Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops September 21, 2018 @ 4:00pm

Sephora Berkolaborasi Untuk Lancarkan Koleksi Makeup Berkonsepkan Ais Krim!

Orang ramai gembira sangat apabila muzium khas yang berkonsepkan ais krim telah dibuka di beberapa lokasi di Amerika. Perfect untuk Instagram!

Team Muzium of Ice Cream (MOIC) itu baru-baru ini telah cuba menjejakkan kaki ke industri kecantikan pula dengan bantuan Sephora.

Mereka dilaporkan telah bekerjasama untuk melancarkan sebuah rangkaian solekan yang memiliki konsep yang sama dengan muzium itu.

Rupa estetiknya nampak lembut, menawan… dan sedap, macam ais krim!

Menurut laman webnya, MOIC berkata, “Kami dah bekerjasama dengan Sephora untuk menghasilkan sebuah koleksi limited edition.

“Ia menggabungkan intipati MOIC yang penuh imaginasi dan perisa dengan kepakaran Sephora dalam bidang kecantikan.

“Setiap produk dalam koleksi ini diinspirasikan oleh makna keseronokan dan kecantikan yang ais krim berikan kepada hidup seseorang itu.

“Kaya dengan warna yang bold dan reka bentuk yang ‘sedap’, koleksi ini menampilkan semua ‘perisa’ yang anda perlukan untuk meluahkan ekspresi diri serta kreativiti.”

Rangkaian ini terdiri daripada berus makeup, warna bibir, palette, bulu mata palsu serta aksesori seperti gelang berbatu.

Jom tengok produk-produk yang dijual. Design serta warna sesetengah daripada mereka betul-betul nampak macam aiskrim! Genius!

Dream Team Pigment Palette

Palette ini menampilkan eyeshadow bertekstur matte dan shimmer yang datang dalam 12 warna berinspirasikan sprinkle. Ia juga ada laci kecil di mana anda boleh menyimpan berus eyeshadow mini.

 

Let Them Eat Popsicles Lip Set

Lip stain ini disertakan dengan bau yang sedap dan meninggalkan rupa bersinar yang nampak natural kepada bibir anda.

 

Sprinkle Pool Brush Set

Set berus 5 batang ini dipersembahkan dalam sebuah bekas clutch yang berisi sprinkle!

 

Sugar Wafer Face Palette

Palette yang ini pula terdiri daripada krim untuk highlight, bronze dan blush. Reka bentuknya bertingkat dan luarannya nampak macam ais krim wafer!

 

Rainbow Sherbert Lashes

Ada bulu berwarna-warni yang dilekatkan pada bulu mata palsu ini. Ia pasti akan menambahkan seri pada penampilan anda.

 

I SCREAM Charm Bracelet

Yang ini bukan untuk makeup tapi ia memang comel. Tengoklah batu-batu yang menghiasinya!

 

Bagi anda yang suka benda comel-comel, besar kemungkinan anda teringin nak beli. Tapi tak pasti lagi sama ada ia akan sampai ke cawangan Sephora di Malaysia.

Harap-harap ada!

Sumber: Allure

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 14 Sep 2018

Episod Kegilaan Mixmaster Of Fashion, Madaew Dan Gaun Seliparnya. Stunning!

Barangan terpakai dan sumber alam, bisa diolah dan menjadi masterpiece di tangannya!

Oh Lawa Mon, 21 May 2018

Tampil Anggun Dengan Koleksi Baju Raya Wany Hasrita & Amira Othman

Jom beli baju raya koleksi Wany Hasrita dan Amira Othman.

Featured Thu, 14 Jun 2018

5 Cara Ini Mampu Buatkan Kulit Wajah Anda Putih Berseri! Tak Percaya, Cubalah!

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih bak salji untuk kelihatan cantik dan menawan.

Featured Fri, 27 Sep 2019

Kasut sniker ‘nasi lemak’ lambang perpaduan negara

Edisi terhad Asics Malaysia ilham tempatan

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019

5 panduan merias wajah sendiri pada hari bahagia anda

Jurumekap profesional pun akan tergugat.

Featured Tue, 24 Mar 2020

Rouge Hermès serlahkan kecantikan semula jadi wanita

Nak beli beg tangan tak mampu, dapat gincu pun jadilah!

Oh Lawa Mon, 8 Apr 2019
Oh Lawa Thu, 25 Oct 2018

5 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Beauty Blender, No. 4 Paling Penting!

Jika anda selalu gunakan alat ini, jom check cara anda betul atau tak.

Oh Lawa Sat, 13 Oct 2018
Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Ais Kiub Aloe Vera Boleh Kecutkan Jerawat. Ini Cara Membuatnya

Aloe vera ini 100% selamat untuk kulit wajah anda.

error: Content is protected !!