Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops August 27, 2018 @ 5:00pm

8 Cara Untuk Ubah Gaya Hidup Anda Supaya Ia Lebih Minimalis

Anda mesti pernah nampak di Internet bagaimana sesetengah orang Jepun boleh hidup dengan sikit saja barang-barang kepunyaan mereka.

Keadaan rumah mereka memang menghairankan kerana ia hampir kosong; cuma ada benda-benda penting saja di dalamnya seperti tilam. Tak ada barang-barang perhiasan yang menyemakkan. Kadang-kadang sofa pun tak ada!

Tapi ini tak semestinya bermakna mereka miskin. Cuma inilah dinamakan gaya hidup “minimalist”, di mana mereka hidup dengan benda-benda yang mereka perlukan saja, serta hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang diperlukan.

Ia merupakan keputusan yang mereka ambil untuk lari daripada kehidupan materialistik dan kesibukan terlampau.

Para penyokong gaya hidup ini menganggap, dengan memiliki sikit saja barang, atau membuat tak banyak benda, hidup anda akan menjadi lebih produktif dan aman. Hmm… betul ke?

Menurut Forbes, gerakan ini kini popular dalam kalangan golongan milenial yang lebih pentingkan pengalaman daripada kebendaan. Nampaknya ia bukan sekadar trend saja, tapi gerakan yang semakin lama tersebar luas.

Bagaimana untuk hidup secara minimalis?

Simplicity ini boleh diaplikasikan ke atas persekitaran, tabiat media elektronik serta pemikiran seseorang itu.

Tapi ia tak perlu diikuti secara ekstrem. Anda tak perlu tinggal di dalam bilik putih kecil dengan tiada barang-barang pun atau tidur di atas sehelai tuala. Ini bukannya satu pertandingan!

Untuk ramai orang, minimalisme adalah sebuah proses untuk bertukar kepada gaya hidup yang lebih simple dan sengaja.

Anda masih boleh mengumpul majalah komik, menonton televisyen atau memandu kereta. Tak ada peraturan tetap untuk diikuti tapi ada beberapa cara mudah untuk anda ubah kepada kehidupan minimalis. Jom belajar!

Foto: vanessa beletic

1. Pergi melancong tapi bawa sikit saja barang

Ini adalah peluang terbaik untuk anda mulakan gaya hidup minimalis tanpa perlu membuat perubahan besar. Kalau anda selalu bawa beg besar ketika melancong, apa kata pergi dengan separuh saja pakaian yang anda selalunya bawa? Lagi best kalau anda bawa carry-on bag saja, walaupun anda mungkin perlu cuci stokin di sinki nanti. Yang penting, anda akan tahu bagaimana rasanya untuk cuba hidup dengan lebih sedikit barang daripada biasa.

2. Berhenti multi-tasking

Anda ingat anda boleh siapkan lebih satu kerja dalam satu masa? Teknik multi-tasking ini tak berkesan sebenarnya.

Menurut sebuah kajian dalam bidang Sains Psikologi, teknik ini boleh memberatkan lagi beban otak seseorang itu, lalu ia akan mengganggu prestasi kerjanya. Maksudnya, dengan melakukan banyak perkara pada satu masa, anda berkemungkinan takkan dapat lakukan mana-mana satu daripadanya dengan betul.

Lagipun, multi-tasking boleh menyemakkan lagi keadaan mental anda. Akhirnya anda sendiri yang akan stres atau leka.

Sebaliknya, single-tasking, di mana anda melakukan sesuatu aktiviti itu dengan penuh konsentrasi, boleh jadi lebih produktif dan elok untuk otak anda.

3. Buangkan benda-benda yang anda beli kerana “just in case

Salah satu komponen penting dalam gaya hidup minimalis adalah “decluttering” di mana anda membuang atau menderma kepada orang lain benda milik anda yang anda tak perlukan pun.

Walaupun ini merupakan langkah penting, ia mungkin susah untuk dilaksanakan pada mulanya. Anda boleh mula dengan menghapuskan benda-benda yang selama ini anda simpan kerana anda ingat anda akan gunakannya “suatu hari nanti”. Entah-entah tak terpakai pun benda itu! Baik bagi orang lain atau buang daripada ia tersimpan dan memenuhi ruang saja.

Jika anda mengalami kesukaran, ikut saja teknik 20/20. Jika benda itu boleh diganti dengan harga RM20 atau boleh dijumpai dalam masa 20 minit dari rumah anda, maka anda bolehlah “let it go”. Menggantikannya adalah lebih baik daripada simpan sekiranya ada kecemasan.

