Eat Travel By: Yanie Baharom September 30, 2018 @ 12:00pm

Seindah Namanya, Begitulah Indahnya Paras Rupa Dan Citarasa Kek Victoria Sandwich Ini

Namanya saja sudah kedengaran cukup indah dan menyelerakan. Apatah lagi bila dimakan? 

Penyediaan Kek Victoria Sandwich juga tidak susah. Yang pasti anda akan enjoy sepanjang memasak dan menyediakan kek ini lebih-lebih lagi melihat hasilnya menjadi. Okay, let’s start baking! 

Foto: herinspirasi

Resipi: Chef Fazalina Ismail

Saiz hidangan: 6

Tempoh penyediaan: 1 jam 20 minit

Bahan-bahan:

Bahan A

1 cawan tepung kek naik sendiri
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil serbuk penaik

Bahan B

1 cawan keju keju Emmental Paysan Breton, diparut

Bahan C

1 cawan mentega
2/3 cawan gula kastor
5 telur gred C
½ cawan Whipped Cream Paysan Breton
1 ½ sudu kecil esen vanila

Bahan Sirap

6 strawberi, dibelah empat
20 anggur merah tanpa biji
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Secubit serbuk kayu manis
Sedikit pewarna merah
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
(Satukan kesemua bahan, kecuali tepung jagung. Masak hingga buah menjadi kembang. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau. Bila agak pekat, tutup api.)

Bahan Hiasan

Strawberi

Whipped Cream Paysan Breton

Cara Membuatnya:

1) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Alaskan loyang 9 inci x 9 inci dengan kertas pembakar dan lenserkan dengan sedikit mentega.
2) Putar bahan C hingga kembang. Kemudian masukkan bahan A yang telah diayak dan gaul sebati. Akhir sekali, masukkan bahan B.
3) Tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar hingga masak selama 60 minit. Bila sudah masak, sejukkan kek pada suhu bilik.
4) Seterusnya, potong kek kepada dua bahagian.
5) Letakkan satu bahagian kek pada tempat letak kek dan sapukan dengan krim putar.
6) Tindihkan pula dengan sebelah lagi kek dan letakkan lagi krim putar pada permukaan kek.
7) Ahkir sekali, letakkan sirap pekat dan susun strawberi di atas kek.

Tip Daripada Chef:

  • Suhu dan masa membakar biskut adalah bergantung pada ketuhar yang digunakan.
  • Sukatan cawan adalah daripada cawan penyukat yang betul, bukannya cawan kopi ataupun mug.
  • Bilangan biskut yang terhasil adalah bergantung kepada saiz acuan yang digunakan.
  • Pastikan ketuhar dipanaskan selama 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar.
  • Pastikan mentega dan keju yang digunakan berada pada suhu bilik.

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 18 Jul 2019
Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

Kari Laksa Malaysia Tersenarai Dalam Top 5 Makanan Terbaik Dunia, Cayalah!

Terdapat 10 makanan Malaysia lain yang turut tersenarai!

Eat Travel Mon, 26 Nov 2018

Pilih Sendiri Dua Perisa Kegemaran Anda Untuk Hasilkan Cookie Swirl Ini

Perisa mana yang anda akan gabungkan untuk hasilkan biskut ini?

Eat Travel Mon, 1 Oct 2018
Eat Travel Thu, 29 Nov 2018
Eat Travel Fri, 11 Jan 2019

Want your kids to excel in school? Take them on vacation, new survey suggests

It has a positive impact on personal development.

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!

Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

4 Resort Atas Air Paling Romantis Untuk Lokasi Percutian Berbulan Madu

Resort-resort ini terletak di Malaysia sahaja, tak payah travel jauh-jauh!

Eat Travel Wed, 13 Mar 2019

20 of the most colourful places on earth

Look at these gorgeous photos!

Eat Travel Wed, 8 Jan 2020

Ingin rasa masakan Hong Kong yang asli dan halal? Jom ke restoran ini!

Sajiannya sesuai sangat dengan cita rasa orang Melayu!