Euforia Bola 2026
Acara By: Padin August 3, 2024 @ 10:42am

Tonjol Kebolehan Rekaan Fesyen, International Cultural Fashion Week Dimeriahkan Dengan Penyertaan 4 IPT

Pereka fesyen muda di negara ini sememangnya mempunyai bakat terpendam dalam menghasilkan busana dengan pelbagai inspirasi dan kreativiti.

Memperjuangkan budaya Malaysia melalui fesyen, pereka fesyen yang juga penganjur acara FM Group, Jonathan dan Farel Mikhail mengambil inisiatif menganjurkan International Cultural Fashion Week (ICFW) sempena festival Precious Of Malaysia yang berlangsung pada 2 dan 3 Ogos 2024.

Menurut Farel, pertandingan fesyen itu mendapat sambutan luar biasa yang turut membabitkan penyertaan empat Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.

“Sebenarnya, kami menerima permohonan dari banyak IPT untuk menyertai pertandingan ICFW.

“Namun, untuk anjuran kali ketiga ini, kami hanya memilih empat IPT sahaja kerana mahu lebih fokus dan pentingkan kualiti.

“Insya-Allah, ICFW tahun depan kami akan libatkan lebih banyak IPT untuk menghantar peserta.

“Apa-apa pun kami lihat juga kesungguhan dan rekaan yang bakal ditampilkan. Ini kerana, kami mahukan sentuhan baharu, kreatif dan idea luar kotak terhadap busana tradisional.

“Dalam masa yang sama, ICFW adalah platform buat mereka untuk dikenali dan terus ‘terbang tinggi’ dalam bidang rekaan fesyen. Melalui pertandingan seperti inilah bakat mereka boleh digilap dan bersaing secara sihat.

“Ada juga yang bertanya, buat apa penat lelah memberi ruang kepada para pelajar IPT. Jawapannya adalah rasa tanggungjawab kami sebagai anak muda untuk terus memartabatkan budaya Malaysia,” katanya.

Farel ditemui media pada acara ICFW (sesi pelajar IPT) di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Farel juga berharap segelintir netizen yang gemar merendah-rendahkan bakat pereka fesyen muda, dapat mengkritik secara membina.

“Tak dinafikan, netizen bebas berkata atau menulis apa sahaja dalam media sosial mereka. Iyalah, itu hak mereka yang kita tak boleh sekat.

“Namun, janganlah menghina atau mengeji rekaan pereka muda yang masih dalam proses belajar. Janganlah patahkan semangat mereka yang berusaha gigih untuk lakukan yang terbaik.

“Kami tahu bagaimana sakitnya rasa dihina dan rekaan kita diperlekehkan. Bukan tak boleh menegur atau komen, tapi biarlah kritikan yang membina. Tegur kelemahan dan cadangkan apa yang lebih baik agar mereka dapat pelajari sesuatu,” ujarnya.

Manakala Jonathan pula berharap ICFW ini menjadi pemangkin kepada anak-anak muda di IPT untuk menyerlahkan bakat mereka.

“Saya rasa berbangga apabila ramai anak muda yang cenderung memperjuangkan busana tradisional yang merupakan sebahagian daripada budaya kita. Inilah masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka.

“Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, mereka tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen. Jadi ICFW inilah peluang buat mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, para pelajar IPT ini turut berentap dengan pereka fesyen muda yang sudah mempunyai jenama sendiri.

Secera keseluruhannya, juara ICFW – Precious Of Malaysia disandang oleh Afiq Syazani, diikuti naib juara, Rashid Moshi, UiTM (tempat ketiga) dan Zuramir (tempat keempat).

Apa yang istimewa, Precious Of Malaysia disokong oleh Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya.

Selain itu, antara penaja yang turut serta menyokong acara ini adalah Affin Bank Berhad, Vivo, Pavilion Damansara Heights, MyCar, Sunshine Asia Group, Famous Amos, Ascott Kuala Lumpur dan banyak lagi.

Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.

Hari Tanjak Malaysia yang akan diadakan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heights mensasarkan 1001 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut.

Sempena acara ini, turut dianjurkan pameran dan booth bermula 5 hingga 11 Ogos. Orang ramai dijemput hadir memakai tanjak bagi memeriahkan lagi acara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 30 Aug 2018

Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Salam Taiwan’ Yang Direka Khas Untuk Kaum Muslim

Jom baca untuk ketahui tempat-tempat menarik yang Mira recommend untuk pergi.

Acara Fri, 14 Sep 2018

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Kolaborasi ini sekaligus menepis dakwaan industri digital mahu mencabar industri TV.

Acara Wed, 8 Feb 2023
Acara Thu, 22 Aug 2019
Acara Wed, 11 Sep 2019

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

BORDERLESS semarakkan ABPBH 32!

Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Acara Fri, 24 May 2019
error: Content is protected !!