Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 22, 2022 @ 10:36am

Istiadat Penuh Tradisi, Perkahwinan Puteri Kedua Bongsu Sultan Brunei Curi Tumpuan

Puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihan, Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi pada 20 Januari 2022 dengan penuh Istiadat Nikah Diraja Brunei.

Bukan sahaja disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Brunei (RTB) termasuklah platform digital dan elektronik, istiadat perkahwinan ini turut berlangsung selama 10 hari dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada Ahad lalu di Istana Nurul Iman.

Dengan hanya sekali lafaz, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, 36, sah bergelar isteri kepada Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi dalam majlis yang cukup meriah berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Selepas protokol akad nikah, majlis diteruskan dengan istiadat bersanding pengantin diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad ini.
Ia kemudian diteruskan dengan Majlis Persantapan Diraja dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga di Darussidiq, Jerudong.
Dan, majlis akan diakhiri pada Selasa depan dengan Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.
Semestinya, perkahwinan penuh istiadat Diraja Brunei mencuri perhatian penduduk negara tersebut yang membanjiri ruangan komen dengan doa dan ucapan tahniah buat keluarga Diraja ini.
Sumber :  @bruneiroyalfamily, Awani, Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Featured Tue, 10 Jul 2018

Kecil-kecil Cili Padi. Halba Bagus Untuk Kesihatan Badan

Selain digunakan dalam bahan masakan, halba juga bermanfaat untuk kesihatan badan.

Hiburan Fri, 20 Mar 2020

ICSYVM3: Yusry Tak Setuju Dengan Erra Fazira?

Fuhh macam best je minggu ni!

Featured Thu, 29 Jan 2026

Zul Ariffin Kembali Dengan Aura Menggoda, Drama Bisik Asmara Janji Ketegangan Emosi

Gandingan mantap dua pelakon hebat ini amat dinantikan peminat apatah lagi kedua-duanya diberi peranan membawakan watak romantik.

Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Hiburan Thu, 11 May 2023
error: Content is protected !!