Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops September 18, 2018 @ 12:00pm

Adakah Kafein Menyebabkan Ketagihan?

Sebelum bercakap tentang ketagihan, anda semua sudah tentu tahu daripada mana kafein boleh didapatkan. Sumber utama dan dimaklumi adalah kopi dan teh. Walau bagaimanapun, terdapat juga sumber lain yang tidak kurang kerap juga diambil oleh masyarakat.

Ini termasuk minuman berkarbonat, air coklat dan gula-gula kopi. Malah, kopi yang dinyahkafein (decaffeinated coffee) pun masih tidak sepenuhnya bebas daripada kafein. Ia juga terkandung dalam ubat-ubatan tertentu seperti ubat tahan sakit, ubat demam serta pil diet.

Kafein itu sendiri adalah sejenis ubat tahan sakit dan mampu meningkatkan keberkesanan ubat tahan sakit. Mengambil kopi bersama panadol adalah efektif dalam mengurangkan sakit kepala.

Foto: Lifealth.com

Ketagihan kafein?

Dakwaan kafein menyebabkan ketagihan mungkin benar pada satu sudut dan mungkin juga tidak benar pada sudut yang lain.

Kafein berfungsi sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat (central nervous system). Ia memberikan tenaga, fokus dan perasaan sejahtera. Apabila seseorang itu sudah terbiasa dengan rangsangan ini, badannya akan berasa sedikit perubahan jika seseorang itu berhenti merangsang otaknya.

Foto: Adrenal Fatigue Solution

Kesan jika seseorang berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba adalah beberapa simptom seperti:

1. Sakit kepala.

2. Letih badan.

3. Kegelisahan.

4. Mudah marah.

5. Mood kurang baik.

6. Sukar memberikan perhatian atau fokus.

Foto: iAddiction

Apa yang berlaku adalah hampir sama dengan ketagihan alkohol atau dadah di mana berlaku simptom-simptom tertentu yang disebut sebagai simptom penarikan apabila berhenti mengambil bahan atau minuman tersebut secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, simptom dan kesan yang dialami oleh pengguna kafein adalah lebih ringan. Ia tidak sampai membawa kepada perkara yang berbahaya seperti membunuh atau mencuri seperti yang berlaku kepada penagih dadah. Jadi, istilah ketagih mungkin kurang tepat. Sebaliknya istilah kebergantungan lebih sesuai.

Foto: YouQueen

Bagaimana ingin berhenti mengambilnya?

Anda mungkin ingin berhenti mengambil kafein atas sebab-sebab tertentu sama ada ingin mengurangkan pengambilan gula atau bimbang dengan keadaan kesihatan anda seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Anda boleh cuba cara berikut:

1. Banyakkan minum air.

2. Gantikan minuman berkafein anda dengan minuman tidak berkafein. Contohnya, jika kebiasaannya anda mengambil 3 cawan kopi sehari, gantikan satu atau dua cawan dengan air susu atau lemon. Kemudian, kurangkan secara berperingkat.

3. Banyakkan bersenam. Ia adalah perangsang semula jadi bagi tubuh anda.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Jun 2022

Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

Kalau dah jodoh baru kenal pun boleh terus kahwin, tapi cepat betul eh Azri Iskandar move on? 👀

Gaya Hidup Fri, 20 Dec 2019

Hari Keganasan Terhadap Wanita Sedunia: Apa wanita Malaysia perlu tahu?

Ketahui juga masalah keganasan terhadap wanita di negara lain

Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Sat, 29 Mar 2025

Sarat Emosi, Papar Sisi Berbeza… Ryan Bakery Tampil Dengan Filem Pendek ‘Raya Dipelukan Mak’

Ryan Bakery tampil dengan karya sulung ‘Raya Dipelukan Mak’ khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Featured Fri, 26 May 2023

Dilamar Selepas Jadi Juara, Dinda Dania ‘Lari-Lari’ Nak Ke Mana?

Lari-Lari pergi mana tu? Comel je Dinda ni!

Featured Tue, 30 Sep 2025

M. Nasir ‘Sang Genius’ Yang Masih Berbisa, Bawa 31 Lagu Di Konsert Cipta 3 – “Syukur Di Usia Ini Saya Masih Bekerja Lagi”

Datuk Dr M.Nasir sekali lagi membuktikan kehebatan apabila menggegarkan pentas Konsert Cipta 3 dengan 31 buah lagu hit ciptaannya.

error: Content is protected !!