Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom January 31, 2019 @ 10:00am

Apa nak hairan jadi janda, perpisahan dengan CEO jadikan MacKenzie wanita terkaya di dunia!

Jika wanita lain bermatian-matian menuntut hak mereka dan anak-anak selepas berpisah dengan bekas suami, lain pula ceritanya dengan Mackenzie Bezos, penulis novel terkenal di Amerika Syarikat.

Perpisahan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos, selepas 25 tahun hidup bersama membawa keuntungan lumayan buat MacKenzie.

Beliau bukan saja hidup di atas segunung wang, bahkan kini memegang gelaran wanita terkaya di dunia gara-gara perpisahan itu. 

Foto: Just Silly Things

Ini secara tidak langsung menyebabkan beliau merampas gelaran disandang Francoise Bettencourt Meyer, 65 tahun, sejak sekian lama.

Francoise, sebagaimana diketahui umum adalah waris perusahaan kecantikan global, L’Oreal. Kekayaan Meyers mencapai USD46.6 bilion (RM191 bilion).

Perpisahan itu membawa rahmat bagi MacKenzie! Sekurang-kurangnya, tidaklah terlalu sakit hati meskipun punca penceraian itu berlaku disebabkan suami curang! 

Jeff Bezos dikatakan bermain cinta dengan Lauren Sanchez yang pernah mengacarakan program So You Think You Can Dance.

Foto: People

Berbalik pada kisah penceraian MacKenzie dan Jeff yang mendapat liputan meluas media  itu, separuh daripada harta kekayaan mereka yang mencapai USD140 bilion (RM574 bilion). akan menjadi milik wanita berkenaan. 

Pembahagian harta sama rata itu berlaku kerana pasangan terbabit dikhabarkan tidak memiliki perjanjian praperkahwinan. 

Mengikut undang-undang di Amerika Syarikat semua aset yang diperoleh sepanjang perkahwinan atau harta sepencarian perlu dibahagi sama rata jika berlaku perceraian kecuali jika mempunyai perjanjian praperkahwinan.

 

Latar belakang MacKenzie

Nama asalnya ialah MacKenzie S Tuttle. Beliau lahir pada 7 April 1970 di San Francisco, California, Amerika Syarikat. 

Ayah Mackenzie merupakan seorang Perancang Kewangan, manakala ibunya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. 

MacKenzie ialah graduan Universiti Princeton yang memiliki Sarjana dalam Bahasa Inggeris. Beliau seorang pelajar pintar dan pernah menjadi kesayangan pensyarah. 

Jeff Bezos juga adalah graduan universiti sama, tetapi mereka tidak pernah berjumpa sewaktu zaman belajar mereka.

Mereka berdua bertemu dan bercinta di tempat kerja, sebuah syarikat pelaburan. Selepas tiga bulan mengenali hati budi masing-masing, pasangan itu sepakat untuk bertunang dan seterusnya berkahwin pada tahun 1993. 

Sebaik sahaja mengikat tali perkahwinan, Bezos meletakkan jawatannya di sebuah syarikat pelaburan di New York dan membuka perniagaan sendiri yang diberi nama Amazon dalam garaj rumah sewaan mereka. 

Kehebatan perniagaan atas talian Amazon itu telah meningkatkan harta mereka hanya dalam sekelip mata. Kini Amazon terkenal di seluruh dunia.

Sumber: Nona

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Apr 2020

Kesalahan berbeza punca dua wakil rakyat hanya didenda RM1,000

Masyarakat perlu faham istilah undang-undang

Featured Wed, 16 Jan 2019

Bayi ini dipilih sebagai model kempen jenama syampu terkemuka kerana rambutnya!

Rasanya dialah model tercomel dalam sejarah iklan syampu.

Gaya Hidup Fri, 18 Jan 2019

Kisah ‘Mowgli’ Malaysia buat dunia terpukau, tahniah!

Kasih-sayang dan hormat-menghormati kunci kepada mesej foto ini.

Gaya Hidup Wed, 27 Jun 2018

10 Tahun Guna Produk Mengandungi Merkuri, Wanita Ini Temui Ajal

Wahai wanita sekalian, jauhi produk kecantikan yang mengandungi merkuri kalau tak nak berlaku seperti wanita ini!

Events Tue, 5 Apr 2022
Gaya Hidup Wed, 27 Nov 2019
Gaya Hidup Mon, 12 Feb 2018

Nak Picit Jerawat Tapi Takut Tinggalkan Parut? Ini Cara Selamat Menurut Pakar Kulit

Sesetengah orang akan rasa puas bila dapat picit jerawat di muka atau pun di bahagian anggota badan yang lain.

Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

Gambar telur ayam ketepikan rekod ‘likes’ dipegang Kylie Jenner!

Kylie membuat video lucu dengan memecahkan telur ayam di jalan raya. Haha!

error: Content is protected !!