Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 28, 2023 @ 3:10pm

“Kali Terakhir Jumpa Dikubur Ibu” – Dihalang Bertemu Dengan Adik Bongsu, Anak Faziani Rohban Fail Tuntutan Hadhanah

Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars, Irdiena Hakim Jasman, 20, telah memfailkan tuntutan hadhanah terhadap adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, tuntutan hak penjagaan dibuat oleh Irdiena Hakim Jasman, Khatijah Mirdin, 71 (nenek) dan Faradilla Rohban Ahmad, 36 (ibu saudara) sebagai plaintif yang diwakili oleh Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, sebagai defendan.

Tuntutan hadhanah pula difailkan ke atas adik bongsunya iaitu Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10.

Lebih menyayat hati, Irdina memaklumkan bahawa kali terakhir dia berjumpa dengan adiknya itu adalah ketika Aidilfitri tahun lalu di kubur ibunya, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.

Jelasnya, dia berkesempatan bertemu dengan Qaseh beberapa jam sahaja dan selepas ibunya meninggal, adiknya terus menetap dengan bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal.

“Sejak ibu tiada, adik tidak dapat bermalam dengan kami. Begitu juga ketika abang sulung, Mohamed Iqbar Hakim Jasman, 23, berkahwin tahun lalu tetapi adik tidak dapat datang.

“Saya tahu adik rindukan kami, namun dia tidak dapat datang kerana disyaki dihalang daripada berjumpa. Saya membuat tuntutan ini (hadhanah) kerana mahu berjumpa dengan adik, di samping nenek juga selalu sakit dan teringin berjumpa dengan cucunya.

“Dengan permohonan ini, saya berharap keputusan dapat dibuat oleh adik melalui mahkamah sama ada mahu tinggal bersama saya dan adik beradik yang lain atau bapa tiri,” ujarnya kepada Harian Metro.

Susulan itu, Irdiena mengakui bahawa berasa terkesan apabila dihalang berjumpa dengan adik bongsunya itu kerana hubungan mereka sangat akrab dan tinggal bersama ketika ibunya masih hidup.

Dedahnya lagi, dia juga perlu berjumpa dengan pakar psikologi bagi mendapatkan rawatan gara-gara isu ini.

Oleh itu, Naimah yang mewakili anak guamnya menyatakan pihaknya telah memfailkan permohonan mengikut Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002 di mana anak diberikan peluang untuk memilih sama ada tinggal bersama plaintif atau defendan berdasarkan hukum syarak dan Seksyen 85 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002.

Prosiding ‘sulh’ hari ini melibatkan kedua-dua pihak yang terbabit dalam pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan gagal dicapai kerana defendan tidak hadir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Faziani Rohban Selamat Bernikah, Namun Kerusi Adik Bongsu ‘Kosong’ Buat Keluarga Sebak!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Surat Mahkamah, Anak Faziani Rohban Dedah Bapa Tiri Tuntut Jutaan Ringgit

Artikel Berkaitan: Maut Ketika Dalam Perjalanan Serah Zakat, Al-Fatihah Buat Pengasas Kosmetik Dnars

Artikel Berkaitan: Kes Kematian Faziani Rohban ‘Diragui’, Keluarga Minta Buka Semula Siasatan Lanjut

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Oct 2024

“Banyak Gila Akaun Media Sosial Terlibat”- Rosyam Nor Buat Laporan Polis

Haa, kan dah mendapat! Kena lah berrtanggungjawab dengan apa yang anda buat.🔥🔥

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Video Didakwa Sambut Krismas Undang Boikot… Pekin Ibrahim Kunci Mulut, Mona Allen Pula Kongsi Mesej Dakwah

Pekin Ibrahim, Mona Allen terus kunci mulut susulan dakwaan sambut Krismas

Trending Fri, 11 Dec 2020
Hiburan Wed, 16 May 2018

Sajat Habis RM500k Dalam…?

Dalam beberapa episod lepas, Sajat menghabiskan masa bersama teman-teman rapatnya dengan membeli-belah. Tetapi, episod kali ni Sajat kena belanja RM500k untuk rumahnya sahaja. Wow!

Cahaya Mata Wed, 7 Sep 2022

Jihan Muse Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah selamat semuanya.. Tahniah Jihan dan suami..

Trending Tue, 22 Feb 2022

Wah, Baby 22.02.22 Juga! Dapat Baby Boy, Jamal Abdillah Sambut Kelahiran Anak Kelima

Nampaknya tarikh 22.02.22 dimeriahkan dengan kelahiran anak selebriti tanah air! Selepas Kaka Azraff dan Syamel, penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 63, turut menyambut kelahiran anak kelimanya bersempena tarikh istimewa hari ini. Isteri Jamal, […]

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

Bila Anak Meragam Takut Ke Sekolah, Apa Perlu Kamu Buat?

Bila anak menangis depan pintu pagar tadika, jangan buntu ya puan-puan…ada caranya tau!

Trending Wed, 23 Oct 2019
error: Content is protected !!