Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops August 28, 2018 @ 3:31pm

Doktor Telah Menjumpai 27 Keping Contact Lens Yang Tersangkut Dalam Mata Wanita Ini, Ngerinya!

Secara jujurnya, penulis tak berani nak pakai kanta lekap sebab takut ia boleh lari daripada lokasi yang sepatutnya dan tersangkut pula di mana-mana dalam mata. 

Rupa-rupanya perkara itu memang boleh berlaku! Aaaaaa!

Seorang wanita berumur 67 tahun (tak digambarkan dalam artikel ini) sepatutnya melalui pembedahan katarak. Dia ingat, matanya rasa tak selesa kerana ia kekeringan ataupun sebab umurnya yang dah meningkat.

Tapi punca sebenar yang para doktor di Solihull Hospital di UK telah jumpa adalah lagi scary: terdapat 27 keping contact lens yang tersangkut dalam mata kanan wanita tersebut! Eeeee!

 

Foto: CNN.com

Ha, jadi bila-bila anda rasa malas nak tanggalkan contact lens anda, ingat-ingatlah, ya.

Kes lain daripada yang lain

Kes ini telah dikaji dalam sebuah kajian saintifik oleh Rupal Morjaria, seorang pakar pelatih dalam bidang perubatan dan masalah-masalah pembedahan mata, dan diterbitkan dalam British Medical Journal.

Richard Crombie, seorang perunding anestetik di hospital itu, sedang mengebaskan mata wanita itu sebagai persediaan bagi surgery apabila dia terjumpa longgokan contact lens.

Rupal berkata kepada CNN, “Dia menggunakan alat speculum untuk pastikan mata wanita itu tetap terbuka semasa dia memasukkan ubat bius. Ketika itulah dia nampak ada ‘benda’ berwarna biru di bawah kelopak mata.”

Benda itu adalah 17 keping kanta lekap yang dijumpai dalam sekelompok. 10 keping lain telah dijumpai semasa pemeriksaan tambahan.

“Kami semua terkejut, kerana kami tak pernah lalui situasi ini,” kata Rupal.

Dr Thomas L. Steinemann, jurucakap untuk American Academy of Ophthalmology, berkata dia pernah merawat pesakit yang ada contact lens tersangkut dalam mata mereka, tapi 27 keping sekaligus? Tak pernah.

Foto: Reader’s Digest

Ini kisah wanita itu

Dia telah memakai kanta lekap pakai buang secara bulanan selama 35 tahun, tapi tak pasti berapa lama kanta itu telah mula berkumpul di dalam matanya. Kadangkala, dia cuba untuk menanggalkan kanta lekap itu tapi tak jumpa!

Dia ingat yang ia mungkin telah terjatuh di mana-mana, tapi sebenarnya ia tersangkut dengan kanta yang lain.

Rupal berkata wanita itu tak merungut pun mengenai masalah penglihatan sebelum pembedahan itu. Nasib baik mata kirinya okay! Ekoran situasi ini, mata kanannya pula terjejas sedikit penglihatannya.

Pembedahan kataraknya telah ditunda selepas contact lens dibuang kerana takut ia akan memberi risiko tinggi kepada matanya. Dia kembali dua minggu selepas itu, dan rasa lebih baik daripada dulu.

Beri perhatian!

Rupal berkata lagi yang dia dan penulis kajian ini yang lain ingin tingkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya anda berjumpa dengan doktor mata secara rutin.

Jika anda tahu yang anda tak tanggalkan kanta lekap dan ada rasa pelik di bahagian mata anda, maknanya anda perlu pergi check!

Tanda-tanda kanta lekap tersekat di dalam mata termasuklah sakit tajam dan gatal, sensitiviti terhadap cahaya dan kemerahan, kata Dr Steinemann.

Tambahnya lagi, kanta lekap lembut, seperti jenis pakai buang, boleh bertindak sebagai span yang menyedut bakteria. Besar kemungkinan ini boleh mengakibatkan jangkitan.

Sumber: CNN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Featured Thu, 13 Feb 2020
Sihat Thu, 6 Sep 2018

Inilah Cara-Cara Paling Sihat Untuk Memasak Telur

Jika anda nak jaga badan, bolehlah ikuti tip ini.

Sihat Thu, 9 May 2024
Featured Tue, 21 Apr 2020

Ketahui 5 helah makan sedap tanpa garam

Garam berlebihan jejas kesihatan

Sihat Tue, 10 Dec 2019
Sihat Mon, 4 Mar 2019

Katakan tidak pada lemak. Nanti dulu, badan kita perlukan lemak!

Kita perlu bijak kawal pengambilan lemak

Sihat Wed, 8 Aug 2018

Tak Suka Minum Susu Dan Makan Ikan Punca Utama Penyakit Riket

Riket adalah gangguan tulang yang selalu berlaku pada kanak-kanak.

Featured Mon, 23 Mar 2020
familuv Sat, 19 Oct 2019

Anak tidak cukup tidur? Ini cara untuk tahu

Jangan ambil mudah dengan waktu tidur anak anda

error: Content is protected !!