Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 25, 2018 @ 4:00pm

Apa Itu Mighty Girl Effect? Jom Baca!

“Itu kerja lelaki. Ini kerja perempuan.”

Sama ada kita bersetuju atau tidak, pasti kita pernah mendengar orang melontarkan kata-kata ini, dan ia memberi reaksi berbeza dalam kalangan masyarakat kita.

Namun, satu laporan oleh Oxford Economic Papers menunjukkan bahawa seorang bapa yang mempunyai anak perempuan boleh mengubah persepsi tradisional mengenai peranan lelaki dan wanita serta tanggungjawab masing-masing.

Fenomena ini dipanggil ‘Mighty Girl Effect‘ iaitu perasaan empati yang wujud dalam diri si bapa ketika melihat cabaran yang perlu ditempuhi anak perempuannya.

Foto: Pinterest

Kajian itu melibatkan maklum balas lebih daripada 5,000 lelaki yang menilai sama ada mereka setuju pada pernyataan: ‘tugas suami adalah untuk mencari nafkah’ dan ‘tugas isteri adalah untuk menjaga rumah dan keluarga’.

Data yang diperoleh itu dikumpulkan oleh Panel Kaji Selidik Isi Rumah British dari tahun 1991 hingga 2012.

Hasil kajian Jabatan Polisi Kesihatan London School of Economics (LSE) mendapati fenomena itu paling terkesan ketika anak perempuan itu sedang bersekolah.

“Menjadi ibu bapa kepada anak perempuan yang masih bersekolah mencetuskan kemungkinan lebih rendah untuk mengikuti cara tradisional, iaitu ‘bapa bekerja, ibu di rumah’.

“Menjalani hidup dengan anak perempuan memberi bapa peluang untuk melihat sendiri pengalaman dan perspektif sebagai seorang perempuan,” kata penyelidik dan juga penulis bersama laporan itu, Dr Joan Costa-i-Font.

Namun, kajian juga mendapati tidak ada kesan signifikan jika individu itu sudah memiliki pendirian kukuh mengenai feminisme.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 31 Jan 2019

Apa nak hairan jadi janda, perpisahan dengan CEO jadikan MacKenzie wanita terkaya di dunia!

Bertuahnya dia, harta tujuh keturunan tidak habis makan! 

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba […]

Gaya Hidup Tue, 30 Apr 2019
Events Wed, 22 Jun 2022

Kadar Dividen KWSP Dijangka Lebih Rendah Bagi Tahun 2022 – Pakar Ekonomi

Alahai… harga barang makin naik, kerja tak mengira masa, KWSP punya dividen pun makin rendah???

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Betul Atau Tidak, 10 Barang Ini Wajib Ada Dalam Handbag Wanita?

Jika anda seorang wanita, membawa beg tangan adalah menjadi aksesori yang penting kan? Mana tidaknya, nak bawa macam-macam barang tak kira nak pergi ke tempat kerja, pergi ke kelas atau berjalan-jalan. Kalau macam itu, dalam […]

Featured Tue, 28 Apr 2020

MKN kaji SOP beri kelonggaran penduduk zon hijau keluar rumah

Keputusan akan dibentangkan minggu hadapan

Gaya Hidup Fri, 23 Mar 2018

Ambil Perhatian! Ini 6 Perkara Penting Yang Perlu Anda Buat Sebelum Travel Ke Luar Negara

Setiap daripada anda mesti akan teruja untuk merancang trip percutian bersama keluarga atau kawan-kawan kan?

error: Content is protected !!