Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 2, 2018 @ 7:01pm

Kedai Buku 24 Jam Di Cyberjaya, Port Terbaik Buat Si Ulat Buku Yang Insomnia

Pengumuman penting kepada si ulat buku termasuk student yang berada di sekitar Lembah Klang dan Cyberjaya, yang mungkin sebelum ini berhadapan dengan masalah untuk mencari bahan bacaan menarik atau ke library pada waktu malam.  

Kini pemilik rangkaian kedai buku dan penganjur festival buku Big Bad Wold (BBW), BookXcess mencipta satu lagi sejarah menerusi pelancaran kedai buku 24 jam pertama di Malaysia.

Terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, cawangan baharu BookXcess itu juga difahamkan merupakan gedung buku terbesar Malaysia.

Foto: BOOKXCESS

Dengan keluasan 37,000 kaki persegi, lebih 500,000 buah buku pelbagai genre boleh didapati pada harga potongan di antara 50 hingga 80 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Ketua Pegawai Produk, Yujeen Chua berkata, pembukaan cawangan itu diharapkan dapat menarik kunjungan pelanggan dari setiap peringkat usia, terutama pelajar universiti di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.

Foto: BOOKXCESS

Dilengkapi WiFi percuma dan kafe untuk pelanggan yang ingin bekerja, membaca, mengadakan kelas kesenian dan pertandingan mewarna.

BookXcess yang membuka cawangan pertamanya di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 2006, kini mempunyai tujuh cawangan di dalam pusat beli-belah seperti Starling Mall di Damansara, Fahrenheit 88 (Bukit Bintang) dan 1Utama (Petaling Jaya).

Foto: BOOKXCESS

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 11 Jan 2020
Gaya Hidup Tue, 11 Dec 2018

Pujuk Isteri Dengan Mesej Lucu, Confirm Hati Yang Mendidih Tak Jadi Marah!

Mesej jiwang karat dan lucu boleh bikin hati wanita berbunga-bunga!

Gaya Hidup Wed, 30 May 2018
Gaya Hidup Thu, 1 Feb 2018

Nak Basuh Hijab Pun Ada Caranya. Ini 12 Tip Penjagaan Hijab Yang Perlu Anda Tahu

Pelaburan membeli hijab berjenama kegemaran pasti diharapkan berbaloi yang mana item itu boleh disuai padan dengan pelbagai gaya.

Gaya Hidup Fri, 24 Aug 2018

Nak Suara Selunak Siti Nurhaliza, Amalkan 6 Petua Ini Setiap Hari

Terdapat beberapa petua tradisi yang dapat memperbaiki suara seseorang sekali gus mendapatkan suara lunak dan merdu.

Gaya Hidup Tue, 25 Dec 2018

Apa Itu Mighty Girl Effect? Jom Baca!

‘Mighty Girl Effect’ iaitu perasaan empati yang wujud dalam diri si bapa ketika melihat cabaran yang perlu ditempuhi anak perempuannya.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Featured Tue, 24 Apr 2018

Awas! Ketahui 6 Jenis Bahan Bahaya Dalam Produk Kecantikan

Sesetengah produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang sangat bahaya bukan sahaja untuk kulit tetapi kesihatan kita.

error: Content is protected !!