Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom September 5, 2018 @ 5:00pm

Cantiknya Sara Iftekhar, Memang Layak Dipilih Sebagai Peserta Ratu England

Wah! Semakin ramai gadis dan wanita berhijab diterima menyertai pertandingan ratu cantik. Ini satu perkembangan yang sangat positif dalam merangsang  wanita-wanita muslimah untuk terus menyerlah. 

Selepas dunia tertarik mengikuti perkembangan rakyat Malaysia, Nurul Zuriantie Shamsul, yang berjaya ke peringkat akhir Miss Universe New Zealand tidak lama dulu, kini mata umum tertumpu pula kepada Sara Iftekhar. 

Seorang pelajar jurusan undang-undang, dia merupakan antara 50 peserta yang merebut takhta Ratu England dan berharap untuk menjadi Muslim pertama memenangi pertandingan itu.

Foto: The Times

Sara, 20 tahun, yang memenangi pertandingan Ratu Huddersfield untuk mewakili bandar di utara England itu, merupakan seorang jurusolek artis dan sering berkongsi gambar diri sendiri sambil memperagakan pakaian tradisi Pakistan di laman media sosial.

Difahamkan, dia sudah memulakan perniagaan pakaian sejak berusia 15 tahun.

“Saya mungkin wanita pertama memakai hijab. Namun, saya hanya wanita biasa dan kami semua mempunyai peluang sama rata dalam pertandingan ini,” katanya yang dipetik oleh laman berita BBC.

Pertandingan akhir Ratu Dunia 2018 bakal dianjurkan di Sanya, China pada November dan Disember depan.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Apr 2020
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Thu, 12 Sep 2024
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
error: Content is protected !!