Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 19, 2020 @ 10:00am

Immortal Song Bakal Hangatkan Malam Minggu Korang Bermula 30 Ogos Ini!

Immortal Song merupakan sebuah program hiburan popular yang juga diadaptasi daripada Korea Selatan yang menggabungkan kesemua penyanyi baharu mahupun penyanyi lama.

Bukan itu sahaja, kesemua penyanyi ini akan berentap di pentas yang sama pada setiap minggu bermula 30 Ogosini.

Immortal Song tampil 7 karyawan muzik lagenda

Rancangan yang ditaja oleh Farm Fresh ini akan menemui korang selama 7 episod bermula 30 Ogos ini jam 9 malam di TV3.

Immortal Song turut menampilkan bukan sahaja artis popular tanah air tetapi, karyawan muzik lagenda pada setiap minggu.

Manakala, lagu bagi keenam-enam penyanyi akan diambil daripada karyawan lagenda dan gubahan lagu juga akan berubah mengikut kreativiti penyanyi tersebut.

Antara karyawan lagenda yang akan terlibat sepanjang program ini berlangsung ialah, Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M. Nasir dan Fauzi Marzuki.

Pemilihan pemenang setiap minggu

Seperti program nyanyian yang lain, kesemua penyanyi akan diadili menerusi persembahan dan gubahan lagu mereka. Penyanyi yang mendapat markah tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai ‘susunan lagu terbaik’.

Antara penyanyi yang akan menyahut cabaran ini adalah Amir Masdi, Sarah Suhairi, Hael Husaini, Ernie Zakri, Aina Abdul, De Fam, Naim Daniel, Wany Hasrita, Syamel, Indah dan ramai lagi.

Immortal Song akan dihoskan oleh

Program ini juga akan dihangatkan lagi dengan kemunculan pengacara panas iaitu Ain Edruce, Amy Masura dan Fad Bocey.

Jadi kalau nak tahu, meriah atau tidak Immortal Song ni, korang jangan lupa untuk saksikan penyanyi kesayangan korang menerusi TV3 pada jam 9 malam ATAU korang boleh saksikan secara LIVE menerusi LIVETV kami di www.xtra.com.my/livetv dan jangan lupa untuk undi persembahan kegemaran melalui laman sesawang kami di www.xtra.com.my.immortalsong

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Mar 2025
Trending Fri, 12 Jul 2019

Avid Durian Eaters Out There, You Might Want to Read This Before Gobbling Another One!

They say all food is food! But guess not all foods go well together in the tummy. Apparently, Durian can’t be eaten together with…

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Korban Juadah Raya, Trisha Ooi Fokus Kejohanan Tinju Di Dubai Lawan Wakil Indonesia

Trisha berkata penyertaannya dalam sukan tinju bukan sekadar suka-suka

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Pengsan Akibat Vertigo, Fizo Omar Sahkan Punca Selepas Menjalani MRI

Allahu risaunya nasib bukan masa drive ke, pegang anak ke

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
error: Content is protected !!