Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom October 8, 2018 @ 10:00am

Angan Jadi Kenyataan, Impian Wany Hasrita Bergelar Bintang Paling Popular Dimakbul Tuhan!

Big shout out to Wany Hasrita yang membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemenang trofi utama iaitu Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31), berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Hijab & Heels berbangga dengan kemenangan Wany yang juga penghias muka depan Hijab & Heels edisi Oktober bersama rakan seperjuangan Hael Husaini dan Nabila Razali.

Kemenangan Wany itu membolehkannya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Foto: NSTP

Katanya, impian yang dirasakan hanya di dalam mimpi itu kini menjadi hadiah paling bermakna buat dirinya, apatah lagi ia diraih hanya dalam tempoh tiga tahun bergelar penyanyi.

“Ketika datang tadi saya hanya ingin berseronok, jumpa kawan-kawan dalam industri hiburan dan meraikan kemeriahan majlis anugerah anjuran BH ini bersama peminat yang menyokong kerjaya saya.

“Memang ketika zaman belajar dulu sebenarnya saya selalu berangan kalau saya diangkat sebagai Bintang Paling Popular, tentu ia sesuatu yang membanggakan. Namun tak sangka angan-angan jadi realiti.

“Sebagai pemerhati industri seni, ABPBH antara majlis anugerah yang saya sentiasa ikuti sekaligus tidak sangka saya akan berdiri di pentas gah itu tadi untuk memberikan ucapan,” katanya selepas diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, di sini.

Selain anugerah tertinggi dengan undian sebanyak 2,052,997, pelantun lagu Menahan Rindu itu lebih dulu memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular menewaskan Siti Nordiana, Nur Fazura, Stacy dan Ara.

Katanya lagi, gelaran itu juga sebagai tanggungjawab dan amanah untuk memberikan hasil kerja terbaik, terutama demi peminat.

“Sebelum ini ada yang kata saya tak boleh menyanyi ‘live’, namun saya akan buktikan pemilihan ramai ini sejajar dengan usaha saya kerana kejayaan ini dilalui dengan penuh liku,” ulasnya ringkas.

Sementara itu, pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura memenangi dua kategori masing-masing, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular serta Pasangan Serasi Drama.

Foto: Instagram ABPBH31

Fazura turut membawa pulang trofi menerusi kategori Pasangan Serasi Filem bersama aktor Zul Ariffin.

Bagi kategori Artis Baharu Popular, Fendy Bakry dan Farah Nabilah muncul sebagai pemenang manakala Khai Bahar mengekalkan kemenangan kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi veteran, Norkumalasari diberikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat.

ABPBH31 dihoskan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick manakala acara itu turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Nabila Razali, Ismail Izzani, Hafiz Suip, Aizat Amdan dan Kugiran Masdo.

Berikut adalah senarai penuh ABPBH31;

1) BINTANG PALING POPULAR: WANY HASRITA

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR: WANY HASRITA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: SYAMEL & ERNIE ZAKRI

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: FENDY BAKRY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: FARAH NABILAH

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: EMMA MAEMBONG

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: NUR FAZURA

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: HAZIQ (HOT FM)

14) ARTIS VERSATIL POPULAR: ALIF SATAR

15) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: NOORKUMALASARI

Kategori Online

1) GANDINGAN SERASI DRAMA: FATTAH AMIN & NUR FAZURA

2) GANDINGAN SERASI FILEM: ZUL ARIFFIN & NUR FAZURA

3) PERSONALITI MEDIA SOSIAL: FATIMAH OMAR MUKHLIS (@theFamily.UK)

4) INSTAFAMOUS CILIK POPULAR: ARIF JIWA

5) ARTIS SENSASI: NEELOFA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022

“Dia Pernah Susah & Faham.. Rahsia Rezeki Keluarga Tak Pernah Putus” – Hulur Bantuan Kereta Rosak Tepi Jalan, Johan Dipuji Netizen

Johan & Isteri sememangnya pasangan selebriti yang bagus kan.. Mungkin ini rahsia kejayaan Johan

Featured Mon, 30 Sep 2024

Khadijah Ibrahim Terlibat Kemalangan

Moga ibu Khaty baik-baik sahaja. Aamin.❤️

Featured Mon, 22 Jul 2024

Diana Danielle Mengaku Terpaksa Pindah Rumah 11 Kali & Hidup Menumpang – “Nak Beli Nasi Lemak RM1 Pun Tak Mampu”

Betullah, tak ada siapa yang tahu struggle yang terpaksa dilalui oleh setiap orang untuk jadi siapa diri dia hari ni kan 😥

Featured Mon, 21 Oct 2024
Featured Fri, 19 Jun 2026

“Dia Workaholic Tapi Anak-Anak Akan Jadi Keutamaan” – Lisa Surihani Dedah Sisi ‘Fatherly’ Yusry

Kata Lisa, Yusry tak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa walaupun jadual kerjanya padat.

Acara Tue, 4 Feb 2020

Koleksi LILITXWOOFIZIWOO laris kurang 24 jam sebaik dilancarkan!

Semua pun cantik-cantik dan berpatutan pula tu

Featured Fri, 5 May 2023
error: Content is protected !!