Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin August 21, 2018 @ 1:00pm

Beli Sekeping Pizza Dari Mesin Layan Diri Sahaja. Maju Betul Negara Jepun!

Ya, memang tidak boleh dinafikan Jepun merupakan negara yang cukup maju dari segi teknologi dan sering menghasilkan produk atau barangan yang memudahkan pengguna. 

Kalau di Malaysia, kita nak makan pizza, mesti kena pergi ke restoran. Ataupun kalau rajin buat saja sendiri di rumah. Betul tak? Tapi, lain pula di Jepun, mereka kalau nak makan pizza hanya beli dari mesin layan diri saja!

Terbaharu, sebuah mesin layan diri di Hiroshima yang diberi nama ‘Pizza Self’ merupakan mesin yang membolehkan orang ramai membeli pizza pada bila-bila masa untuk 24 jam sehari.

Foto: CariForum

Menurut laporan SoraNews24, mesin pizza layan diri berwarna merah, putih dan hijau itu menawarkan pizza ‘segar dari ketuhar’ dan ianya boleh didapati di selatan Pulau Honshu.

Buat masa ini terdapat dua jenis pizza yang boleh dipesan dari mesin berkenaan iaitu perisa margherita berharga 980 yen (RM35.50) dan 4 keping pizza keju berharga 1280 yen (RM46.30).

Kalau anda nak tahu, penghasilan pizza mesin ini hanya 5 minit sahaja ianya siap dimasak. Pizza tersebut diletakkan di dalam kotak dan turut disediakan dengan pisau pemotong dan beg plastik. Canggih betul!

Foto: Cari Forum

Walaupuan restoran pizza terkenal iaitu Pizza Hut dan Dominos terletak beberapa meter dari lokasi terebut, namun ramai yang memilih untuk memesan pizza dari mesin layan diri itu.

Kan bagus kalau kat Malaysia ada mesin seperti ini! Bila teringin nak makan pizza, tak perlu tunggu lama.

Sumber: CariForum

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Apr 2020
Featured Fri, 24 Jun 2022

“Tak Mahu Tanggung Beban” – Syukur Boleh Tarik Nafas Lega, Konflik Shila Amzah & Media Selesai!

Alhamdulillah… seronok je kan bila masing-masing dah berbaik 😊

Featured Wed, 1 Apr 2026

“Saya Tak Lakukan Sebarang Provokasi Selepas Bernikah ”- Marissa Dania Akui Tak Dapat Hak Sebagai Seorang Isteri Secara Adil

Marissa mengakui apa yang berlaku adalah khilafnya sekali gus memberi bayangan bahawa dia juga tidak dilayan secara adil.

Featured Tue, 19 Jul 2022

[VIDEO] “Trend Niaga ‘Cedok Live’ Di TikTok Wujud Unsur Gharar” – PU Amin

Allahuakbar, pengajaran untuk semua sebelum kita beli apa-apa pastikan hukum halal dan haramnya dahulu

familuv Wed, 24 Oct 2018

Si Cengeng Anak Bongsu, Dalam Diam Otaknya Kreatif Dan Pandai Buat Kawan!

Tidak semua anak bongsu itu tidak boleh diharap. Perlu berbalik kepada didikan keluarga!

error: Content is protected !!