4. Gunakan media sosial dengan sewajarnya

Foto: medium.com

Kebanyakan orang menghabiskan masa dua jam dengan akaun media sosial mereka. Untuk gaya hidup minimalis, anda tak perlu delete akaun anda (lainlah kalau anda nak). Media sosial merupakan platform yang berguna tapi kalau ia digunakan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kesemakan mental.

Kalau anda rasa anda ketagih dengan media sosial, cuba delete semua aplikasi media sosial dari dalam telefon anda. Cuma check sekejap melalui komputer anda dua kali sehari.

5. Kosongkan digital clutter

Bukan benda-benda fizikal saja yang anda harus hapuskan. Ia boleh diaplikasikan kepada kehidupan digital anda. Tak susah pun! Sekali-sekala, cuba kosongkan inbox akaun emel anda ataupun buang gambar-gambar dalam handphone yang anda tak perlukan. Lagi berkuranganlah informasi yang anda kena hadap setiap hari.

6. Permudahkan cara pemakaian anda

Foto: Shutterstock

Salah satu bahagian rumah yang ada paling banyak clutter adalah almari baju. Gerenti ada baju yang anda simpan, kononnya semata-mata kerana nilai sentimental walaupun dah tak muat. Dermakan saja dan biarkanlah ia berbakti kepada orang lain pula. Let it go!

Sesetengah orang segan jika pakai sesuatu baju itu kerap sangat. Tak perlu kisah tentang apa orang nak kata! Dalam almari anda hanya perlu ada 30 ke 40 helai pakaian yang muat dan senang untuk disesuaikan.

7. Makan sajian yang mudah dimasak

Memasak tak perlu jadi complicated. Belajar masak beberapa makanan ruji dan makan sajian yang sama secara kerap adalah salah satu cara untuk memudahkan proses memasak anda.

8. Jangan buat apa-apa langsung sekali sekala

Biarkan diri anda termenung jauh. Baring pandang siling. Berangan tinggi. Bernafas. Memang syok!

Jom cuba!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Jarang Ada Masa Untuk Diri Sendiri? 7 Tips Ini Mesti Buat Anda Senyum Sepanjang Hari

Pasti ramai ibu bapa di luar sana yang setuju jika kami simpulkan bahawa bukan mudah menjadi ibu bapa pada zaman yang begitu mencabar ini, betul kan? Susahnya nak lihat golongan ini senyum lebar di pagi […]

Featured Sat, 3 Nov 2018

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Hualien Bay Mall Starbucks ini mengenengahkan 29 kontena.

Featured Fri, 10 Jan 2020
Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

5 Benda Di Rumah Ini Anda Tak Pernah Terfikir Pun Nak Cuci Tapi Sebenarnya Patut!

Bila nak bersihkan rumah, bukan setakat sapu dan mop lantai, atau lap dan susun perabot je tau. Sebenarnya ada beberapa alat atau perkakas rumah yang anda selalu pakai tapi mungkin tak pernah terfikir nak cuci. 

Gaya Hidup Tue, 20 Feb 2018

Nak Gigi Kekal Putih Bersih Dan Bersinar? Jangan Makan Atau Minum 7 Bahan Ini

Tak perlu susah-susah dapatkan rawatan teeth bleaching, hanya elak atau kurangkan makanan ini.

Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Bahana Kanta Lekap

Jika dulu kanta lekap digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan cermin mata bagi mereka yang mengalami masalah rabun, namun seiring dengan arus kemodenan, penggunaan kanta lekap kini menjadi trend popular untuk wanita bagi tujuan fesyen […]

Gaya Hidup Mon, 16 Dec 2019

Toys “R” Us tawar set mainan baharu sempena cuti sekolah

Promosi dan acara menarik turut menanti pembeli

Gaya Hidup Sat, 19 Oct 2019

Ingin tahu makanan kegemaran dan lokasi lepak Tunku Tun Aminah? Jom klik!

Tunku Tun Aminah, puteri stailo berjiwa rakyat!

Gaya Hidup Wed, 4 Jul 2018
Gaya Hidup Thu, 8 Nov 2018

Kasut Kahwin Paling Mahal Bernilai RM5 Juta. Cipta Book Of Records!

Kasut ini dicipta untuk dipakai oleh seseorang!

error: Content is protected !!