Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2024 @ 9:43pm

Kolaborasi Dalam Video Adiwira, Zul Ariffin Kagum Dengan Bakat & Potensi Sofyank

Pelakon, Zul Ariffin, 38, kagum dengan bakat dan potensi yang dimiliki oleh pencipta kandungan digital media sosial terkemuka, Sofyank.

Menurut Zul, peluang berkolaborasi dengan Sofyank telah menyuntik perspektif dan keyakinan bahawa anak muda tersebut mampu pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburi.

Perkara itu diamatinya sendiri setelah berpeluang berada di bawah pengarahan Sofyank menerusi penghasilan sebuah video khas berkenaan permainan video MMORPG terkemuka dunia, Forsaken World 2, baru-baru ini.

“Sebelum ini, saya hanya mendengar dan tahu nama Sofyank ini bila ramai cakap mengenai video-video animasi atau VFX yang dia sering hasilkan di media sosial. Ada juga antaranya yang saya tengok dan dari situ saya dapat rasakan dia ini berbakat besar, apalagi dia pun pernah bekerjasama dengan nama-nama besar di luar negara seperti Zach King, Will Smith, Chris Hemsworth dan Paul Rudd.

“Kemudian bila dapat pula peluang untuk bekerjasama dengannya dalam video Forsaken World 2 ini, sudah tentulah saya pun teruja. Bagi saya, Sofyank adalah antara bakat anak Malaysia yang mampu pergi lebih jauh.

“Tidak mustahil dengan potensi yang dimiliki, dia mampu melakukan sesuatu untuk industri seni perfileman tanah air. Kalau lebih ramai dapat contohi dia pun bagus. Industri kita perlukan lebih ramai orang-orang seperti ini,”katanya.

Selain itu, berkongsi mengenai pengalamannya membawakan watak adiwira dalam video arahan Sofyank itu, Zul berkata, ia merupakan kali pertama dia menggayakan kostum ala-ala Marvel sepanjang membina kerjaya sebagai anak seni.

Zul berkata, kostum yang diinspirasikan daripada salah satu watak dalam permainan tersebut iaitu Demon Hunter itu akan menjadi antara kenangan menarik buat dirinya.

“Lakonan saya dalam video ini juga agak berbeza kerana banyak melibatkan kesan visual dengan menggunakan skrin hijau. Saya harus menggunakan imaginasi saya sendiri.

“Kostum itu nampak macam besi, tetapi tidak berat pun. Saya pun kagum sebab kostum itu juga dihasilkan daripada pereka bertaraf antarabangsa.

“Saya berjaya bawakan watak itu di bawah pengarahan Sofyank tak sampai lima jam. Semuanya berjalan dengan lancar dan yang penting saya ‘enjoy’ melakukannya,”katanya.

Sementara itu, Sofyank atau nama sebenarnya, Muhammad Sofian Abdullah, 28, mengakui seronok bekerjasama dengan pelakon Sheriff: Narko Integriti tersebut yang disifatkan sangat profesional.

“Saya rasa Zul merupakan pilihan yang paling tepat untuk watak ini. Bukan sahaja kerana dia seorang pelakon aksi yang berkaliber tetapi juga kerana watak Demon Hunter ini memerlukan susuk tubuh sasa untuk beraksi dengan senjata yang besar.

“Sepanjang bekerjasama dengannya, saya seronok sebab Zul memang sangat profesional,”katanya.

Bagi menyempurnakan lagi elemen fantasi dalam video tersebut, Sofyank turut mendapatkan khidmat juruanimasi antarabangsa yang pernah berkhidmat untuk filem Hollywood seperti The Little Mermaid, Snow White dan Sonic the Hedgehog.

Ini juga bukanlah kali pertama Sofyank berkolaborasi dengan bintang lokal untuk tujuan permainan video mudah alih.

Sebelum ini Sofyank pernah bekerjasama dengan Beto Kusyairy dalam sebuah video kesan visual yang berjaya mencapai jutaan tontonan dan menjadi buah mulut ramai.

Video arahan Sofyank untuk Forsaken World 2 boleh mula ditonton di laman sosial hari ini, manakala pelancaran rasmi permainan yang diterbitkan oleh VNGGames ini adalah pada 22 Oktober dan boleh dimuat turun di App Store serta Google Play.

VNGGames sebelum ini turut mencatat sejarah sebagai syarikat permainan video global pertama yang mengadaptasikan watak pahlawan Melayu, Mat Kilau dalam sebuah permainan mudah alih terkenal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Oct 2018

Maut Makan Laksa, KKM Sahkan Mi Laksa Mengandungi Salmonella!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sebuah kenyataan media memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling di Kedah seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

林文荪《这世界终会记得我的名字》为听觉障碍孩童发声

去年获得《决战好声》新马版冠军的林文荪加盟环球音乐后,正式发行了个人首支单曲《这世界终会记得我的名字》!

Trending Thu, 4 Aug 2022

[VIDEO] “Puteri Roh Meresap” – Che Ta Risau Takhta Ratu ‘Dirampas’ Anak Perempuannya?

Wah nampaknya puteri sulung Che Ta bakal ganti takhta ibunya!

Hiburan Sun, 11 Sep 2022
Events Mon, 5 Nov 2018

萧秉治男女通杀!近距离又唱又跳「超爽」

萧秉治带着个人首张专辑《凡人》来马,北中南宣传跑透透;日前在吉隆坡站上,与女粉丝牵手对唱《天使见证的爱情》,让粉丝高喊“超爽!”

error: Content is protected !!