Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom January 18, 2019 @ 10:00am

Kisah ‘Mowgli’ Malaysia buat dunia terpukau, tahniah!

Sekeping gambar bisa membicarakan beribu kisah dan mengusik pemikiran yang melihatnya dengan tafsiran berbeza-beza.

Sebuah foto atau gambar juga adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia khususnya merakamkan memori yang tidak mampu kita ulangi, malah dalam setiap gambar memiliki makna tersirat dan mesej yang ingin disampaikan oleh jurugambar itu sendiri.

Gambar juga menjadi dokumen penting dalam banyak hal. Kad pengenalan dan pasport memerlukan foto pemiliknya, mahkamah juga menggunakan foto untuk membuktikan apabila merujuk kepada sesuatu kes.

Nak buat fitnah pun, foto dan gambar akan dijadikan faktor dan bukti penting. Kesimpulannya; foto dalam banyak hal adalah segalanya.

Bercakap mengenai hebatnya penangan sekeping gambar, baru-baru ini foto yang dirakam oleh Dallah Deen dan Nazri Sulaiman berjaya mendapat perhatian ramai.

Foto: Dallah Deen Photography

Gambar yang diambil menunjukkan seorang pelajar lelaki dan beberapa ekor kerbau itu tersenarai dalam 20 gambar terbaik dunia tahun 2018.

Gambar yang dirakam pada tahun 2017 itu menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyifatkan foto-foto itu berjaya menzahirkan maksud mendalam hubungan antara seorang remaja lelaki dan kerbaunya.

Koleksi gambar itu menunjukkan remaja lelaki berusia 14 tahun, Mohd Syukur Khamis yang berasal dari Terengganu beraksi dengan kerbau peliharaan keluarganya.

 

Foto: Dallah Deen Photography

Foto: Dallah Deen Photography

Keunikan gambar yang diambil oleh Nazri Sulaiman itu juga berjaya memenangi anugerah di Image of Asia 2018 bagi kategori Street/People Photographer of The Year Asian Geographic dan anugerah Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018.

Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan buat rakyat Malaysia kerana hanya dengan sekeping gambar dapat menonjolkan keunikan Malaysia bahkan dapat mengharumkan nama negara kita di mata dunia.

Akhbar Harian Metro baru-baru ini, sempat mewawancara Mohd Syukur yang menyampsikan mesej penuh bermakna.

Menurut remaja itu, dia tidak berbangga apabila gambarnya menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayahnys sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau.

Tambahnya lagi, dia seronok kerana dapat membuat ayahnya bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayahnya.

Foto: Dallah Deen Photography

 

Sumber: Harian Metro

Ends

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Tips Penting Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Sindrom Down. You Can Do It!

Anda dikurniakan dengan anak yang ada Down Syndrome? Jangan bersedih! It’s not the end of the world!

Featured Sat, 15 Dec 2018

Lihat 12 Watak Kartun Haiwan Popular Apabila Dibandingkan Dengan Haiwan Yang Sebenar

Ada yang sama, ada juga yang pelukis dah “ubah suai” rupanya.

Gaya Hidup Wed, 17 Oct 2018

6 Jenis Makanan Yang Anda Mesti Patuhi Tarikh Luputnya

Bukan semua jenis makanan boleh tahan lebih lama daripada tarikh luputnya.

Gaya Hidup Wed, 26 Sep 2018
Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Gaya Hidup Mon, 19 Dec 2022
Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Badan Terasa Lesu? Jom Tinjau Rawatan Spa Apa Yang Sesuai Dilakukan Ketika Berpuasa

Tiada masalah sama sekali ke spa ketika sedang berpuasa, asalkan rawatan yang dibuat itu tidak memudaratkan dan menyebabkan hidrasi kepada tubuh.

Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

This man creates mini works of art using fried eggs!

Well, when the inspiration hits you, you just can’t stop!

Gaya Hidup Tue, 29 May 2018

Ikuti 5 Cara Ini Agar Kulit Wajah Kekal Hidrat Sepanjang Bulan Ramadan

Kulit wajah juga harus dijaga sepajang bulan Ramadan ini.

error: Content is protected !!