Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom December 27, 2018 @ 5:00pm

Kalau Ke Jaipur India, Jangan Lupa Singgah Di 5 Lokasi Ini

Jaipur merupakan kota terbesar dan terancang di India. Bandar ini merupakan ibu kota Rajasthan dan kaya pelbagai warisan budaya yang ditonjolkan melalui tradisi, gaya hidup, kesenian, barang kemas, tekstil dan seni bina.

Jaipur juga turut dikenali sebagai Pink City disebabkan kemeriahan warna merah jambu pada bangunannya antara yang membuatkan bandar ini tampil unik. Warna tersebut diinspirasikan daripada seni bina bandar Mughal yang menggunakan batuan merah.

Tidak cukup dengan itu, Jaipur juga mempunyai tempat pelancongan yang sangat memukau. Jadi kami ingin menyenaraikan lima tempat menarik yang wajib anda kunjungi ketika pergi bercuti di sana.

1. Amer Fort

Foto: Suján

Amer Fort merupakan kota istana yang berada di Jaipur dan mula dibina oleh Raja Man Singh I. Kota ini terletak di puncak Bukit Kota Amer. Dibina pada tahun 1592 dengan bahan binaaan seperti batu merah, batu putih dan turut mempunyai unsur Hindu dan Rajput.

Di sini juga mempunyai banyak beberapa kawasan sangat menarik yang anda wajib untuk kunjungi antaranya Sheesh Mahal atau lebih dikenali dengan nama Mirror Palace.

Jika anda melawat ke sini, kami mencadangkan anda untuk datang pada awal pagi agar sempat merasai udara segar dan dingin di atas kota ini. Selain itu, pada waktu malam juga mereka turut mengadakan pertunjukan cahaya pada di kota itu.

Pertunjukan ini akan berlangsung selama 50 minit dan ia sulami dengan kisah cerita sejarah mengenai Maharaja Sawai Jai Singh II menjadi pelindung kota Amber Fort dan bandar Jaipur dari kena serang oleh musuh.

2. Chokhi Dhani

Foto: chokhidhani.com

Jika anda ke Jaipur jangan lupa singgah ke Chokhi Dhani. Chokhi Dhani merupakan tempat perkampungan kebudayaan kaum masyarakat di India. Di sini anda boleh pelajari dan mengenali budaya mereka dengan lebih dekat. Selain itu, mereka juga turut mengadakan persembahan tari menari, bermain api, silap mata, pertunjukan haiwan dan pelbagai lagi aktiviti lain.

3. Hawa Mahal

Foto: Reddit

Hawa Mahal merupakan salah satu bangunan terkenal dengan panggilan nama bandar merah jambu ini. Hawa Mahal terletak berdekatan dengan City Palace. Di sini dahulunya merupakan kawasan khas untuk para wanita berketurunan diraja.

Mereka juga terikat dengan sistem purdah yang mana mereka tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang tidak dikenali dan tidak dibenarkan pergi ke kawasan awam.

Bangunan ini dibina dengan batu pasir merah dan merah jambu serta melambangkan bentuk mahkota dewa Krishna. Di sini terdapat karya seni bina dengan lebih dari 900 jokokhas yang terukir dengan ukiran atau tingkap kecil yang berada di bangunan ini.

Jharokhas direka sedemikian rupa kerana untuk memberikan pengudaraan udara yang baik di dalam istana serta ia memberi udara sejuk walaupun pada musim panas.

4. Galtaji Temple (Monkey Temple)

Foto: steemkr.com

Galtaji Temple atau dikenali sebagai kuil monyet merupakan salah satu tempat tarikan pelancong datang ke Jaipur dan ia terletak 10 kilometer dari bandar. Dibina pada abad ke 18 oleh Maharaja Sawai Jai Singh II, Diwan Rao Kriparam.

Kuil ini dikelilingi oleh bukit-bukit yang indah di Aravali Range dan beratus-ratus ekor monyet yang berada dan tinggal di kuil ini jadi memang sesuai dinamakan sebagai kuil monyet.

5. Jantar Mantar

Foto: The Vocket

Jantar Mantar merupakan tapak warisan dunia di bawah UNESCO dan merupakan antara tapak astronomi terbesar dibina dunia. Ia dibina oleh Maharaja Sawai Jai Singh II yang merupakan pengasas bandar Jaipur ini. Di sini terdapat lima astronomical observatories yang dibina oleh beliau.

Bukan itu saja, bahkan terdapat 16 alat geomatri yang digunakan untuk mengukur masa, melihat bintang, dan memerhatikan orbit planet-planet di sekeliling matahari. Di sini juga mereka turut menempatkan Pusat Tafsiran yang membantu para pelancong memahami tentang prinsip kerja dan kronolgi pemerhatian astronomi.

Kepada yang ingin bercuti di India, kami mencadangkan anda untuk memilih Jaipur sebagai destinasi pilihan kerana bandar ini kaya dengan dengan sejarah dan rekaan bangunan klasik.

Bagaimana hendak ke sana? Usah gusar kerana AirAsia turut membuka laluan penerbangan terus ke Jaipur dari KLIA 2 pada Februari lalu. Dengan penerbangan empat kali seminggu hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu, ia memudahkan anda untuk merancang serta merasai sendiri pengalaman bercuti ke kota Pink ini.

Sumber: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 May 2021

i-Sinar : Cara Tukar Amaun Secara Online (Pindaan Pengeluaran)

Selepas KWSP dan Kementerian Kewangan membenarkan permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, fungsi untuk membuat pindaan telah diwujudkan di dalam portal isinar.kwsp.gov.my. Justeru, ramai yang masih tidak tahu jumlah permohonan pengeluaran i-Sinar sebenarnya boleh ditukar. Berikut merupakan cara […]

Featured Fri, 21 Jul 2023
Eat Travel Mon, 19 Nov 2018

Meluncur Di Gunung Berapi, Apa Macam Ada Berani?

Gunung ini adalah sebuah gunung berapi muda yang wujud pada 1850 dan mempunyai radiasi aktif.

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Mon, 11 Aug 2025
Featured Tue, 5 Sep 2023
Featured Wed, 17 Aug 2022

Pemilik CrackHouse Comedy Disenarai Hitam Seumur Hidup Cetus Pelbagai Reaksi Netizen – “Tak Adil, Kesian Periuk Nasi Orang..”

Dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Habis periuk nasi orang lain terpaksa terima padahnya. Apa komen korang? Wajar atau tak?

Featured Wed, 21 Aug 2024
Events Mon, 17 Mar 2025

Selesa Jalani Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal, Adira Suhaimi Nafi Bakal Rujuk Dengan Datuk Red – “Ada Jodoh Adalah, Tak Ada Pun Tak Apa”

Adira Suhaimi menolak dakwaan kononnya dia bakal rujuk semula dengan bekas suaminya, Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

Featured Wed, 7 Feb 2018

Datuk Fazley Kongsi 8 Tip Diet

Personaliti serba boleh, Datuk Fazley Yaakob berkongsi 8 tips yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Tip mudah ini jika dilakukan secara berdispilin, pasti menunjukkan hasil.

error: Content is protected !!