Oh Lawa By: Yanie Baharom August 13, 2018 @ 1:00pm

Hundred Flowers Campaign, Koleksi Yang Super Wow Dari Fiziwoo

Hundred Flowers Campaign, adalah sebuah koleksi yang membawa penggemar fesyen menerokai sisi berbeza pereka duo handalan, Fiziwoo, yang cukup sinonim dengan penghasilan busana berstruktur dan ‘bold’. 

Dipersembahkan pada acara penutup bagi hari ketiga Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW2018), yang berlangsung di pusat membeli-belah Pavilion,  32 himpunan koleksi yang diperagakan berjaya memaku pandangan penonton ditambah pula dengan tayangan video rasmi sempena Hundred Flowers Campaign menyaksikan habitat bunga-bungaan yang menggebu dan cukup menawan.

Ada mesej tersirat di sebalik rekaan yang dikatakan bertentangan norma rekaan Fiziwoo sejak mereka melangkah masuk ke dalam industri fesyen tempatan kurang lebih 10 tahun yang lalu.

Foto: Fiziwoo Instagram

Bagi yang tidak tahu apa itu Hundred Flowers Campaign, ia adalah satu gerakan yang terbentuk sekitar pertengahan tahun 50-an di China. Gerakan yang disertai masyarakat-masyarakat China yang memberi ruang dan mengizinkan mereka untuk menerbitkan pendapat tentang rejim komunis pada waktu itu.

Fiziwoo merangkumkan semua itu, mengambil idea floral atau botani digabung idea ‘Hundred Flowers’ lalu dijadikan butiran utama rekaan-rekaannya kali ini.

“Pernah tengok tak koleksi seperti ini dalam rekaan Fiziwoo sebelum ini? Bagi yang mengikuti perkembangan kami,  Fiziwoo cenderung menghasilkan busana peplum, berstruktur dengan menampilkan potongan yang dramatik di bahagian tertentu menggunakan fabrik berat.

Foto: Fiziwoo Instagram

Koleksi kami juga sering dilihat sebagai rekaan yang sesuai untuk pemakaian wanita bertubuh langsing. Tak pernah lagi Fiziwoo menampilkan himpunan yang berat dengan floral. Kami mahu mengembangkan layar Fiziwoo, untuk menyaingi kemampuan dan kreativiti kami,” ujar Fizi.

Katanya lagi, dia dan rakan kongsinya, Izree Kai Haffiz,  suka pada  keindahan yang tersisip dalam sejarah Hundred Flowers Campaign, yang membangkitkan keberanian kaum terpelajar juga bijak pandai dan keperkasaan wanita yang melawan parti komunis.

Dengan prinsip kempen tersebut yang berpegang pada “biarkan ratusan bunga itu mekar” menjadi kata kunci yang kuat dalam membentuk idea yang terkandung dalam lubuk fikiran mereka.

Foto: Fiziwoo Instagram

“Saya menggabungkan semua motif bunga yang relatable dengan orang kita juga masyarakat Asia.  Kami tidak mengubah corak-corak ini menjadi rupa yang terlalu grafik atau stylization.

“Kami cedok butiran dan bentuk bunga ini sebulat-bulatnya. Dan setiap corak bunga atau floral itu adalah hasil kerja tangan kami sendiri. Contohnya, ada yang hand-painted,” katanya.

Mengakui koleksi ini satu eksprementasi mencabar buat mereka selain mengambil proses yang panjang untuk disiapkan, 32 koleksi yang dihasilkan banyak bermain dengan ceraian-ceraian juga layering.

Foto: Fiziwoo Instagram

“Bukan sahaja layering dari segi ceraian-ceraian, layering pada kombinasi fabrik pun! Misalannya, saya cantum renda yang ada corak bunga, dilapiskan lagi atas fabrik tulle halus, kemudiannya saya lapiskan ia dengan sifon dan ditambah lagi jahitan manik-manik bagi menghidupkan tekstur.

