Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops August 22, 2018 @ 3:00pm

Ini Cara Selamat Untuk Picit Jerawat Tanpa Meninggalkan Parut, Menurut Pakar Kulit

Fuuh, puasnya bila dapat picit jerawat! Tapi sebelum itu, anda kena fikir juga, walaupun syok, ia boleh meninggalkan kesan parut pada kulit dan menyebabkan jangkitan kuman.

Pakar kulit Amerika, Dr Allison Arthur berkongsi cara-cara yang selamat untuk picit jerawat. Tapi sebelum itu, anda mesti faham yang ada sesetengah jerawat tak boleh dipicit kerana dikhuatiri akan meninggalkan kesan yang lebih teruk. 

Contohnya, jerawat jenis cyst and nodule.

Foto: upload.wikimedia.org

Jerawat jenis ini agak besar dan lebih merah berbanding jerawat biasa. Ia tidak terlalu timbul di permukaan kulit tetapi akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh jika dipicit.

Jerawat yang okay untuk dipicit adalah berjenis pustula.

Foto: Shaynepplstockphoto/Shutterstock

Kebiasaanya ia mempunyai dasar berwarna merah yang meradang, dan berkepala putih berisi nanah. 

Dah faham dan tahu jerawat yang mana anda boleh kerjakan? Okay, jom belajar cara-cara memicit yang selamat.

1. Sebelum mula aktiviti memicit, cuci tangan dengan teliti, terutamanya di bawah kuku.

2. Kemudian sapukan rubbing alcohol (alkohol gosok) ke atas jerawat.

4. Gunakan jari dan tekan di bahagian kedua-dua belah jerawat tersebut dengan lembut hingga keluar nanah.

5. Setelah selesai, gunakan krim hydrocortisone bagi membantu mengurangkan keradangan. Kemudian, sapukan Vaseline untuk mengelakkan kulit dari berkuping (scab).

Awas!

Jika nanah tu tidak keluar sampai habis, jangan paksa atau terus memicit! Kadangkala jerawat itu masih belum cukup “masak”. Kalau anda terus picit, lagi meradang pula nanti.

Anda juga mungkin pernah dengar teknik mencucuk jerawat dengan jarum yang steril. Allison walau bagaimanapun tidak menggalakannya.

Kalau anda masih ragu-ragu, rujuk saja kepada pakar kulit. Semoga berjaya!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 11 Sep 2018

Doktor Ini Jelaskan Cara Yang Betul Kalau Nak Putihkan Gigi Guna Arang

Arang bersifat kasar yang boleh mengikis permukaan gigi, sebab itulah ia berfungsi untuk memutihkan gigi.

Featured Wed, 18 Mar 2020
Sihat Tue, 3 Mar 2020
Sihat Tue, 29 Oct 2019
Sihat Mon, 13 Aug 2018

Kalau Nak Jantung Kekal Sihat, Makan 5 Jenis Makanan Ini

Sila jaga jantung anda dari sekarang!

Featured Fri, 25 Oct 2019

Pengambilan vaksin halal atau haram? Ini jawapannya

Pertimbangan berdasarkan maqasid syariah

Sihat Mon, 16 Jul 2018
Featured Wed, 18 Mar 2020
Featured Sat, 28 Sep 2019

Manfaat daun pandan yang ramai tidak tahu

Bukan hanya untuk masakan, malahan untuk kesihatan juga!

Sihat Fri, 3 Aug 2018

5 Kesilapan Lazim Apabila Anda Menimbang Berat Badan Sendiri

Alat penimbang berat memang akan jadi best friend anda jika anda mahu kuruskan badan.

error: Content is protected !!