Featured By: Ad Ops August 10, 2018 @ 3:00pm

Kanak-Kanak Ini Berkaki Kudung Tapi Tetap Dipilih Menjadi Model Cilik, Inspiring Sungguh!

Selalunya orang-orang yang kurang upaya akan berasa segan untuk tampil di khalayak ramai ataupun tak rela untuk kecacatan mereka ditayang kepada semua orang.

Kalau bukan di mata orang pun, mereka mungkin akan rasa sedih kerana aktiviti seharian mereka limited disebabkan oleh kekangan hidup.

Tapi itu langsung bukan kesnya dengan Daisy-May Demetre, yang memberi inspirasi kepada orang di serata dunia apabila dia tampil sebagai model kanak-kanak kurang upaya sejak tahun lepas.

Budak perempuan berumur 8 tahun dari Britain ini kini membintangi kempen pakaian aktif untuk jenama River Island, dan gambar-gambarnya mencerminkan personalitinya yang ceria serta outgoing.

Kedua-dua belah kakinya kudung tapi dengan memakai sepasang kaki prostetik, Daisy-May nampaknya langsung tak terkesan dengan kecacatannya itu. Seolah-olah dia adalah seorang budak biasa.

Wow, positifnya!

Ini kisahnya…

Ketika dia dilahirkan, dia disahkan menghidap penyakit fibular hemimelia (tulang fibularnya tak terbentuk).

“Salah satu kakinya berupa seperti bola. Satu lagi lembik dan langsung tak berguna,” kata bapanya Alex kepada Barcroft TV.

Foto: Barcroft Images

Akibatnya, kedua-dua kakinya terpaksa dipotong ketika dia baru saja 18 bulan. Kalau dibiarkan pun, Daisy-May tak boleh seimbangkan badan atau bergerak dengan betul.

Selepas pembedahan itu, Daisy-Mai dikatakan telah bergelut dengan kesakitan yang perit kerana kakinya dibalut dengan bahan berkualiti rendah.

Walau bagaimanapun, dia akhirnya mendapat kaki prostetik (jenis spring atau blade) yang membenarkannya untuk belajar berjalan, berlari dan melompat dengan pantas.

“Sebenarnya anda pakaikanlah alat apa pun. Dia akan boleh biasakan diri dengan cepat. Dalam 5 minit pertama, dia akan siap buat cartwheel lagi!” kata Alex.

Menjadi model

Jurucakap jenama River Island berkata kepada Huffington Post UK, “Kami memilih model kami berdasarkan siapa yang paling sesuai dengan sesuatu aktiviti itu.

“Untuk koleksi RI ACTIVE untuk kanak-kanak perempuan, kami perlukan seorang model yang sangat bertenaga dan nampak bergaya dalam pakaian aktif.

“Daisy-May menepati kriteria apa yang kami cari. Dia bukan saja memiliki personaliti yang ceria dan menarik, tapi dia juga memang meminati aktiviti sukan.”

Alex telah membuka sebuah akaun Instagram untuk Daisy-May supaya orang lain boleh lihat sendiri betapa lincahnya anaknya itu.

Dan dengan itu, Daisy-May telah menandatangani sebuah deal permodelan dengan Zebedee Management pada tahun lepas. Agensi ini mewakili model-model kurang upaya. Kerana mereka juga, Daisy-May juga telah terlibat dalam London Fashion Week Februari lepas!

Menurut Alex juga, Daisy-May tak kisah pun dengan perhatian yang dia dapat kerana dia “lain” daripada budak-budak yang sebaya dengannya.

“Memang bagus untuk stand out tapi memang menakjubkanlah kalau dia langsung tak terkesan dengan popularitinya.

“Dia memang inspirational, penuh bertenaga; takkan ada apa-apa yang boleh menghalangnya daripada mencapai apa yang dia nak dalam hidup.”

Berita baik dalam industri fesyen

Bila dia tak beraksi di mana-mana runway atau bergambar untuk sesuatu kempen fesyen itu, Daisy-May akan sibuk di gym membuat tekan tubi, bermain bola sepak atau berlari-lari di tepi jalan. Aktifnya!

Kini jenama fesyen makin berkembang dan dah mula melibatkan model-model kurang upaya. Tahun lalu, jenama kanak-kanak Target, Cat & Jack, melancarkan koleksi pakaian untuk kanak-kanak kurang upaya.

April lalu, Tommy Hilfiger mendedahkan kempen Spring 2018 yang menampilkan seleksi pakaian yang memudahkan orang kurang upaya untuk memakainya. Detail yang ditambahkan adalah seperti butang magnet, hem yang boleh diadjust, serta Velcro.

Bulan lepas pula, ASOS melancarkan jumpsuit kalis air yang sesuai dipakai sambil duduk di atas kerusi roda.

Mungkin selepas ini kempen baru River Island ini akan menggalakkan lebih ramai pengeluar fesyen untuk turut serta.

Sumber: Cosmopolitan, Independent.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 25 Nov 2018

Resipi Cream Puff Paling Senang Nak Buat. Yang Penting Sedap!

Anda pasti makan berbiji-biji cream puff ini. Sedap gila!

Featured Wed, 16 Aug 2023

Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Bawa bersabarlah Ubai & Sha. Tak faham ada juga yang menatliti masih rendah sekarang ni ek🥴

Events Wed, 18 Jan 2023

Timbul Gosip Cinta, Aisha Retno Selesa Berkawan Rapat Dengan Aziz Harun

Penyanyi Aisha Retno sedia menerima segala gosip mengenai isu percintaan jika isi dan tajuk utamanya itu tidak melampaui batas. Pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam ini mendedahkan dia kini sedang berkawan rapat dengan […]

Featured Mon, 16 Dec 2019

Kisah hidup Tengku Permaisuri Norashikin dibukukan

Kongsi pengalaman tahun pertama di istana