Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom December 10, 2019 @ 4:06pm

Punca 900 kanak-kanak Pakistan menderita HIV, namun doktor durjana ini bebas?

Dunia dikejutkan dengan berita menyayat hati mengenai kira-kira 900 kanak-kanak di Pakistan disahkan dijangkiti  Human Immunodeficiency Virus (HIV), bukan kerana aktiviti seksual secara bebas, perkongsian jarum mahupun pemindahan darah yang mungkin pernah dijalani ibu bapa mereka, sebaliknya angkara seorang doktor durjana, DrMuzaffar Ghanghro.

Menerusi laporan The New York Times, kanak-kanak Pakistan yang sedang berdepan maut itu kebanyakan berusia dalam lingkungan 12 tahun ke bawah. Jumlah 900 itu adalah mereka yang telah melakukan ujian, justeru kemungkinan angkanya jauh lebih tinggi daripada apa yang dicatatkan.

Penggunaan jarum yang terdedah kepada jangkitan HIV antara punca kanak-kanak itu dijangkiti HIV. Gambar hiasan/Foto: Washington Post

Kejadian itu berlaku di Kota Ratodero, bandar yang memiliki 200,000 penduduk dan merupakan rakyat termiskin di Pakistan dengan masalah penduduk yang tinggi berbanding daerah lain.

Memandangkan jumlah kanak-kanak yang dijangkiti HIV amat tinggi, kajian dilakukan sekumpulan paramedik untuk mengenal pasti punca jangkitan dan hasilnya mereka mendapati kanak-kanak yang dijangkiti itu mendapatkan rawatan daripada doktor yang sama, iaitu Dr Muzaffar.

Dy Muzaffar yang menerima gaji rendah dengan pendapatan sebulan hanya RM250 sahaja dikatakan menyuntik kanak-kanak yang mendapatkan rawatan daripadanya menggunakan jarum yang sama,.

Berdasarkan pengakuan seorang bapa, Imtiaz Jalbani, ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan, Dr Muzaffar mengambil jarum suntikan daripada bakul sampah dan digunakan untuk menyuntik anaknya yang kini disahkan positif HIV.

ARTIKEL BERKAITAN: Stay Healthy Meskipun Anda Hiv Positif, Ini Informasi Pemakanan Sihat Perlu Anda Tahu

Dr Muzaffar menafikan beliau bersalah. Foto: The New York Times

Bukan itu saja, empat daripada enam anaknya disahkan positif HIV selepas mendapatkan daripada Dr Muzaffar dan dua daripadanya iaitu Rida, 14 bulan, dan Sameena yang berusia tiga tahun meninggal dunia, baru-baru ini.

Kebimbangan Imtiaz tidak berakhir di situ kerana menurutnya beliau pernah melihat doktor berkenaan menggeledah tempat pembuangan sampah untuk mencari jarum suntikan yang turut digunakan pada anaknya, Ali, enam tahun.

Menurut Imtiaz, beliau pernah mempersoalkan tindakan doktor terbabit menggunakan jarum yang telah dibuang,  namun Dr Muzaffar menyatakan Imtiaz terlalu miskin untuk membayar jarum suntikan baharu.

Foto: Telegraph

Apa yang membangkitkan kemarahan masyarakat dunia ialah apabila Dr Muzaffar dibebaskan dan masih bertugas seperti biasa walaupun didapati bersalah melakukan pembunuhan ‘senyap’ terhadap mangsa.

Berdasarkan laporan Pejabat Kesihatan di daerah itu, Dr Muzaffar bukan satu-satunya penyebab jangkitan HIV berlaku di Kota Ratodera kerana terdapat ramai doktor melakukan kaedah yang sama menggunakan jarum suntikan berulang kali, malah doktor gigi mencabut gigi pesakit dengan alat yang tidak disterilkan.

Kota Ratodero mempunyai penduduk termiskin sehingga terpaksa mengulang penggunaan peralatan kesihatan yang sama.

Kisah ini mendapat perhatian petugas kesihatan antarabangsa apabila ramai yang datang untuk membantu masyarakat di situ, selain Pertubuhan Kesihatan Sedunia turut menyumbang ratusan peralatan kesihatan kepada mereka.

Kemiskinan menyebabkan kebanyakan masyarakat di Pakistan tidak mempunyai pilihan melainkan mendapatkan apa sahaja perkhidmatan yang ditawarkan. Gambar hiasan/Foto: wsj

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 15 Mar 2020

Topeng muka DIY tidak kalis virus?

Risiko jangkitan lebih tinggi

Sihat Tue, 28 Aug 2018
Featured Wed, 1 Apr 2020

Ingin kurus dan langsing, jom QuaranTeam cara Che’ Puan Khaleeda

Bentuk badannya jadi inspirasi wanita di luar sana

Featured Sat, 28 Mar 2020

Rumah juga perlu dinyah kuman

Ikuti panduan mudah ini

Sihat Fri, 25 May 2018

5 Snek Sihat Yang Boleh Kembalikan Tenaga Anda Selepas Penat Bersenam

Kalau anda rasa macam nak pengsan dari kepenatan, cuba makan snek ini.

Sihat Mon, 31 Dec 2018

Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Disleksia Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.

Sihat Wed, 17 Oct 2018
Sihat Wed, 25 Jul 2018

Awas! Troli, Alat Permainan & Tempat Duduk Antara Punca Virus HFMD

Salah satu punca jangkitan adalah dari pemegang troli dan alat permainan yang terdapat di pasaraya.

error: Content is protected !!