Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom August 27, 2018 @ 2:00pm

Penemuan Baru: Najis Bayi Berupaya Melawan Penyakit Dan Bantu Turunkan Berat Badan

Lampin mengandungi najis bayi berupaya melawan penyakit dan membantu menurunkan berat badan? Biar betul! 

Meski anda rasa geli-gelaman mendengarnya, namun menerusi satu kajian yang dijalankan sepasukan saintis, mendapati lampin yang mengadungi najis bayi berupaya untuk melawan penyakit.

Bagaimanakah saintis ini membuktikan? Satu penyelidikan dan ujian dilakukan ke atas beberapa tikus dengan bahan itu menunjukkan sistem pertahanan badan mereka menjadi lebih kuat.

‘Koktel’ probiotik yang diperbuat daripada bakteria dalam najis bayi dikatakan boleh menambah baik kesihatan secara keseluruhan. Malah, dikatakan mampu membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Foto: sheknows.com

Kajian dijalankan di Sekolah Perubatan Wake Forest, utara Carolina dan diterajui oleh Dr Hariom Yadav itu, menunjukkan lampin yang mengandungi najis bayi mungkin menjadi kunci utama untuk melawan beberapa penyakit.

‘Koktel’ probiotik sihat itu dihasilkan daripada lampin yang mengandungi najis 34 bayi.

Pasukan itu juga berkata najis bayi mungkin menjadi kunci utama untuk melawan beberapa penyakit.

Malah, para saintis juga teruja dengan perkembangan kajian berkenaan.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Trending Mon, 15 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Remaja Berusia 20 Tahun Ini Tinggal Dibawah Jambatan?

Bila kita banyak mengucapkan syukur, barulah hati kita tenang tak gitu???

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Events Thu, 31 Jul 2025
Featured Tue, 12 Nov 2024

Fattah Amin Kongsi Video Bersama Fatima, Warganet Titip Doa Terbaik – “Daddy Tak Kisah Dukung Awak…”

Fattah Amin sekali dilihat seakan meluahkan perasaannya terhadap anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Trending Tue, 22 Sep 2020

KKM Buat Ujian Kemurungan, Nilai Tahap Stress Frontliners

Semoga frontliners kita baik-baik sahaja

error: Content is protected !!