Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops September 12, 2018 @ 5:00pm

Ariana Grande Kongsikan Tip Kecantikannya, Anda Takkan Sangka Langsung Apa Yang Dia Pakai

Selain suaranya yang lemak merdu, Ariana Grande lebih dikenali dengan gaya rambut ekor kudanya (ponytail) yang selalu diikat rapi.

Tapi pada masa yang sama, pernah tak anda perasan yang kulit sawo matangnya juga betul-betul terjaga sampai ia nampak lembut dan bersinar?

Hmm… apakah rahsia penyanyi kecil molek ini?

Berdasarkan temubualnya dengan Popsugar, Ariana tidaklah fokus sangat kepada sesuatu jenis produk penjagaan kulit.

“Tapi anda tahu tak apa yang saya gunakan untuk apa jua jenis kecantikan? Minyak kelapa,” katanya.

“Jika anda tanya apa bahan penting yang guna untuk dapatkan kulit yang cantik, itulah jawapan saya. Saya pakaikannya untuk rambut, muka, badan… kesemuanya!”

Tambahnya lagi, minyak kelapa boleh menyelamatkan kulit anda dan bagus untuk rambut. Bila dia tak bekerja atau tak menggayakan rambut dengan stail ponytail, dia menyapu minyak ini pada rambutnya sebelum mendandan.

Hmm… rambut mungkin boleh, tapi bukankah minyak kelapa boleh mendatangkan jerawat pada muka?

Mungkin sebab itulah Ariana cepat-cepat cakap: “Tak pastilah jika teknik ini boleh berkesan untuk semua orang tapi saya harap ya. Jika tak, saya betul-betul minta maaf!”

Foto: Organic Facts

Ini dia tip-tip lain

Menurut temubualnya dengan Byrdie pula, Ariana berkata satu tip kecantikan yang paling penting baginya adalah menanggalkan makeup setiap malam sebelum tidur.

“Tak kiralah jika saya terlalu penat atau tak sempat untuk exfoliate, saya akan pastikan yang makeup saya dah ditanggalkan,” katanya.

Selain itu, penggunaan pelembap juga penting. “Ramai orang ingat yang mereka boleh letakkan saja produk untuk mengeringkan kulit berminyak.

“Sebenarnya minyak (daripada krim pelembap) boleh melawan balik minyak semula jadi anda secara efektif.”

Jadi Ariana mencadangkan yang anda pakaikan losyen yang bagus dan maintain sebuah rutin penjagaan kulit anda untuk mendapatkan kulit yang bukan saja cantik tapi sihat.

“Jangan lupa untuk minum air! Itulah jawapan untuk kesemua masalah!

Tak perlu ikut trend

Walaupun dia dah kongsikan tip-tip di atas, Ariana juga ingin menyampaikan nasihat kepada peminat-peminatnya berkenaan dengan kecantikan dan penjagaan kulit.

“Jadi diri sendiri dan tak perlu ikuti mana-mana trend. Jika anda suka sesuatu yang dianggap trendy, baguslah tapi hanya kerana semua orang pun suka, anda tak semestinya perlu join sekali.

“Menjadi diri sendiri adalah sesuatu yang paling bagus yang anda boleh buat. Walaupun susah, apabila anda sudah selesa dengan diri anda yang sebenar, teruskan saja,” kata Ariana.

Dia menambah yang dia inginkan peminatnya untuk rasa berkuasa dengan diri sendiri, dan untuk tak rasa takut dengannya. “Embrace it.”

Sumber: Popsugar, Byrdie

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 9 Jul 2018

Makan & Guna Skrub Dark Chocolate Untuk Kulit Cantik Serta Bercahaya

Dark chocolate memiliki manfaat untuk membuatkan kulit terlihat lebih bercahaya.

Acara Thu, 21 Feb 2019

E1, Jual fesyen dalam lagu

Semalam Sahaja bawa penggemar muzik kembali ke zaman retro!

Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

Wow! Makeup Musang King Kini Di Pasaran. Pencinta Durian Wajib Beli!

Lipstik perasa durian? Macam pelik tapi nampak menarik!

Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Oh Lawa Thu, 19 Dec 2019

Bosan dengan pakaian dalam gerobok? Jom intai fesyen yang ‘in’ untuk 2020

Improvisasi gaya klasik kepada moden, vibrant dan powerful!

Oh Lawa Tue, 5 Mar 2019
Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

7 Manfaat Concealer Stick Yang Bukan Sekadar Menghapuskan Mata Panda!

Penggunaan concealer stick ini pelbagai guna rupanya!

Oh Lawa Thu, 15 Nov 2018

Moschino[TV] H&M, Kolaborasi Pintar Dua Jenama Hebat Perlu Ada Dalam Wardrobe Anda!

Moschino [tv] H&M, menyediakan seleksi pakaian lelaki dan perempuan yang dijual pada harga RM100 sehingga RM1,000.

Oh Lawa Thu, 3 Jan 2019

Inilah Urutan Yang Betul Bagi Pemakaian Produk Penjagaan Kulit Muka & Makeup

Jika dipakai dengan betul, lagilah seri muka anda terserlah.

Featured Fri, 6 Dec 2019

Mungkin ada bakteria halus yang ‘membiak’ dalam beg kosmetik anda!

Ketahui produk mana yang menjadi ‘sarang’ terbesar!

error: Content is protected !!