Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 23, 2023 @ 4:20pm

Yusof Haslam Harap Syamsul Boleh Muhasabah Diri – “Nasihat Ibu Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Bukan Racun”

Pengarah dan penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam tampil memberi komen ekoran kenyataan anaknya, pengarah sensasi Syamsul Yusof yang menganggap nasihat ibu sebagai satu racun.

Memetik laporan Kosmo, Yusof menitipkan pesanan kepada anaknya itu untuk tidak terus menghukum atau memandang perkara tersebut dari sudut negatif.

“Pada bulan Ramadan yang baik ini saya harap kita semua dekatkan diri dengan Allah, jauhkanlah hati daripada berprasangka buruk terhadap orang lain terutama emak sendiri.

“Saya harap Syamsul muhasabah, begitu juga mereka yang berkaitan. Ibu bercakap untuk kebaikan, minta kembali ke pangkal jalan, itu nasihat bukan terus anggap sebagai racun.

“Kalau anak datang berjumpa emak, peluk dan minta maaf, hati seorang ibu itu akan sejuk. Saya yakin ‘benda’ yang telah berlaku dia tak peduli lagi kerana anak yang disayangi berada di depan mata.

“Tidak kiralah dia mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga sana, tapi jangan biarkan ibu sendiri menangis,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemilik produksi Skop Production ini turut berharap agar Yang Maha Esa melembutkna hati anaknya itu.

“Cukup-cukuplah. Ibunya cuma mahu dia balik. Itu saja. Saya pun sudah pujuk isteri jangan membalas apa-apa. Kita doa saja semoga Allah lembutkan hati anak kami,” luahnya.

Sebelum ini, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

Antara alasan yang diberikan termasuklah, meninggalkan rumah sejak Oktober 2020, kedua masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah.

Susulan itu, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan hadanah atau penjagaan anak di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan ruamh tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu,  Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: KOSMO! ONLINE

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Jan 2025
TECH Mon, 31 Dec 2018

Cara Buang Latar Belakang Foto di Android

Pertama download dulu aplikasi Background Eraser dan install seperti biasa di Android

Featured Wed, 17 Nov 2021

Ikon Hijab Hana Tajima Tampil Dengan Imej Nampak Rambut, Akui Hadapi Tekanan

Pernah menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk berhijab suatu ketika dahulu, Hana Tajima baru-baru ini mendedahkan imej baharunya yang menampakkan sebahagian rambut menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad. Menurut Hana, dia mulai faham mengapa ‘role […]

Hiburan Wed, 6 Aug 2025

Eda Ezrin Bebas Selepas Lebih 9 Bulan Ditahan di Penjara Narathiwat

Hakim mahkamah penjara Narathiwat memutuskan untuk melepaskan penyanyi berusia 30 tahun itu bersama suaminya serta empat individu lain.

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Pernah Jumpa Pakar, Sophia Albarakbah Penat Jadi Mangsa Buli Siber – “Tipulah Kalau Tak Terkesan…”

Saya harap netizen berhati-hati dalam meninggalkan komen – Sophia Albarakbah

Featured Mon, 21 Jul 2025

Dilabel Baran, Netizen Backup Izara Aishah -“Dia Bukan People Pleaser, Dia Realistik!”

Izaea digelar garang gara-gara bertidak meninggikan suara ketiak sesi live di TikTok.

Featured Sun, 10 Nov 2024
Trending Wed, 19 Aug 2020
error: Content is protected !!