Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops January 3, 2019 @ 3:13pm

Inilah Urutan Yang Betul Bagi Pemakaian Produk Penjagaan Kulit Muka & Makeup

Sekarang ini dah ada macam-macam produk yang direka khas untuk mencantikkan lagi muka kita. Dulu-dulu, cleanser, toner dan moisturizer dah cukup untuk penjagaan kulit. Untuk makeup pula, bedak, foundation, eyeliner dan maskara saja.

Tapi sekarang bila manusia makin obsess nak cantik, ada serumlah, bronzerlah, concealerlah… macam-macam!

Memang senang nak confuse. Dan kalau tak pakai dengan urutan yang betul, sia-sia pula kerana ia takkan berikan efek cantik yang optimum.

Itulah sebabnya kita kena tahu urutannya, jadi bagi anda yang tak pasti, di bawah ini ada panduan yang anda boleh ikuti untuk semua produk.

1. Pencuci muka

Cuci dulu, bilas dan cuci lagi sekali untuk betul-betul tanggalkan semua kotoran. Cucian pertama hanya tanggalkan lapisan luar, manakala yang kedua pula akan sampai ke liang pori.

2. Toner

Jika anda skip langkah ini, sia-sia saja usaha anda ketika mencuci muka tadi kerana kesan kotoran masih ada. Sapukan toner dengan kepingan kapas untuk bersihkan liang pori.

3. Spot cream

Jika anda menggunakan sebarang rawatan setempat untuk memulihkan jerawat atau parut, pakaikannya sekarang supaya kulit anda boleh menyerap kebaikannya.

Foto: Healthline

4. Serum

Peraturan tentang krim muka adalah anda perlu mula dengan produk yang paling ringan. Serum memiliki formula yang nipis dengan kadar penyerapan paling efisien. Losyen pekat ini menghantar ramuan aktif jauh ke dalam liang pori, jadi pastikan anda pakai produk yang betul-betul sesuai untuk masalah kulit anda.

5. Krim mata

Berapa ramai daripada anda ingat inilah produk yang terakhir? Sepatutnya ia dipakai sebelum pelembap dan sunscreen!

Sama seperti serum, losyen ini adalah nipis jadi tak patut ada sebarang produk di antaranya dengan kulit. Dengan menggunakan hujung jari manis anda, tepekkan sebelum anda pakai krim muka.

6. Pelembap

Ini merupakan langkah yang tak patut diabaikan, walaupun kulit anda berminyak. Sapukan pada kulit dan urut muka anda ke arah atas dan ke luar.

7. Minyak muka

Jika anda ingin mendapatkan manfaat daripada minyak muka seperti mengecilkan liang pori dan mencerahkan kulit, tepekkan pada bahagian kulit yang kering untuk memerangkap krim pelembap anda.

Ingat! Minyak boleh menembusi krim muka anda tapi sebaliknya pula tak boleh.

8. Krim pelindung matahari

Rugi saja kalau anda pakai krim SPF sebaik saja selepas mencuci muka, kerana nanti segala jenis produk kulit yang anda pakai selepas itu takkan berguna pun. Jadi pakai sunscreen ini sebelum anda pakai makeup.

Foto: Rex

Urutan yang betul juga perlu diikuti ketika anda pakai makeup supaya rupa anda nampak flawless.

9. Primer

Produk ini bertindak sebagai magnet atau base yang baik untuk produk lain. Dengan adanya teknologi moden, ia juga boleh melawan masalah kulit seperti tompok dan minyak.

10. Foundation

Ada banyak mitos tentang pemakaian concealer, tapi untuk mendapatkan cover-up yang efektif, anda perlu sapukan foundation terlebih dahulu. Pakaikan lapisan yang nipis dan ringan supaya nampak natural, dan gunakan concealer untuk tutupkan sebarang kecelaan.

11. Concealer

Cari bahagian-bahagian pada muka anda yang mungkin perlukan cover-up, kemudian tepekkan concealer dengan berus untuk blend.

12. Bedak

Bedak muka anda direka cipta untuk tetapkan makeup dan serap lebihan minyak, jadi sapu di zon T, dagu serta di bawah mata.

Foto: Today Show

13. Bronzer, kemudian blusher

Bedak dan krim bronzer berfungsi untuk membuatkan struktur muka anda nampak lembut, jadi pakai produk ini sebelum highlight pipi anda dengan blusher.

14. Eyeshadow dan eyeliner, kemudian maskara

Bulu mata yang dah dipakaikan maskara boleh menghalang anda daripada melukiskan eyeliner pada garisan mata, jadi lepas pemakaian eyeshadow dan liner dah settle, baru pakai maskara.

15. Bulu kening

Kepekatan warna liner untuk bulu kening anda perlu seimbang dengan warna eyeshadow, blusher dan gincu. Jadi pilih betul-betul!

Akhir sekali mestilah pemakaian lip liner dan lipstick. Semoga anda tak keliru lagi lepas ini!

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

Featured Thu, 9 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 4 Jun 2018

Nak Meletop Seperti Idola Anda? Ikuti Stail Raya Selebriti Yang Bakal Menjadi Trend Tahun Ini

Minimalist berbanding tahun lalu, dominasi fesyen di kalangan selebriti tahun ini memperlihatkan penguasaan stail back to basic atau less is more.

Oh Lawa Wed, 7 Mar 2018

Ketahui Teknik Lukisan Eyeliner Mana Yang Paling Sesuai Untuk Bentuk Mata Anda

Pemakaian eyeliner memang menjimatkan masa dan senang, tapi lagi cantik kalau dipakai dengan betul.

Featured Fri, 27 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Cara memilih gaya tudung yang sesuai dengan bentuk muka anda

Jika tersalah pilih, rosaklah penampilan anda!

Featured Wed, 15 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Tip Memilih Cincin Perkahwinan Yang Everlasting!

Terlalu sibuk memikirkan hal yang lain, kadang kala bakal pengantin terlepas pandang soal pemilihan cincin perkahwinan.

Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018
Featured Sat, 9 May 2020

3 gaya ini mampu hasilkan ilusi kurus dan tinggi ketika bergambar

Barulah yakin nak letak dalam media sosial

error: Content is protected !!