Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 19, 2026 @ 1:17pm

“Dia Workaholic Tapi Anak-Anak Akan Jadi Keutamaan” – Lisa Surihani Dedah Sisi ‘Fatherly’ Yusry

Pelakon Datin Lisa Surihani mendedahkan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim merupakan seorang bapa yang sangat mementingkan masa bersama keluarga meskipun sibuk dengan komitmen kerja.

Menurut Lisa, Yusry yang dikenali sebagai seorang yang kuat bekerja itu sentiasa meletakkan anak-anak sebagai sumber kekuatan dan semangatnya untuk terus berkarya.

Katanya menerusi sesi temu bual bersama stesen radio Kool FM,  sejak kelahiran anak sulung mereka lagi, Yahaira Leanne, anggota kumpulan KRU itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa walaupun jadual kerjanya padat.

“Abang (Yusry) dia sangat fatherly. Dia sangat-sangat treasure, orang kata sangat menitik beratkan waktu untuk meluangkan masa bersama anak-anak,” katanya.

 

View on Threads

 

Jelas Lisa, Yusry juga sanggup mengubah ruang kerjanya di rumah semata-mata mahu dekat dengan anak-anaknya ketika bekerja.

“Daripada dulu anak yang pertama lagi, kerja still kerja dia sangat workaholic dan sebaginya tapi boleh tahu dia punya ‘battery’ untuk naikkan semangat balik, semua tu adalah anak-anak.

“Bayangkan dekat rumah dia ada work stesen dia sendiri dekat rumah yang tu dekat belah atas, actually dia dah sampai level sanggup bawa work stesen dia ke bawah supaya dia masih bersama dengan anak-anak. Macam mana pun anak-anak dekat, supaya dia dapat recharge in between antara kerja dan anak-anak. Dia akan peluk, cium, nak sembang sekejap and also dia nak keep track lah dengan anak-anak,” jelasnya.

Dalam masa sama, Yusry juga sentiasa mengambil berat mengenai perkembangan anak-anaknya yang semakin membesar dan kini mula aktif di sekolah.

“Sebab anak-anak makin membesar kan? mereka makin aktif dekat sekolah, so abang akan tanya benda-benda macam tu and then, after that he goes back to work lagi. Macam manapun he is very-very fatherly. Komitmen dia tu sebagai seorang artis ada dan komitmen daripada keluarga pun amat tinggilah,” ujarnya.

Sekadar info, Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Apr 2019

Ambil Gambar ‘Selfie’ Di Pantai Phuket Boleh Dikenakan Hukuman Mati?

So, lepasni jangan berangan nak selfie bawah kapal terbang lagi okay!

Featured Wed, 8 Apr 2020
Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Tonton Rewards Buat Comeback, Ganjaran Lebih ‘Padu’

Melalui konsep “Subscribe & Redeem”, kempen ini bukan sahaja menggalakkan langganan baharu dan pembaharuan pelan tontonan, malah memberikan pengalaman penebusan ganjaran yang lebih menyeronokkan.

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Semoga berjaya Ezlynn

Hiburan Thu, 24 Nov 2022

“Itu Mak Iti! Mak Iti Buat Video!”- Gelagat Aafiyah Panggil Siti Nurhaliza ‘Mak Iti’ Curi Tumpuan Netizen

Pasti ramai yang mengenali anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya. Terbaharu, tular hantaran seorang pengguna TikTok bernama @watieysoong yang berkongsi video Siti sedang merakam […]

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Jebat Jayden Tiru Gaya Sharnaaz Ahmad Cakap Telefon – “Dah Menggugat Karier Saya Dalam Industri”

Jebat ni bijak sangatt! 🤩🤩 Walaupun phone terbalik, tetap ada gayaaa fiderman nii 🤣

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Thu, 23 Nov 2017

非看《2017 Mnet Asian Music Awards》不可的原因!

今年迎来第九个年头的MAMA(Mnet Asian Music Awards),是由亚洲领先影视娱乐及媒体公司CJ E&M举办。相较于过往,这届的亚洲第一大国际音乐盛典到底有哪些point让你非看不可呢?

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
error: Content is protected !!