Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 8, 2020 @ 11:11am

Ratu England 2019 tinggalkan kerja amal untuk kembali bertugas di hospital

Ratu England Dunia 2019, Bhasha Mukharjee yang sedang dalam siri jelajah kegiatan amal kembali ke England untuk membantu negaranya memerangi wabak COVID-19.

Agensi berita antarabangsa, CNN melaporkan ketika memenangi gelaran berprestij berkenaan gadis berusia 24 tahun itu bertugas sebagai doktor di Hospital Pilgrim di Boston, England.

Sebaik mewakili negaranya pada pertandingan Ratu Dunia, Disember 2019, Bhasha dijemput untuk menjadi duta bagi pelbagai badan amal di beberapa negara, sekali gus mengambil keputusan untuk bercuti sehingga Ogos 2020 bagi membolehkan beliau terbabit dalam kegiatan amal berkenaan.

“Saya dijemput ke Afrika, Turki, India, Pakistan dan beberapa negara Asia untuk mempromosikan badan amal di negara terbabit, namun apabila mendapat mesej daripada beberapa rakan dari hospital tempat saya bertugas sebelum ini, saya ambil keputusan untuk kembali menyumbang bakti,” katanya kepada CNN.

Bhasha kembali ke England bagi membantu rakan-rakannya di Hospital Pilgrim. (Gambar kredit The Indian Express)

Beliau yang mengambil pengkhususan dalam perubatan respiratori berada di India sejak awal Mac 2020 bagi mempromosikan kegiatan amal Coventry Mercia Lions Club yang aktif membantu sekolah di India dengan menyumbang alat tulis, selain membiayai rumah amal bagi kanak-kanak perempuan yang tiada keluarga.

Beliau mengambil keputusan untuk kembali ke England apabila wabak COVID-19 semakin buruk di United Kingdom (UK). Ketika ini UK berada pada tempat kelapan dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 dunia dengan 52,279 kes positif COVID-19 dan 5,385 kematian.

Beliau berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kekurangan petugas perubatan dan kesihatan di hospitalnya, beliau menghubungi pihak pengurusan hospital berkenaan untuk memaklumkan hasratnya untuk kembali bertugas.

Kejelitaan doktor muda itu dinobatkan Ratu England Dunia 2019. (Gambar kredit Spalding Today)

Katanya, beliau berasa bersalah untuk memakai tiara Ratu England meskipun bagi melakukan kerja amal, sedangkan rakan-rakannya terpaksa bertungkus-lumus di hospital.

“Apabila anda melakukan kerja amal di luar negara, anda masih perlu memakai tiara, sentiasa bersedia untuk kelihatan cantik. Tetapi, kini saya mahu kembali ke tanah air dan ingin kembali bertugas segera. Lagipun inilah sebabnya mengapa saya memperoleh ijazah (perubatan) ini.

“Saya melihat penghargaan luar biasa masyarakat terhadap petugas kesihatan ketika ini dan saya tahu saya juga boleh membantu. Inilah masa terbaik untuk saya menjadi Ratu England Dunia 2019 dan kembali membantu England dalam keadaan genting ini,” katanya

Bhasha yang mendapat kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Britain di Calcutta, India terbang ke London menerusi Frankfurt dan kini sedang menjalani proses kuarantin selama dua minggu di UK sebelum kembali bertugas.

Gambar utama: Kredit Twitter Daily Mirror

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 12 Feb 2023
Featured Wed, 3 Nov 2021

Gagal Di Tempat Kerja Jadi Punca Lelaki Berpakaian Seperti Joker Cederakan 17 Orang

Seorang lelaki yang memakai kostum seperti Joker bertindak menyerang penumpang di laluan kereta api Tokyo pada Ahad. Menurut laporan The Japan News, insiden yang berlaku pada malam 31 Oktober itu mengatakan lelaki itu menikam seorang […]

Featured Wed, 25 Apr 2018

Ini 6 Penyebab Kulit Berkedut Yang Anda Takkan Sangka

Anda boleh pakai krim rawatan kedutan tapi kenapa nak merawat kalau anda boleh mencegah?

Cahaya Mata Sun, 11 Sep 2022
Featured Sat, 1 Mar 2025

Jenazah Isteri Ridzokumura Selamat Dikebumi, 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Seramai 200 orang hadir terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat Allahyarham.

Featured Thu, 4 Sep 2025
error: Content is protected !!