Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 22, 2018 @ 3:50am

Biar Allah Yang Membalasnya – Izreen Azminda

Pelakon Izreen Azminda terkilan apabila ada pihak berniat jahat cuba menutup periuk nasinya dengan mewujudkan akaun Instagram (IG) palsu menggunakan namanya.

Baru-baru ini, ada pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun palsu menggunakan nama, @therealizreenazminda.

“ Saya kecewa apabila periuk nasi saya cuba diganggu menerusi status yang menyatakan saya bakal meninggalkan kerjaya seni sejak memilih untuk hidup bermadu.

“Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya.

“Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sejak sebulan lalu,” katanya kepada BH Online.

Izreeen menafikan hal ini dan memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu mengundurkan diri daripada dunia seni seperti yang ditulis dalam akaun palsu itu.

“Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.

“Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada,” katanya.

Izreen berkata, ketika ini, dia memilih untuk menutup akaun laman sosialnya bagi mengelak daripada berterusan dihimpit kontroversi.

“Saya akan aktifkan semula akaun IG itu pada masa yang saya rasakan sesuai nanti. Buat masa ini, saya selesa memilih untuk menutupnya,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Nov 2025

“Tolong Jangan Serang Mama”- Spacedollah Gesa Netizen Bertenang

Spacrdollah tampil bersuara isu kontroversi tular di media sosial.

Events Mon, 11 Mar 2019
Selebriti Thu, 14 Sep 2023
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Kyungsoo’s Trending on Twitter Just for Looking Healthy

K-pop fans really show true dedication and love for their idols, don’t they?

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Watak Polis Dalam 7ujuh Bukan Tempelan – Faizal Hussein

Wah, abang Faizal kita ni makin muda remaja je kan?

Hiburan Mon, 27 Apr 2026
Hiburan Mon, 27 Jan 2025

CSOIAM: Eylia Guntabid Tersingkir, 5 Peserta Berjaya Ke Separuh Akhir

Eylia Guntabid tersingkir di minggu suku akhir CSOIAM.

error: Content is protected !!