Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom September 7, 2018 @ 5:00pm

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Sekiranya anda belum menonton filem komedi romantik Crazy Rich Asians, terdapat satu babak perkahwinan ikonik yang diperkatakan ramai ketika ini di mana pengantin perempuan Araminta Lee (dimainkan oleh Sonoya Mizuno) menelusuri laluan dipenuhi air sambil memperagakan gaun pengantin dengan rekaan cukup luar biasa.

Ramai tertanya-tanya siapakah pereka fesyen yang telah mereka cipta gaun berkenaan? Hijab & Heels sangat berbangga untuk mengumumkan bahawa gaun super cantik itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

Carven Ong telah dilamar oleh pereka kostum filem berkenaan iaitu Mary Vogt untuk mencipta gaun pengantin dalam kilauan rona emas dan merah jambu dipadan skirt berjalur dramatik bersama lapisan tulle.

Foto: theknotnews

“Saya memulakannya hari pertama saya bekerja untuk produksi filem itu dan merasakan saya telah melakukan tugasan dengan baik semasa penggambaran adegan perkahwinan,” kata Vogt mengenai gaun perkahwinan Araminta yang menakjubkan.

Menurutnya lagi, dalam lakaran asal pakaian itu sangat berbeza kerana skirt itu sangat luas, akan tetapi setelah set penggambaran dibangunkan laluan gereja menjadi sedikit sempit. Sekaligus memaksa mereka menukar reka bentuk skirt itu.

Sedikit informasi tambahan mengenai gaun mewah rekaan Carven Ong ini, selain ia dihasilkan penuh passion dengan perincian seperti batu kristal dan swarovski. Bahkan seperkara yang paling wow ialah gaun ini kalis air. Hebat dan kagum tak?

Filem itu dibintangi aktres dan aktor tempatan antarabangsa terkenal seperti Tan Sri Michelle Yeoh dan Henry Golding  serta pendatang baru,  Awkwafina.

Sumber: The Knot

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Oct 2025

Antara Emosi, Aksi & Eksperimen… Siapa Bakal Rangkul Trofi Filem Terbaik FFM34?

Siapakah bakal rangkul Filem Terbaik FFM34? Sama-sama kita saksikan!

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Mereka Akhirnya Berani Bercerita” – Beto Kusyairy Harap Isu Gangguan S*ksual Tidak Lagi Jadi Tabu

Beto Kusyairy mendedahkan ada segelintir mangsa gangguan seksual berani tampil berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilalui selepas menonton karya lakonannya.

Featured Tue, 8 Apr 2025
Featured Tue, 30 Aug 2022
Trending Mon, 25 Apr 2022
Featured Thu, 23 Mar 2023

Yusof Haslam Harap Syamsul Boleh Muhasabah Diri – “Nasihat Ibu Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Bukan Racun”

“Jangan biarkan ibu sendiri menangis…” – Datuk Yusof Haslam 🥲🥹

error: Content is protected !!