Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom September 28, 2018 @ 3:00pm

Berusia 12 Tahun, Janna Jihad Ayyad Diiktiraf Wartawan Termuda Dunia!

Tidak seperti kanak-kanak seusianya di negara lain yang membawa buku dan pen ke sekolah, Janna Jihad Ayyad melewati setiap genap bumi Tebing Barat melaporkan penderitaan kanak-kanak mahupun warga Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Kematian dua ahli keluarganya iaitu sepupunya, Mustafa Tamimi yang meninggal akibat serangan kanister gas dan bapa saudaranya Rushdie Tamimi meninggal akibat tembakan di pinggang menjadi pencetus buat gadis berusia 12 tahun ini memulakan ‘kerja’ dengan merakam dokumentari keadaan yang berlaku di sekelilingnya.

Dia mula merakam video sejak usianya tujuh tahun menggunakan iPhone milik ibunya menyatakan senario sebenar di Baitulmaqdis, Hebron, Nablus dan Jordan.

Foto: Al Jazeera

Dunia mengenali Janna sebagai wartawan termuda apabila melaporkan insiden yang berlaku termasuk ketika rakyat Palestin ditahan di pusat pemeriksaan, perarakan protes dan keganasan terhadap kanak-kanak negara tertindas itu.

Katanya, berbanding wartawan dewasa, dia mempunyai kelebihan untuk menyampaikan berita termasuk pembabitannya menyertai beberapa demonstrasi dan berhadapan tentera Israel.

“Kamera ialah senjata saya. Kamera lebih kuat daripada pistol. Saya boleh menghantar mesej kepada orang lain dan rakan saya pula boleh menghantarnya kepada orang lain.

“Kalau wartawan itu orang dewasa mengambil gambar di depan tentera, dia akan ditangkap dan kameranya dirampas.

Foto: Middle East Monitor

“Saya menyedari ketika itu kawasan kami, perkampungan Nabi Salleh, tidak mempunyai wartawan yang mencukupi. Jadi saya memutuskan untuk merakam video.

“Saya mula menggunakan telefon milik ibu untuk merakam semua yang berlaku di sekitar termasuk pengalaman sendiri setiap kali berdepan dengan tentera.

“Kanak-kanak Palestin terpaksa berdepan dengan tembakan kanister gas meskipun hanya bermain bola di tepi jalan, melalui pos kawalan tentera sebelum sampai ke sekolah dan ada kalanya tidak terkecuali terkena peluru getah apabila berlaku demokrasi.

“Tapi kami rakyat Palestin perlu kawal rasa takut dan tidak akan membiarkan ketakutan itu mengawal kami. Andai ketakutan yang mengawal kami, kami tidak akan hidup,” katanya.

Foto: Al Jazeera

Janna yang aktif di laman sosial dan memiliki hampir 300,000 pengikut menyimpan impian bekerja untuk CNN atau Fox News kerana padanya media terbabit tidak bercakap tulus mengenai Palestin.

Selain Janna, sepupunya Ahed Tamimi antara aktivis yang sering didampingi dalam memperjuangkan nasib kanak-kanak Tebing Barat.

Malah kini dia turut lantang memperjuangkan pembebasan sepupunya yang ditahan lapan bulan apabila terbabit dalam insiden menampar dua tentera Israel yang menceroboh kampungnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Jul 2022

[VIDEO] “Ujian Untuk Dia Juga..” – Berpelukan Dengan Intan Najuwa, Netizen Mohon Aliff Aziz Jaga Hati Isteri

Kisah lama jangan dikenang. Katanya, Bella sendiri pun tak kisah dan faham kerjaya Alif sebagai seorang pelakon ☺️ Sweet je Alif bawa anak isteri sekali pergi shooting 🥹

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Featured Fri, 17 Apr 2026

Kasih Iris Leona Beri Amaran, Tak Selesa Dikejar Di Jalan Raya – “Jangan Drive Sebelah Kereta, Turunkan Tingkap, Lambai & Harap Saya Buat Benda Sama!”

Kasih Iris Leona, tampil memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak bertindak melampau sehingga menjejaskan keselamatannya di jalan raya.

Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Anak-Anak Sharifah Shahirah Mencuit Hati Ramai- “Semua Muka Anime, Yang Lelaki Duduk Macam Nak Bersanding!”

Woww, macam anime ek semua gaya 🤣 Sempoi la dapat ibu macam Shiera ni 🤩

#tilljannah Mon, 29 Aug 2022
Featured Thu, 26 Jun 2025
Featured Thu, 29 Mar 2018

Review Barang Mainan Di YouTube, Budak 6 Tahun Ini Peroleh RM42 Juta Setahun!

Kecil-kecil dah jadi jutawan. Cara dia mendapatkan keuntungan sebegitu pun nampak macam mudah, tapi orang dewasa belum tentu boleh ikut.

Featured Wed, 8 Apr 2026

“Keutamaan Saya Hanyalah Kegembiraan, Keselamatan & Kesejahteraan Fatima”- Fazura Berlapang Dada, Terima Permohonan Maaf Individu Kongsi Video Tular

Fazura memilih untuk berlapang dada apabila menerima permohonan maaf daripada seorang individu yang sebelum ini memuat naik video tular melibatkan anaknya, Nur Fatima Aisya.

error: Content is protected !!