum sentiasa mempertimbangkan setiap perwatakan unik dalam diri anak-anaknya supaya diri mereka menjadi individu yang tersendiri. Dia menghormati perbezaan anak-anaknya dan bertindak untuk memberi respon mengikut keperluan mereka.

7. Supermum lebih menghargai perkara yang lebih besar dan penting

Supermum tidak mengambil kira kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh pasangan hidupnya tetapi sentiasa cuba untuk lebih fokus kepada kebaikan ahli keluarganya secara menyeluruh.

8. Supermum bijak mengagihkan tugasan kepada orang lain

Supermum bijak membahagikan tugasnya dan tidak melakukan kesemuanya seorang diri. Dia lebih mengetahui masa yang sesuai untuk memberi dan membenarkan orang lain mengambil alih tugasnya serta menjalankan peranan masing-masing.

9. Supermum berasa seronok menjadi seorang ibu

Terakhir, tidak kira sesibuk mana jadual mereka, supermum tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk bersama dengan anak-naknya dan akan menggunakan setiap saat bersama mereka dengan lebih bermakna.

Sumber : Myhealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 7 Jun 2018

Harus Bijak Pikat Hati Anak Agar Si Degil Akhirnya Mendengar Kata

Anak yang degil dan keras kepala adalah perkara yang biasa dilalui oleh ibu bapa.

familuv Mon, 22 Jul 2019
familuv Thu, 18 Oct 2018

Buat ‘Biskut Akuarium’ Bersama Anak Anda, Mudah & Unik!

“Isinya” boleh gerak-gerak, macam ikan dalam akuarium!

familuv Mon, 7 Jan 2019

3 Genius Decorating Ideas For The Perfect Baby Shower

Not only are they cute, some of them can be eaten!

familuv Fri, 19 Jul 2019

Suami kaki pukul, isteri perlu bertindak!

Pertahankan hak sebagai isteri!

familuv Wed, 16 Jan 2019

Kalau takut suami tumpas di tangan wanita seberang, amalkan 25 petua ini

 Wanita seberang sentiasa meletakkan suami di tempat teratas. 

familuv Fri, 20 Jul 2018
familuv Mon, 12 Sep 2022
familuv Fri, 17 Aug 2018

Mahu Disayangi Mentua? Ini Tipsnya, Jangan Baca Saja Tapi Amalkan Juga Okay!

Tambat hati mentua anda supaya hubungan kekeluargaan yang terbina tetap utuh.

familuv Wed, 18 Mar 2020

Cara mengesan gejala COVID-19 mengikut hari. Selamatkan keluarga anda!

Selalu periksa keadaan pasangan dan anak-anak

error: Content is protected !!