“Kami jahit jelujur sementara untuk menentukan sama ada kombinasi itu kena atau tidak. Setiap cantuman itu adalah daripada inovasi kami sendiri. 

“Orang Malaysia nie suka feeling sebenarnya dan terikut-ikut dengan perkembangan fesyen Barat. Bila nampak wanita luar negara pakai trench coat cantik, mereka pun enggan ketinggalan menggayakan stail yang sama walhal tidak bersesuaian cuaca negara. 

Foto: Fiziwoo Instagram

“Justeru untuk koleksi kali ini kami hasilkan rekaan dengan gaya dan feel fesyen Eropah. Bagaimanapun fabrik yang digunakan meski terdapat banyak lapisan dan untuk sepasang baju dengan skirt tulle menggunakan hampir 45 meter kain, namun fabriknya ringan malah sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia. Malah boleh digayakan semua saiz.

“Menerusi rekaan Hundred Flowers Campaign, kami bukan sekadar menghasilkan rekaan ‘kosong’. Kami mahu memerihalkan satu jalan cerita di sebaliknya. Kami mahu mencipta satu impak di mana pabila orang berpeluang mendekati rekaan-rekaan kami, mereka akan lihat workmanship dari segi kombinasi fabrik itu bukan sesuatu yang literal,” katanya.

Foto: Fiziwoo Instagram

Sementara itu, Kai menyifatkan siluet Fiziwoo untuk KLFW 2018 adalah campuran architectural atau structured bersama romantik dan poetic.

“Kami kutip sedikit elemen-elemen era ‘Hundred Flowers Campaign’ itu – sifat oriental empayar China, sut Mao (sut yang dipakai oleh Mao Zedong) dan butiran poket besar – namun masih dipadankan dengan helaian-helaian lembut yang sudah sinonim dengan nama Fiziwoo.

“Kami berharap koleksi ini dapat membuka mata ramai melihat kelebihan dan sejauh mana kemampuan Fiziwoo. Fiziwoo tidak menyempadani diri menghasilkan adi busana atau couture pieces sahaja,” katanya.

Apa yang menariknya,  ‘Hundred Flowers Campaign’ akan dibawa ke pentas peragaan New York dan Jakarta tidak lama lagi.

Foto: Fiziwoo Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Apr 2020
Oh Lawa Wed, 4 Jul 2018
Oh Lawa Tue, 16 Apr 2019
Featured Wed, 24 Oct 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Buah Mangga Berupaya Upgrade Kecantikanmu!

Masker buah mangga berupaya mencerahkan kulit.

Oh Lawa Mon, 1 Oct 2018

Huda Beauty Akan Lancarkan Produk Terbaru Yang Dikatakan Menampilkan Formula Luar Biasa!

Baca artikel ini untuk ketahui info tentang produk terbaru Huda Beauty.

Oh Lawa Wed, 19 Sep 2018

2 Jenama Produk Kecantikan & Kesihatan Ratusan Ribu Yang Menjadi Pilihan Golongan Elit

Pasti anda tertanya-tanya, agaknya apakah jenis produk yang mahal ‘gila’ itu kan?

Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.

Featured Wed, 9 May 2018

Ketahui Jenis Atau Warna Lipstick Yang Sesuai Untuk Anda, Berdasarkan Lambang Zodiak

Selain padankan warna lipstick dengan warna kulit, apa kata cuba pilih warna berdasarkan personaliti anda?

Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

7 Manfaat Concealer Stick Yang Bukan Sekadar Menghapuskan Mata Panda!

Penggunaan concealer stick ini pelbagai guna rupanya!

Oh Lawa Wed, 31 Jan 2018

Flawless Bak Fazura

Memiliki kulit wajah yang licin dan cantik, penampilan gadis jelita berusia 34 tahun ini sentiasa memukau mata memandang.