Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida March 22, 2018 @ 5:10am

Tidur Dah Cukup, Tapi Kenapa Cepat Mengantuk?

Waktu tidur dah cukup panjang, cukup lapan jam…tapi mata masih mengantuk. Bila masuk ke pejabat, badan rasa kurang bermaya dan mulalah korang tak boleh fokus pada kerja. Bila kawan sepejabat tanya soalan, mulalah kamu moody! Ish…

Selain kurang tidur, apakah yang menyebabkan badan cepat letih? Jom ambil tahu antara faktor yang menyebabkan badan korang cepat letih sepanjang hari. Ubah ya sebelum terlambat!

  • TIDAK AMBIL/LEWAT SARAPAN

Waktu pagi memang sibuk kerana banyak yang perlu diuruskan sebelum bergerak ke tempat kerja hingga tidak sempat hendak makan sarapan pagi. Sebenarnya anda perlu makan selepas sejam bangun tidur. Apabila tiada makanan dalam badan, maka menjadi punca badan letih dan mengantuk kerana kekurangan tenaga.

  • KURANG PENGAMBILAN ZAT BESI

Amalkan makan kacang, telur, tofu, sayur-sayuran hijau gelap, kacang lepa dan makanan tinggi vitamin C.

  • BANYAK MAKAN ‘JUNK FOOD’

Kerap makan junk food dan processed food antara faktor utama badan mudah letih kerana kandungan gula dan garam yang tinggi mengurangkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

  • TERLALU BANYAK BERFIKIR

Anda memandang satu isu atau tugasan sebagai satu bebanan yang berat sehingga terlalu memikirkannya. Akibatnya mental anda cepat terasa penat dan mengganggu badan secara keseluruhan.

Senaraikan perkara yang penting dan cuba utamakan perkara mengikut keutamaan supaya fikiran tidak terbeban.

  • TerLALU ‘PERFECTIONIST’

Apabila anda ingin menjadi dan kelihatan seorang perfectionist, anda cenderung melakukan sendiri dari sekecil-kecil perkara hingga semuanya demi mencapai resultkerja yang diingini. Hasilnya, anda letih dari segi emosi dan tenaga.

  • MEJA BERSELERAK

Kajian dari Universiti Princeton mendapati meja kerja yang berselerak sebenarnya membuatkan anda tidak dapat fokus dengan sebaiknya. Selain itu, ia juga mengehadkan kemampuan otak untuk berfikir. Ini semua membuatkan badan cepat letih kerana banyak gangguan di sekeliling anda.

  • MEMIKIRKAN HAL PEJABAT MESKIPUN SEDANG BERCUTI

Anda sering memikirkan hal berkaitan dengan pejabat meskipun anda sedang bercuti di rumah. Pada waktu cuti, anda sepatutnya merehatkan minda dan badan bukannya setiap jam, check e-mel pejabat dan menyelesaikan masalah berbangkit dari rumah.

  • LEKA LAYARI INTERNET SEBELUM TIDUR

Mata sudah mengantuk dan sambil berbaring, anda pun melayari internet di handphone. Diam tak diam, rupanya sudah dua jam anda sibuk membaca e-mel dan FB. Secara tak langsung, anda masuk tidur melampaui waktu yang sepatutnya.

  • MINUM MINUMAN BERKAFEIN SEPANJANG HARI

Paling banyak anda boleh minum pun adalah antara satu hingga tiga cawan satu hari. Jika melebihi daripada itu, boleh menjejaskan putaran waktu tidur dan jaga anda. Pastikan juga anda minum kopi enam jam sebelum waktu tidur kerana anda mungkin tidak boleh tidur.

Sumber: Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 14 Jan 2019

Air Suam Dan Garam Mampu Redakan Sakit Tekak?

Bagaimana Air Suam Dan Garam Mampu Redakan Sakit Tekak?

FESYEN Thu, 9 Aug 2018

Meriah! KLFW 2018 Penuh Warna

Alami kehangatan KLFW dengan pelbagai jenama yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata!

Fab Foodies! Wed, 6 Mar 2019

Savour in Delicious Steak at Amazingly Affordable Prices

Good food plus affordable prices equals a great time with loved ones.

LIFESTYLE Mon, 26 Feb 2018

PLAN NAK BELI RUMAH TU ADA, TAPI…

Jangan asyik nak negatif saja kalau mengimpikan sesuatu. Ini tak bermaksud urusan pembelian rumah adalah mudah tetapi jika dengan caranya, korang pasti boleh!

Events Wed, 14 Aug 2019

Lazada Malaysia Partners Up with KL Fashion Week for Its 2019’s Runway

Now getting designer brands got 100 times easier!

LIFESTYLE Sun, 18 Nov 2018

Halia Lama Jangan Di Buang, Boleh Tanam Semula!

Kata orang tua, halia yang lama dah buruk dalam peti sejuk tidak perlu dibuang boleh tanam balik

Fab Foodies! Fri, 23 Nov 2018

咖啡热量排行曝光!加糖派v.s.加奶派…选这款肥死你

吃早餐时搭配一杯咖啡,工作学习时从一杯咖啡开始,咖啡已俨然取代茶饮,成为一般人工作提神、社交的主要首选。到底咖啡厅里的美式咖啡、拿铁、卡布奇诺有何不同?

LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

LEGO推出超壮观「霍格华兹城堡」

LEGO在今年陆续推出许多哈利波特系列的乐高、人偶组,最近更发出了「LEGO 71043 霍格华兹城堡」将于9月1日全球发售的消息!城堡中的细节难计其数,会动的楼梯、消失的密室、爱哭鬼麦朵的厕所通通都有!

LIFESTYLE Sun, 19 Aug 2018

Luahan Hati Mak Nyah, ‘Tak Minta Lebih Pun, Hanya Hak Sama Rata’

Bukan nak tuntut hak macam kahwin sejenis atau sebagainya, cuma kami juga ingin hidup normal seperti orang lain.

error: Content is protected !!