Acara By: Yanie Baharom September 24, 2018 @ 12:00pm

C-Cycle Challenge 2018: 1,200 Peserta Hangatkan Eco Santuary!

Menggalakkan gaya hidup yang sihat sekaligus memperkenalkan aktiviti riadah berkualiti untuk seisi keluarga melalui sukan, menjadi objektif utama penganjuran C-Cycle Challenge New Straits Times (NST) 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Seri Abdul Jalil Hamid berkata, beliau mahu orang ramai melihat penganjuran kali kedua ini lebih daripada sebuah aktiviti sukan.

Sebaliknya, acara itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan keluarga dan sesama masyarakat.

“Keseluruhan idea untuk acara ini adalah untuk menggalakkan kehidupan yang sihat. Kami mahu menggalakkan orang ramai melakukan sukan berbasikal sebagai aktiviti riadah mereka,” katanya selepas melepaskan peserta dalam kategori Century Ride and Fun Ride di Eco Sanctuary, Kota Kemuning dekat sini hari ini.

 

Foto: Luqman Hakim Zubir

Upacara pelepasan bendera itu dilakukan oleh Jalil bersama Pengerusi Yayasan EcoWorld, Tan Sri Lee Lam Thye; Ketua Pegawai Operasi EcoWorld Development Group Bhd, Datuk Sundarajoo Somu, Pengurus Besar Kumpulan Divisi Pembangunan EcoWorld Development Group Bhd, Ho Kwee Hong; Ketua Pegawai Komersil NSTP, Alfian Abu Talib dan Pengarang Eksekutif NST, Muzli Mohd Zin.

Jalil berkata, penyertaan jumlah peserta yang diterima bagi tahun ini cukup menggalakkan iaitu seramai 1,200 peserta terdiri daripada pengayuh lokal dan antarabangsa sekaligus mengulangi kehangatan penganjuran tahun lalu.

Foto: NSTP/Zunnur Al Shafiq

“Bersama dengan EcoWorld Development Group Bhd, kami berharap penganjuran kali ketiga akan bakal diadakan tahun depan akan menarik lebih ramai penunggang basikal,” katanya.

Dikenali sebagai salah satu acara berbasikal utama negara, edisi kedua C-Cycle Challenge NST menyaksikan penunggang basikal mengambil bahagian dalam kategori Ride Century Ride dan 35km Fun Ride.

Jalil berkata pihak penganjur merancang untuk memperkenalkan kategori ketiga tahun depan di mana kekentalan para penunggang basikal akan diuji menerusi jarak 70km hingga 75km.

Pada tahun ini, cabaran itu menyaksikan penyertaan 28 pasukan pelumba profesional, termasuk Pasukan Berbasikal Terengganu, Pasukan Berbasikal Angkatan Bersepadu, Pasukan Berbasikal PDRM G dan Pasukan Berbasikal Armaniz.

Foto: Luqman Hakim Zubir

Terdapat banyak amatur dan pelumba profesional yang mengambil bahagian dalam cabaran yang menyaksikan pembabitan ahli korporat dan pemain utama industri.

Jalil berkata beliau gembira dengan maklum balas positif daripada peserta, walaupun penangguhan dari tarikh awalnya pada bulan Mei.

Para penunggang basikal menikmati laluan yang indah dan menarik ketika mereka melewati kawasan pantai dan kawasan berbukit.

Antara laluannya ialah Persiaran Rimbayu, Jalan Johan Setia-Jalan Klang Banting-Jalan Chodoi, Jalan Morib-Tanjung Sepat-Jalan Sepang dan Jalan Sijangkang Utama.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan EcoWorld Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, beliau gembira untuk bekerjasama dengan NST dalam satu lagi projek komuniti.

Beliau berkata EcoWorld komited dalam memainkan peranan mereka untuk mempromosikan gaya hidup sihat di negara ini.

“Sebagai pemaju yang bertanggungjawab dan prihatin, menjadi fokus kami untuk memainkan peranan untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat.

“Berbasikal adalah satu aktiviti popular di negara kita dan dengan menganjurkan acara ini, kami telah berjaya mengumpulkan seramai 1,200 peserta tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan kepada peserta adalah berupa wang tunai sebanyak RM37,700.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga untuk kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Terbuka Lelaki Senior masing-masing menerima RM2,500, RM1,500 dan RM1,000.

Juara kategori veteran lelaki, Tsen Seong Hoong (tengah) pada majlis penyampaian hadiah Century Ride NST C-Cycle Challenge 2018 di Eco Sanctuary Kota Kemuning. – NSTP/Zunnur Al Shafiq

Juara kategori wanita, Jupha Somnet (tengah) pada majlis penyampaian hadiah Century Ride NST C-Cycle Challenge 2018 di Eco Sanctuary Kota Kemuning. – NSTP/Zunnur Al Shafiq

Di bawah kategori Terbuka Pasukan, pemenang tempat pertama membawa pulang RM4,500 manakala RM3,500 untuk tempat kedua dan RM3,000 untuk tempat ketiga.

Cabaran NST C-Cycle Challenge 2018 dianjurkan NST dengan kerjasama EcoWorld Development Group Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd sebagai sebagai bank rasmi selain syarikat pengimport dan peruncitan barangan sukan, Treknology Multisport Sdn Bhd sebagai penaja produk.

Sumber: New Straits Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 25 Sep 2019

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Pelbagai karya abstrak curi tumpuan

Acara Wed, 4 Apr 2018

Apo Kono Eh Jang Duduk Rumah Ajo. Jom Poie Gegaria Fest Seremban 7 April Ini!

Kini giliran orang Seremban pula! Gegaria Fest akan berlangsung pada Sabtu ini (7 April) di Dataran Centrio Seremban 2.

Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Acara Wed, 8 Aug 2018

Ladies, Jom Serbu Konsert Anuar Zain Di Singapura Oktober Ini!

Anuar Zain Cinta Takkan Beakhir Live In Singapore 2018 akan diadakan pada 26 Oktober 2018, 8.30 malam di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Acara Wed, 17 Jan 2018

Malaysia Women Marathon

Date: 4 March 2018 Venue: Shah Alam The Malaysia Women Marathon is an annual event that celebrates the International Women Day and the sorority of women in running. The theme for each year depends on […]

Acara Mon, 9 Sep 2019

Ensemble, pasar kreatif unik Artbox Malaysia

Kedai dalam kontena yang patut dikunjungi hujung minggu ini!

Acara Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Meriah! Band Legenda Blues Gang, Exist Antara Penyeri Segmen Interlude Malam Kemuncak AJL

Wowww!!! Blues Gang & Exist lah gaiss 😱 Confirm ramai akan imbau kenangan lalu nanti 🤪

Acara Thu, 30 Aug 2018

Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Salam Taiwan’ Yang Direka Khas Untuk Kaum Muslim

Jom baca untuk ketahui tempat-tempat menarik yang Mira recommend untuk pergi.