Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin December 19, 2022 @ 6:29am

Rizman Ruzaini Kukuhkan Empayar Dengan Kembali Menyumbang! Pilih Mira Filzah Untuk…

Enggan berpuas hati dengan kejayaan yang mereka kecapi, duo pereka fesyen terkenal tempatan, Rizman Ruzaini membuka langkah baharu dalam mengembangkan empayar mereka.

Mahu segmen perniagaan RR di bawah Rizman Ruzaini ini terus berkembang, mereka memperkenalkan pelan Ikon RR Empire.

“Kami bersyukur dengan pengiktirafan yang membawa kepada kedudukan jenama kami hari ini. Apa yang dimiliki tidak seharusnya dilihat sebagai kejayaan satu pihak memandangkan ia membabitkan pelanggan kami di luar sana.

“Kami yakin sudah sampai waktunya untuk jenama ini kembali menyumbang kepada peminat melalui pelan perniagaan yang cukup menarik.

“Saya anggap ini adalah salah satu usaha kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan dengan cara yang cukup mudah.

“Apa yang kami wujudkan ini bukan datang dengan sekelip mata, ia membabitkan perancangan jangka masa yang lama demi memastikan program ini sesuai dengan situasi di negara kita.

“Ingin saya tekankan di sini, tujuan kami adalah untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan di luar sana. Melalui program ini, kami akan buktikan bagaimana mudahnya untuk sesiapa sahaja boleh membina kerjaya sebagai usahawan tanpa perlu mengeluarkan modal,” kata Rizman Nordin.

Tambah Rizman, dia bersama rakan niaganya, Ruzaini Jamil turut mencetuskan idea dalam membina sistem jual beli yang membolehkan Ikon RR Empire mendapat manfaat yang lebih baik berbanding pelan pernigaan yang mungkin pernah diguna pakai sebelum ini.

“Apabila bergelar Ikon RR Empire, menjadi tanggungjawab pihak kami untuk membantu mereka. Jujurnya mereka yang dipilih sangat bertuah memandangkan promosi dan bantuan daripada segi bimbingan jualan akan diberikan pihak syarikat sendiri.

“Dalam erti kata mudah, mereka hanya perlu ‘pose cantik’ sahaja di rumah, tidak perlu pegang produk pun. Malah setiap bulan, kami juga akan mengadakan kelas grooming selain bantuan dari pelbagai sudut lain,” katanya.

Menurut Rizman lagi, pemilihan produk yang akan dijual juga akan dikhususkan pada beg tangan dan tudung sahaja.

Kedua-dua produk ini paling mendapat sambutan yang baik dalam pasaran dan pemilihan dua produk ini juga sesuai dalam memastikan Ikon RR Empire dapat fokus dalam perniagaan mereka.

“Kita pernah cuba dengan produk kecantikan sebelum ini tapi kita dapati teknik pemasarannya lebih rumit kerana ia memerlukan testimoni dan sebagainya. Namun, dengan dua produk ini, pemasarannya lebih ringkas. Lantaran, kita tahu tudung dan beg tangan adalah produk yang tidak akan basi selain kekal relevan untuk tempoh masa yang panjang.

“Tambahan pula, pengeluaran koleksi baharu tudung dan beg tangan akan dilakukan secara bulanan. Selain untuk memenuhi cita rasa pengguna, ia juga sebagai salah satu cara untuk kami memastikan produk RR terus mendapat tempat di hati pelanggan,” katanya.

Pada majlis yang berlangsung itu, pelakon terkenal Mira Filzah turut diumumkan sebagai ‘muse’ koleksi tudung terbaharu RR Rivera.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai usaha pembukaan kiosk RR di seluruh negara, jelas Rizman pihaknya kini dalam usaha membuka lebih banyak kiosk kekal pertama mereka tidak lama lagi. Jelasnya, ini juga adalah usaha awal RR sendiri sebelum mencapai sasaran untuk membuka 10 kiosk kekal RR pada tahun 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 9 Feb 2018

Dah Pukul 3 Pagi Tapi Tak Boleh Tidur? Ini 5 Cara Efektif Untuk Cepat Lena

Memang tension kalau kita kepenatan setelah bekerja seharian tapi apabila kita rebah ke katil, tak boleh pulak mata nak pejam.

Gaya Hidup Thu, 7 Feb 2019

Suka menunjuk-nunjuk dan tayang kemewahan cara orang kaya baru nak naik! 

Golongan hartawan sekarang lebih mementingkan pendidikan dan kesihatan. 

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Betul Ke Memakai Deodoran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara? Ini Jawapannya

Ramai yang percaya deodoran boleh menyebabkan kanser payudara. Tapi secara saintifik apakah kesahihannya?

Gaya Hidup Fri, 17 Aug 2018

9 Mitos Diet Yang Mungkin Disalah Erti Selama Ini

Jom semak 9 mitos mengenai diet yang biasa anda dengar.

Gaya Hidup Fri, 28 Sep 2018
Events Sat, 22 Jan 2022
Gaya Hidup Wed, 10 Jan 2018

Rahsia Power Nap

Setiap kali berasa letih atau mengantuk pada waktu tengah hari, pasti ramai yang memilih untuk bergantung pada kafein bagi mengatasi masalah tersebut. Namun, tahukah anda tidur sekejap atau power nap merupakan cara paling berkesan untuk […]

Gaya Hidup Tue, 27 Nov 2018

25 Pekerjaan Dengan Gaji Paling Masyuk Di Malaysia, Cecah Lima Angka!

Demand Planning Manager merupakan kerjaya makan gaji dengan bayaran paling tinggi, wow!

Gaya Hidup Tue, 31 Mar 2020
Featured Tue, 18 Sep 2018

Adakah Kafein Menyebabkan Ketagihan?

Adakah anda ketagih kafein?

error: Content is protected !!