Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas March 23, 2018 @ 1:36am

Nama Naik, Tudung Pun Naik!

Sejak pulih daripada sakit, Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau  Wany Hasrita, 25, semakin ligat memuat naik gambarnya melalui Instagram, lebih-lebih lagi mempromosikan beberapa produk serta muzik videonya.

Namun daripada beberapa kepingan gambar yang dimuat naik, paling mendapat komen netizen dilihat pada foto dirakam menggayakan  koleksinya #rindubywanyhasrita.

Kredit: Instagram Wany Hasrita.

Walau pun mendapat hampir 55,000 likes namun mengalir juga dengan derasnya kecaman netizen terhadap tudung yang digayakannya.

Iya lah! Selama ini finalis akhir pentas AJL32 itu kan dilihat sebagai seorang gadis lemah lembut, sopan santun malah selalu bertudung labuh menutupi bahagian dadanya.

Tup! Tup! tiba-tiba keluar gambar Wany bertudung singkat dengan seluar ketat dan baju t pada paras tutup pinggul sahaja!

Membaca komen-komen netizen tentu korang rasa nak tergelak pun ada, marah pun ada. Ramai pula ‘mak chik dna pak chik bawang’ yang kepoh mempersoalkan tudung dan penampilan Wany. Biasalah ada yang suka dan ada pula komen lebih-lebih. Jom layan sikit:

Menariknya, bukan sahaja Wany yang dikritik tetapi tempias itu turut dirasai peminat atau pun ‘haters’ penyanyi ‘Menahan Rindu’ ini. Mereka pula yang berbalas komen dan  bertikam lidah antara satu sama lain.

Apa pun kesimpulannya, rata-rata peminat mahukan Wany kembali pada gaya asalnya dengan melabuhkan tudung agar tidak menampakkan dada. Kata mereka, jangan kerana mengejar populariti, nama naik, tudung pun naik!

Khabarnya, Wany ada memaklumkan, photoshoot berkenaan terpaksa dilakukan sekadar untuk pemasaran dan promosi produknya yang akan dilancarkan sempena Hari Raya akan datang.

Tentu nanti netizen tertanya-tanya juga kan, kalau koleksi untuk Raya, kenapa tak promosi baju Raya yang lebih sesuai dengan lebaran ek?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Apr 2025
Hiburan Fri, 5 Aug 2022
Hiburan Tue, 6 Sep 2022

Bekas Suami Lufya Omar Tak Melatah Nama Kena Petik Culik Anak

Pihak mana lah yang menuduh bekas suami Lufya yang nak culik anak sendiri..

Featured Tue, 18 Oct 2022

Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Comelnya baby Arabella Mia! Tahniah Dr Amalina

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

“It’s Not That Big” – Izara Aishah Jawab Isu Punggung Besar Dan Gebu

Tapi, betulkah Izara suntik pungguk agar kelihatan sama seperti Kim Kardashian?

Hiburan Wed, 1 Jan 2020

Izara Aishah Hamil Enam Bulan

Alhamdulillah…Tahniah Izara & Adib!

error: Content is protected !!