Euforia Bola 2026
Acara By: Khairil Khusyairi February 12, 2023 @ 1:51pm

AJL 37: Pertarungan Sengit 12 Finalis, Elemen Luar Biasa Jadi Tumpuan! Ini Ramalan Siapa Juara AJL 37…

Debaran semakin kencang! Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke-37 malam ini jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Pasti ramai yang tak sabar untuk menantikan persembahan finalis solo, duet, berkumpulan dan kolaborasi penyanyi-penyanyi hebat tempatan dalam meraih gelaran juara Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37).

XTRA sempat meninjau persediaan 12 finalis menjalani ‘full dress rehearsal’ yang berlangsung malam tadi dan semuanya hebat-hebat belaka.

Tinjauan XTRA malam tadi mendapati kesemua finalis memberikan yang terbaik dalam menjanjikan kepuasan kepada penonton.

Jika disoal siapa yang bakal diangkat sebagai juara, agak sukar untuk meramal kerana semuanya ‘all out’, 12 finalis yang bakal membuat persembahan malam ini sememangnya layak untuk berada di pentas berprestij ini.

Anugerah Terindah, Terus Hidup, Debu, Korban, Kembali Terang atau Satu Malam Di Temasek antara yaang dirasakan bakal mendapat tempat dalam tiga teratas di AJL 37 malam ini.

Tapi adakah Nang, Bahagiakan Dia, Payung Pelangi, Mainan, Irama, Sengsara juga bakal mendapat kedudukan teratas juga? Kita nantikan malam ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Bagi kategori vokal terbaik, AJL 37 menyaksikan kesemua finalis mempunyai kekuatan tersendiri dalam lontaran vokal, namun antara yang menjadi tumpuan adalah Marsha Milan, Ernie Zakri, Aina Abdul dan Liza Hanim & Shila Amzah.

Pasti meremang bila mendengar paduan vokal kesemua finalis AJL 37 malam ini! Tak sabarnya.

Untuk persembahan pula, kesemua finalis bakal pamerkan kreativiti masing-masing selain banyak elemen kejutan yang bakal terjadi malam ini. Wow!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Malam kemuncak AJL 37 tidak akan mengujakan tanpa pengarahan muzik oleh maestro ternama, Datuk Ramli MS dalam memastikan persembahan kesemua finalis akan kedengaran indah.

Bertemakan dimensi muzik, AJL buat julung kalinya menggandingkan dua pengacara wanita popular, Sherry Alhadad dan Jihan Muse sebagai hos utama.

Siapakah yang bakal bergelar juara bagi edisi kali ini? Jangan lupa saksikan malam kemuncak AJL 37 malam ini jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Kemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari jam 8.00 malam hingga 9.00 malam menerusi Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy.

Bagi mereka yang strim langsung di www.tonton.com.my, mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil.

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik, tahun ini.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi), Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Hiburan Wed, 13 Nov 2024

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Khas Biduan Negara Sempena Anugerah Seni Negara 2024

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, penerima Anugerah Khas Biduan Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

李承运相隔五年回归舞台剧 意识大胆「含有成人场面」

三届剧帝李承运相隔五年再度回归舞台剧,这次他带来全新作品只限16岁以上人士观赏,并含有成人「动作」场面!

Events Fri, 11 Jan 2019

Rent a Boyfriend from Lazada this CNY to Shut those Nosy Aunties Up

Pick from hotties like Dennis Yin, Joseph Lee, Nigel Chin and more!

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

Hero Muzik Video Semakin Terjawab, Bukan Remy Tapi Syafiq Kyle!

Sarah juga tidak menolak seandainya tontonan muzik video ini berjaya menarik perhatian penonton, Syafiq adalah ‘pelarisnya’.

Featured Thu, 8 Jun 2023

“Kami Berdua Panas Orangnya” – Awal Ashaari & Scha Alyahya Selalu Gaduh?

Love sangat couple ni tau! Moga terus bahagia💖💖💖

Events Sat, 18 Jun 2022

“Lepaih Ni Turn Depa Pulak” – Tayang Bakal Menantu? Cantiknya Kekasih Anak Che Ta!

Sama cantik sama padan min tengok depa ni 😍 Mak mentua dengan bakal menantu pun segak kemain nampak seiras pulak tu 🥰

error: Content is protected !!