Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin August 23, 2018 @ 12:00pm

Jambu Air Bukan Saja Sedap, Malah Ada Khasiat Tersembunyi Yang Anda Tak Tahu

Bertuah bagi anda yang suka makan buah jambu air! Kalau anda nak tahu, buah ini mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan kita. Nak tahu antara khasiatnya? Jom semak!

1. Sebagai antioksidan untuk kulit

Kandungan vitamin C dalam jambu air berperanan penting untuk memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak khususnya sebagai perawatan kulit. Ia juga menjadikan kulit anda tampak lebih segar dan dalam pada masa yang sama peredaran darah lebih lancar.

2. Mencantikkan kulit

Untuk pengetahuan anda, vitamin C dan A yang terkandung dalam buah jambu air ini dipercayai sebagai sumber zat untuk mencantikkan kulit. Kandungan vitamin C yang didapati daripada 100gram jambu air adalah sangat tinggi. Selain itu, vitamin A yang terkandung dalam jambu air ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan buah epal.

3. Melancarkan sistem penghadaman

Kandungan serat dan air yang banyak dalam jambu air sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Bukan itu sahaja, khasiatnya dianggap sebagai ‘komponen diuretic‘ atau merangsang serta melancarkan pembuangan air kecil. 

4. Menjaga kesihatan mata

Jambu air yang mengandungi vitamin A sememangnya diperlukan oleh mata kita agar dapat berfungsi seiring dengan peningkatan usia kita. Kalau anda yang mengantuk atau mata kuyu boleh makan jambu air ini untuk mengatasi mata anda yang sedang letih.

Bagus kan jambu air ini? Lepas ini, anda boleh bawa bekal jambu air ini ke pejabat, sekiranya anda mengantuk boleh terus makan, pasti menyegarkan!

Sumber: Women Online Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Feb 2023
Featured Wed, 4 Aug 2021

Pandelela Layak Ke Pusingan Separuh Akhir Tokyo Olimpik, Menanti Debaran Akhir Esok

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila layak menduduki tempat ke-18 pada saingan kelayakan pusingan separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik yang berlangsung sebentar tadi. Pandelela […]

Featured Wed, 4 Aug 2021

“Saya Dah Tak Ada Kaitan Dengan Dhabitah” – Azhar Apandi

Sejak namanya menjadi sebutan di Sukan Tokyo Olimpik, personaliti manis dan menawan yang dimiliki penerjun negara Nur Dhabitah Sabri menjadi tumpuan ramai justeru tidak hairan sekiranya kehidupan peribadi gadis berusia  22 tahun itu menarik minat […]

Events Thu, 8 Dec 2022

Lebih Dekat Dengan Arwah Ibu, Sheila Majid Akui Pandemik Covid-19 Beri Hikmah

Penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid memberitahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu rahmat buatnya kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah ibu tercinta, Datuk Paduka Saadiah Adam yang meninggal dunia pada 1 Ogos […]

error: Content is protected !!