Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops September 24, 2018 @ 3:42pm

Jaga-Jaga, Pemberian Paracetamol Kepada Kanak-Kanak & Bayi Boleh Meningkatkan Risiko Asma Mereka!

Sebuah kajian terbaru telah dilakukan untuk meneliti kaitan di antara paracetamol dan asma dalam kanak-kanak.

Ia mendapati yang jika bayi atau kanak-kanak diberi ubat ini, risiko mereka untuk mendapat penyakit asma sebelum mereka mencecah umur 18 tahun akan bertambah dua kali ganda!

Hubungan di antara paracetamol dan asma dalam kanak-kanak

Paracetamol sering disyorkan oleh doktor-doktor untuk mengubati pelbagai penyakit kanak-kanak, seperti demam dan sakit kepala, perut dan telinga.

Dilaksanakan oleh University of Melbourne, Australia, kajian ini meneliti sebanyak 620 orang kanak-kanak dari waktu mereka dilahirkan hingga mereka berumur 18 tahun.

Para pengkaji mendapati ada kaitan di antara mereka yang selalu diberikan paracetamol dengan mereka yang menghidapi asma sebelum mereka sampai umur 18 tahun.

Mereka juga mendapati yang kanak-kanak yang diberi paracetamol dalam dua tahun pertama hidup mereka mungkin lebih berisiko tinggi untuk menghidapi asma sebelum mereka dewasa.

Kecendurangan mereka untuk mendapat asma lagi tinggi jika mereka mempunyai genetik tertentu.

Kajian ini menunjukkan keputusan yang mengejutkan bagi kanak-kanak dengan variasi genetik glutathione S-transferase (GST) iaitu GSTP1. Risiko mereka adalah 1.8 kali lebih tinggi apabila mereka diberi paracetamol dengan kerap.

Para penyelidik berkata paracetamol “memakan” sebuah enzim yang penting bagi membuang semua toksin dalam paru-paru.

“Ia menelan gluthathione dan mengurangkan keupayaan badan anda untuk mengawal pendedahan terhadap sisa toksik,” kata Xin Dai yang mengetuai kajian ini.

“Keputusan yang kami dapat menawarkan lebih banyak bukti di mana paracetamol yang ditelan semasa usia muda mungkin ada kesan negatif terhadap kesihatan pernafasan untuk kanak-kanak dengan profil genetik tertentu dan boleh jadi penyebab asma.”

Foto: ABC

Tak semua yang setuju

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak membuktikan yang paracetamol memang boleh menyebabkan asma.

Menurut Neil Pearce, profesor epidemiologi dan biostatistik di London School of Hygiene and Tropical Medicine, topik ini memang dah lama wujud, iaitu lebih kurang 20 tahun dah. Ia juga susah untuk dibuktikan betul atau salah.

“Masalahnya sekarang, bukannya kanak-kanak ini diberi paracetamol tanpa sebab. Mereka selalu diberikan kerana mereka mempunyai jangkitan pernafasan.

“Jadi mungkin jangkitan ini yang meningkatkan risiko asma, bukannya paracetamol. Perkara ini bertambah rumit kerana kanak-kanak ini juga diberikan antibiotik yang mungkin juga merupakan faktor mereka mendapat asma.”

Pengarah Perubatan Agensi Perubatan Dr June Raine pula berpendapat yang paracetamol adalah selamat dan efektif untuk mengubati kesakitan dan demam apabila digunakan dengan betul.

“Anda disarankan merujuk kepada doktor jika kesakitan anda berterusan.”

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 18 Feb 2025

Salah Umum Persembahan Terbaik Milik Aina Abdul Selama 4 Tahun Berturut-Turut, Naz Rahman Mohon Maaf

Naz mengaku kesilapan yang dilakukan dan menjelaskan ia berlaku akibat kegemuruhan mengejar masa.

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Cantiknya Khadijah Alkubraa Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati. “Subhanallah, Alhamdulillah, […]

Featured Wed, 10 Jul 2019

Kulit muka lebih menawan dalam 14 hari!

3 produk ini wajib ada dalam beg anda

Featured Tue, 11 May 2021

Foto Menyayat Hati Pemuda Palestin Solat Ketika Serangan Israel Sentuh Hati Ramai

Seluruh dunia kini tertumpu kepada serangan Israel ke atas penduduk Palestin di Masjid Al Aqsa dan kawasan kejiranan  Sheikh Jarrah  Baitul Maqdis  telah mengakibatkan ramai mangsa tercedera. Beberapa foto mulai tular di laman sosial menunjukkan […]

Featured Sat, 28 Dec 2024
Featured Sat, 16 Mar 2024

Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Sebak pula tengok Abby Abadi ni. Da cukup dah dia bagi didikan agama kat anak-anak.

Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

error: Content is protected !!